Follow if you like

Oct 17, 2011

NASI LEMAK KETUMBAR

Assalamualaikum...
Melangkah lagi kita di minggu baru... dengan harapan dan semangat baru.. semoga apa yg kita lakukan di berkati dan sentiasa di bawah rahmat Nya.


Minggu yang agak sukar.. anak2 masih dalam mood peperiksaan. Mungkin akan berlarutan hingga penghujung bulan November, mood ita memang tak menentu.. Minggu ni Dalili exam sekolah Agama, minggu hadapan exam sekolah kebangsaan pula. Lepas tu Amirul pula akan ambil SPM.. aduyaiii... doakan yang terbaik buat anak2...

Minggu baru ita mulakan dengan hidangan Nasi Lemak Ketumbar. Dulu ita pernah cuba Nasi ketumbar dan pernah share di SINI Nasi ketumbar resepi dari Q'ein. Kali ni ita cuba resepi dari Ringo. Ita memang dah lama berhajat nak cuba resepi dari Ringo ni nak rasakan perbezaan antara 2 versi nasi ketumbar ni.. Kali ni nama resepi ita ubah dari Nasi Ketumbar kepada Nasi Lemak Ketumbar untuk membezakan nasi ketumbar yang ni dengan resepi yang sebelumnya.. Ita harap Ringo tak marah lah kan sebab mudah bagi ita buat rujukan..


Percubaan yang berbaloi dan ternyata nasi lemak ketumbar ni memang sedap! dan ita letakkan dia dalam kelasnya yang tersendiri. Tak sangka gabungan nasi lemak dan daun ketumbar dapat menghasilkan satu hidangan nasi lemak yang memukau Wow! sedap! boleh di cuba!


Bagi pengemar harum daun ketumbar pastinya tidak akan meninggalkan tempat duduk sehingga selesai butiran nasi di atas pinggan. Baunya memang sungguh mengasyikkan.. di tambah pula bila disajikan dengan sambal udang, telur dan timun.... pasti lah anak2 menjilat jari jemari munggil mereka sambil berkata ...yummy!


Nasi ini juga sangat sesuai di gandingkan dengan rendang, serunding daging atau apa2 jenis sambal. Terima kasih kepada Ringo yang telah mereka cipta sendiri resepi ini setelah beliau menikmati hidangan ni di Whole Foods Market, California tahun 2003-2004. Memang sedap! ita minta izin untuk sharekan di sini pula bagi rujukan teman2 lain yg juga teringain mencuba dan merasa

NASI LEMAK KETUMBAR
By : Ringo

3 cawan beras
3 cawan air  - kurang atau lebihkan air mengikut jenis beras yang digunakan
200ml santan -
3 pokok ketumbar - ambik daun sahaja
2 inci kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
2 ulas bawang merah atau 1/2 bawang besar - dihiris
garam secukup rasa
1 sb minyak untuk menumis

Beras di cuci bersih dan toskan airnya.
Hiris daun ketumbar halus atau atau ketumbar dengan sedikit santan (sudukan dari campuran air dan santan)
Masukkan kulit kayu manis dan cloves kedalam minyak dan panaskan dengan api perlahan. 
Masukkan bawang dan tumis sampai bawang agak2 jernih.
Masukkan beras, kacau. masukkan daun ketumbar dan santan, perisakan dengan garam. 
Tanak seperti biasa. 
 






16 comments:

iedaoshin said...

tiap2 ari tggu kak ita post resepi baru sbb nk tgk gambo.tp kadang2 mmg tergoda dgn gambo trus nk masak gak walau hasil xsame lgsg cm kak ita wat.tahniah kak ita

icaland pelangi indah said...

sama la kite dgn iedaoshin... kite pagi2 lg dah masuk dapur kak ita. semlm hampa gak..sbb tak de gambo2 baru utk di tgk.

FAMILY KITCHEN JAWA said...

Salam,
Sangat teruja tengok gambar2 dlm blog Kak Ita.Tengok gambar pun dh menyelerakan.Resepi2 yg sangat menarik

izahdaut said...

menu baru ni.. nicee

CT Delima said...

As'salam Ita

japp! nak telan air liur dulu sebab nampak buah limau tepi nasi lemak tu.. hahaha. adoiii kecur sekejap tau!

Emm..sangat menarik menu yang sangat mengecurkan pada sesiapa saja yang mengemarinya. Termasuk lah ct sendiri. memang suka harum daun ketumbar anak2 pun lagi gemar makan nasi ketumbar . bolehlah cuba menu dari Ringo ni nanti :). Tr kasih ita cayanggg..

Sari Yusa Ibrahim said...

bila puji2 melambung ni, saya pun tergoda juga... hihi

Mat Gebu said...

salam puan...hmmm nampak menyelerakan..

*~ UmmuHusna ~* said...

Assalamualaikum...sedap nyer kak Ita...hihi..tahniah!!

*~ UmmuHusna ~* said...

Assalamualaikum...sedap nyer kak Ita...hihi..tahniah!!

Lieya said...

Huuuiiii nasi lemak ketumbar la pulak.... sodapnyeeeee

Chah said...

byk betul koleksi nasik lemak kt sini..i loikeeee!!! * sambil tekan butang like byk222...

Liza said...

Salam kak Ita...sedapnya nasi lemak ketumbar...pandai kak Ita...i likeee
akak..jemputlah ziarah intai dapur yer..hihihi

Ummi said...

Itaaaaaaaaaaaaaaaaa....ngencesss nih! :))

cik cek said...

tergoda...tergoda dah ni....alahai!...adik kak cek yg teramat rajin dan terlebih2 energy ni....macam2 menu ada ...:D

fazian.batrisyia said...

Wah nampak menyelerakan sungguh! Ada yang sy tiru nanti ni...geram betul tgk...Terus terang jek sy katakan sy suka blog kak ita ni...ayat pun tak tahan...anak2 jilat jari mungil....makkk aiii...

Oh Oeya said...

Wah! Tak pernah rasa ni.. Dap nyerrr!

Hihihi.. Ada sejarah antara aku dan daun ketumbar :D

Powered by Blogger.