Monday, October 31, 2011

NASI AYAM IPOH PELANGI

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan bertemu kembali kita di minggu baru.. Pastinya dengan hidangan dan sajian yang lebih menyelerakan untuk keluarga tersayang. Setiap hari pasti kita akan mencari resepi yang istimewa untuk di hidangkan buat family. Kalau asyik masak resepi yang sama pasti kita yang memasak ni pun akan terasa bosan juga kan..

Ita suka cuba resepi yang baru, kadang kala ianya cukup menyelerakan.. tak salah jika bertukar citarasa, sekurang-kurangnya kita dapat mempelajari sesuatu yang baru dalam menyediakan hidangan. Dalam memasak yang paling penting sekali adalah deria rasa. Deria rasa kita mestilah peka dan dapat merasa setiap kekurangan dalam setiap hidangan yang akan kita sajikan.


Tukang masak yang hebat mestilah dapat merasa setiap masakan yang bakal disajikan dengan baik. Memasak dengan penuh rasa kasih sayang juga akan menerbitkan satu kombinasi hidangan yang cukup hebat! Sebab tu bila kita nak sajikan hidangan buat keluarga tersayang, mulakan dengan lafaz Bismillah dan masak lah dengan penuh kasih sayang.. Setiap kali kita memasak kita mestilah tau yang kita nak sajikan itu adalah buat insan-insan yang kita sayangi.. insyaallah anak-anak dan suami pasti akan menikmati setiap inci hidangan yang kita sajikan dengan penuh nikmat.. begitulah sebenarnya apa yang ibu kita lakukan bila memasak untuk kita..

Walaupun hidangan yang di sajikan hanyalah lempeng kosong atau ubi rebus tapi nikmatnya kita rasa hingga ke hari ini..


Hidangan yang ita sajikan hari ini sebenarnya pernah ita sajikan sebelum ini. Ita memang dah jatuh cinta dengan Resepi Nasi Ayam Ipoh dari Quinnie ni. Mungkin ita akan sentiasa gunakan resepi ni untuk di sajikan pada keluarga atau kepada tetamu yang bertandang ke rumah. Untuk menampakkan kelainan dan mengelakkan rasa bosan bila di hidangkan menu yang sama ita suka lakukan sedikit kelainan dalam setiap masakan yang ita sajikan. Kali ni ita letakkan sedikit pewarna untuk menambahkan tarikan pada hidangan ita dan menampilkan kelainan buat keluarga. Memandai-mandai aje ita ni kan.. harap-harap Quinnie tak berkecil hati ye! akak tidak mengubah resepi sebaliknya menambahkan sedikit pewarna.. hanya untuk menambat selera anak2..

Sekali lagi akak minta izin dari Quinnie untuk sharekan resepi ni di sini. Minta halal ye Quinnie.. hidangan yang dah menjadi kesayangan akak dan keluarga ni.. Hidangan Nasi ayam ni ita hidangkan untuk tetamu yang datang ke rumah ita baru-baru ini.

NASI AYAM IPOH PELANGI
Adaptasi dari resepi : NASI AYAM IPOH
By: Quinnie
Rujukan : Qasehqu Quinnie

 Mula- mula kita buat sup dia dulu sebab nanti sup tu kita akan gunakan tuk tanak nasi


Sup Ayam

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.


Sekarang kita sediakan ayam pula. Ayam ni kita boleh bakar dalam oven atau kita boleh goreng dengan minyak yg banyak. Terpulang pada citarasa kita.

Ayam Bakar atau Goreng

1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan  yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang  1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.




Sementara tunggu ayam yang kita perap tadi, Kita tanak nasi pula

Nasi Ayam
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega
Sedikit warna, merah, hijau, dan oren

Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.
Bila nasi hampir masak buatkan beberapa lubang dan letakkan setiap warna dalam lubang -lubang itu.
Tutup periuk.
Bila nasi dah kering gaul rata.


Sekarang kita akan sediakan cili dia pula. Ada dua cili dalam resepi ni. Satu yg berkicap dan satu yg merah. Mula2 kita sediakan cili  merah

Cili Merah

10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan  gula secukupnya
Ita tambahkan sedikit planta untuk mengilatkan cili

Cara penyediaan cili yang sangat mudah
Tapi kali ni cili ni ita masak sekejap kerana masa ita buat ni cili ni pedas sangat, mungkin cili kali ni agak sedikit pedas.

Masukkan semua bahan didalam blender kecuali limau kasturi
Kisar halus.
Kemudian ita masak sekejap atas dapur.
Ita tambahkan sedikit planta atau margerin untuk mengilatkan cili
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.



Kita buat pula cili kicap

Cili Kicap
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh  dgn air secukupnya - utk memekatkan
Ita tambahkan sedikit planta untuk mengilatkan cili

Cara penyediaan kicap
Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.

Nasi Ayam ni boleh lah di hidangkan bersama hirisan timun, hirisan tomato, daun salad, taburan daun bawang dan daun sup serta sedikit taburan bawang goreng. Memang sedap! Cubalah..

20 comments:

izahdaut said...

memikat mata dan tekak ni. nampak cam hujan panas pun ada jugak kan kak.

Gee® said...

rasa nk cubit2 jer ita nih... geram tgk presentation tu... pro lah...

AllyMcJah said...

Nice shoot, buat terasa lapar pun iya...thanks kak ita....

Junie Octovian said...

Salam Ita...
Memang penyabar org yg menunggu nak makan tu kan? Kalau rumah akak kem salam...tu sebab susah nak update blog.
Nice job Ita...akak selalu tumpang jamu mata je.

Ida,Japan said...

masuk dapur k'ita lapar nasi la pulak jadinya....tapi dh abisss kan,ida pun dh jatuh cinta gak ngan nasi ayam ipoh Q ni...sedappp

Wanieyra said...

Pertama kali jumpa nasi ayam warna warni. nanti nak try jugalah

Liza said...

salam kak ita...smlm bru masuk dapur akak intai resepi ni la...tup tup keluar pulak nasi ayam hujan panas hari ni....kelasss akak...hihhii

nonierahman said...

Kak ita.....sedapnya nasi ayam....colorfull lagi.nyum2

Mat Gebu said...

Berpinau2 dah mata....juling kejap!..cantik...

Sari Yusa Ibrahim said...

kena cuba gak nasi ayam Ipoh ni..

Mas said...

menyelarakan sungguh nasi aym ipoh ni :)

Atie Kamal said...

mesti cuba ni...hope anak2 suke...terutama si kakak yang sangat cerewet memilih makanan

fieda said...

sedapnya nmpk..menarik pulak tu hiasannya..:)

quinnie said...

rajinnya kak ita..kali ni ada bentuk bintang pulak kat sengkuang tu..hehehhe

tak pe kak..tak kecil hati pun...ikut kreativiti masing2...hehehhe..cantik rupa nasi dia bila warna2 cam ni...:)

Ummi said...

Waaahh nak fengsaaan tengok nasi ayam berpelangi camni Ita ooiii...mentang2 la skrg ni kejap ujan kejap panas yeaaa...hehe... Terkesima tengok presentation yg Ita buat nih! X pernah mengecewakan mata akak....adeeeiii :))

umi's cup cake said...

Salam kak ita,
semenjak kali petama buat nasi ayam ni pun keluarga umi dah terpikat dan suruh buat banyak kali..nampaknya selera kita sama kan?

Ibu Aina Iman said...

ermm...sedap nya

CT Delima said...

As'salam Ita

nak tumpang makanlah lain kali bila turun JB..hehehe. nasi ayam tak kisahlah apa jenis pun memang mendapat tempat dalam tekak ct ni..hehehe

Chah said...

Cm nasik ujan panas kak ..mula la terasa cm nk jadi perantin je bila tgk nasik gini.....

Diana @ Melley Mey said...

tgk yg nie lagiii ler bertambah2 lg berbunyi perut nie.. Hehehee... cantik nasi tu akak... set yg terhidang tu semuanya menyelerakan..