iklan

iklan floral cake

iklan ada

Friday, October 14, 2011

NASI DAGANG TERENGGANU

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan salam di pagi Jumaat yg barakah penghulu segala hari.. mulakan hari dengan Bismillah semoga kita di berikan hidayah dan sentiasa di bawah rahmatNya

Dah sarapan??
Hari ni ita nak bawa semua ke negeri Terengganu Darul Iman kita makan Nasi dagang dari Terengganu. Yum! Yum!
Sebenarnya ita tak pernah lagi makan nasi dagang dari Negeri Terengganu ni, kebetulan hari tu masa dok tengok program masakan kat canel AFC di Astro, rancangan yg di kendalikan chef popular kesayangan ramai sapa lagi kalau bukan Chef Wan. Hari tu Chef Wan masak nasi dagang, adoii! terliur pulak! dah lama tak makan nasi dagang. Ita amat tertarik dengan penyediaaan nasi dagang Terengganu yg menurut Chef Wan di hidangkan dalam kelonsong daun pisang. Menarikkan?? pasti sedap bau dan aroma daun pisang tu bergabung dengan bau halba dan lemak santan.. emmmm... sedapnya!


Tapi dok kelang kabut masa tu tak sempat nak salin resepi.. cari pen tak jumpa pulak! aii.. masa kecemasan cam ni lah dia dok main sorok-sorok pulak! Last2 ita hanya dok perhatikan sahaja penyediaan yg cukup simple dari Chef Wan tu..

Hari ni ita nak kongsikan resepi nasi dagang dari Terengganu ni di sini pulak! Sebagai rujukan ita di lain masa atau juga sebagai panduan anak2 dan juga rakan2 yg teringin mencuba! Sedap tau!


Sekali lagi resepi ita ambil dari My Resepi. Resepi kiriman dari Minami. Menurut Minami ini adalah resepi dari ibu beliau. Ita rasa ibu minami ni mestilah berasal dari Terengganu atau kata lain anak jati Terengganu lah kan.. Terima kasih Minami atas resepi yg di sharekan.. sedap sangat! nanti boleh buat lagi ni.. Suami ita suka, anak2 apa lagi lah bertambah2 mereka makan.. Jom kita intai-intai penyedian nasi dagang  yg mudah dari Minami.

NASI DAGANG TERENGGANU
By : Minami


4 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut
1/2 cawan beras merah - yg ni ita tambah
1/2 tin santan - ita guna 1/2 kotak santan KARA
garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar halba
bawang dan halia - di hiris
Daun pisang
air


Beras dibasuh dan direndam 1 malam.
Panaskan air. Tunggu sehingga air mendidih.
Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang
Kukus buat kali kedua.
Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap.
Biarkan seketika.
Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas.
Masukkan hirisan bawang, halia, halba dan santan yg dibancuh dengan sedikit garam dan gula .
Sedia di hidangkan bersama aca dan gulai ikan tongkol

ACA

2 batang timun
1 batang lobak merah
1/2 biji bawang besar
1 biji lada besar
cuka, garam, gula


Timun dan lobak dihiris panjang2.
Bawang dan lada dimayang.
Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas.
Masukkan cuka, garam dan gula.
Simpan di dalam peti untuk seketika.



Resepi gulai ikan tongkol ita masukkan sekejap lagi ye!

10 comments:

Mamamya said...

na...na...na...ganu kito!! hehee...aduyaiii kak ita...pagi2 masuk cni tgk nasi dagang terus lapar perut w'pun dah makan roti cicah milo pagi td.... :) mesti azrul tambah makan 3-4 kali pagi ni.....

Ida,Japan said...

yummm3....lama doh tok buat ni....kalau ada beras nasi dagang kt umah juga ni, lg sedappp..adehh terliur tgk nasi dagang k'ita ni..

lina said...

salam ita - Ya ALLAH bertambah2 lapar di buat nya.

cik cek said...

suka makan...bestnya kalau guna beras nasi dagang betul2 kan...tapi Ita punya nasi dagang pun dah serupa ngan nasi Dagang tgannu kita...oooo...campur beras merah...beras merah tu...brown rice tu ke...

Lya Colours said...

saya pon tgk Best Wan kat AFC yg dia masak nasi dagang, ayam percik masa tuh. kebetulan hari yg sama makcik saya dari Terengganu dtg and dia masak nasi dagang, xde la mengidam. tapi, tengok Kak Ita pny nasi dagang ni nampak sedap lah plak. style serve pon sama macam chef wan. cayalah!

Sari Yusa Ibrahim said...

kita kalau teringin, beli jer atau suruh mak masak. Masak sndiri karang makan sorang2 psl husband tak minat nasi dagang.. menarik tengok presentation kak Ita, mmg terbaeklahhh!!

Sofea said...

uiikk sedpnya nasi dagang, i like..:)suka mkn nak buat malas..

Zefa NorAsmara said...

Singgah ziarah blog kak ita (hari2 singgah sbnrnya tp tak tinggal jejak.. :D) Dah lama nak cuba buat tapi tak buat2 nasi dagangni. Tgk n3 kak ita terus bersemangat nak buat..

Ummi said...

Waaah keji tau Ita tayang nasi dagang pulak daahh...nasib akak baru jek blk dr makan nasi dagang ni ha...hehhehehe... Nak buat ntah bila laa...Aiman x minat, cik abg x minat sgt....adeeeiii

JaSSNaNi said...

dap dap... i like nasi dagang ni.. nak wat sensorang diri je pandai makan.. yg len tak mau nye... beli kat pasar tani je ler..