Follow if you like

Oct 15, 2011

NASI AYAM IPOH mali... hihi

Assalamualaikum...

Selamat petang dan selamat berhujung minggu..
Minggu yang paling sibuk bagi ita..

Hari ni ita sediakan Nasi Ayam Ipoh untuk keluarga. Semalam Azrul minta ita masak ayam. Dia memang minat sangat makan ayam sama juga lah dengan abangnya Amirul. Kalau mereka berdua ada kat rumah barulah ita beli ayam kalau tak memang jarang-jarang jugak masak ayam sebab suami ita dan Dalili tak berapa suka makan ayam. Bukan tak makan lansung tapi kurang  gemar.. ada bahagian2 tertentu ayam aje yg di sukai.. hihi macam2 kan??


Susah juga jadi tukang masak. Payah juga nak tentukan minat dan selera keluarga. Semua mempunyai selera dan citarasa yang berbeza. Teringat masa ita kecik2 dulu.. bagaimana mak melayan selera kami 7 beradik yg semuanya tidak sama citarasa. Kalau masak nasi, mak ita terpaksa masak 2 periuk. Satu nasi mestilah lembik sedikit, yg ni untuk bapa ita yg tak suka nasi yg keras. satu periuk lagi nasi yg agak berderai untuk kami 7 beradik.. bayangkanlah itu baru cerita pasal nasi. Tentang lauk pauknya pula.. ade yg suka ayam.. ade yg tak makan ayam macam mak dan abang ita memang tak makan ayam.

Ada yg sukakan lauk-pauk kampung seperti pucuk ubi, pucuk manis, sayur turi.. ade pula yg tak suka lauk kampung tapi lebih sukan lauk yg pedas macam sambal tumis, lauk kerutup, atau asam pedas.. Adoiiii... pening kepalakan.. tapi mak ita tetap sabar dalam menyediakan hidangan untuk kami sekeluarga yg berbagai citarasa.. kesian makk...


Sekarang bila dah berkeluarga barulah ita rasa betapa sukarnya mak ita dahulu dalam menyediakan hidangan untuk kami adik beradik.Dengan kemudahan dahulu kala yg sangat terhad. Dulu2 mak ita giling cili untuk buat sanbal tumis mana lah ade blander macam sekarang. Kalau nak buat kuih atau roti pula mak terpaksa pula menguli dengan tangan.. aduyaiii.. sayu pulak hati bila kenangkan saat itu.. masa tu ape lah yg kita fikirkan yg kita tau semua mestilah dah terhidang atas meja... aduyaiii sedih pulak terasa..

 Sebelum hujan, baik kita beralih pada resepi yg akan ita sharekan ni. Resepi dari Quinnie ita ambil dari My Resepi. Sebenarnya resepi ni di cadangkan oleh Izah supaya ita cuba katanya pasti kak ita akan suka! Ramalan mu benar belaka... memang akak dan keluarga sangat mengemari resepi dari Quinnie ni.. memang sangat sedap! dari nasinya yg lembut, ayam nya yg beraroma.. sup yang menyegarkan dan sambal cili yang kick! semua cukup lengkap dalam satu hidangan..


Kami sekeluarga memuji2 akan kesedapan hidangan ni ketika menikmatinya tadi. Mulut tak habis2 berkata dan bercerita tentang kesedapan nasi ayam ipoh ni.. Sampai ade yg mencadangkan supaya buat restaurant jual nasi ayam.. hahaha begitulah sedapnya nasi ayam ni pada selera kami sekeluarga.

Terima kasih pada Quinnie yang sudi kongsikan resepi istimewa ni.. Terima kasih juga pada My Resepi yang memudahkan ita untuk mencari resepi buat hidangan keluarga. Juga tak ketinggalan pada Izah yg mencadangkan ita supaya mencuba! terima kasih semua...

NASI AYAM IPOH
By: Quinnie


Mula- mula kita buat sup dia dulu sebab nanti sup tu kita akan gunakan tuk tanak nasi
  
Sup Ayam

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah

Masukkan semua bahan kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah ke dalam periuk.
Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam.
Biar ia masak selama 20 minit.
Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Ketepikan ayam.
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah.
Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di tambah lagi air biasa.
Masak hingga didih.
Perasakan sup dengan garam secukup rasa.
Untuk menhhidangkan hiaskan dgn taburan daun sup atau daun bawang dan juga bawang goreng.


Sekarang kita sediakan ayam pula. Ayam ni kita boleh bakar dalam oven atau kita boleh goreng dengan minyak yg banyak. Terpulang pada citarasa kita.


Ayam Bakar atau Goreng

1 ekor ayam
3 biji bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar.
Masukkan bahan  yg telah di kisar dan semua bahan2 lain kedalam mangkuk
Kacau2 rata dan perap ayam lebih kurang  1/2 jam.
Selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven.
Kalau nak goring jgn goring terlalu lama agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.



Sementara tunggu ayam yang kita perap tadi, Kita tanak nasi pula

Nasi Ayam
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia - dikisar
3 biji bawang putih - dikisar
3 helai batang daun bawang - ambil bahagian batang bawah yg ade bebawang sekali.
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Masukkan majerin dalam periuk elektrik atau periuk nasi.
Biar ia mencair, kemudian masukkan halia dan bawang putih yg telah dikisar, tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan.
Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan, kacau rata
Kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam.
Tutup periuk nasik
Tanak nasik seperti biasa hingga nasik masak.


Sekarang kita akan sediakan cili dia pula. Ada dua cili dalam resepi ni. Satu yg berkicap dan satu yg merah. Mula2 kita sediakan cili  merah

Cili Merah

10 - 15 biji cili burung atau cili api
6 biji cili merah
sedikit halia - ambil dari rebusan sup
5- 6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi atau nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam dan  gula secukupnya

Cara penyediaan cili yang sangat mudah
Masukkan semua bahan didalam blenderkecuali limau kasturi
Kisar halus.
Bila dah siap perahkan limau kasturi dan kacau rata.


Kita buat pula cili kicap

Cili Kicap
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung dibancuh  dgn air secukupnya - utk memekatkan


Cara penyediaan kicap
Blend semua bahan kecuali tepung jagung.
Selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur.
Agak-agak dah panas, boleh lah di masukkan tepung jagung yang telah di bancuh dengan sedikit air utk memekatkan kuah.

Nasi Ayam ni boleh lah di hidangkan bersama hirisan timun, hirisan tomato, daun salad, taburan daun bawang dan daun sup serta sedikit taburan bawang goreng. Memang sedap! Cubalah..

25 comments:

Mamamya said...

btl kak..nasi ayam ipoh ni mmg sedap...lia dah buat 2 minggu lps masa adik2 dtg umah n semua puji sedap...lps ni klu buat nasi ayam mmg x guna resepi lain dah...cukup puas hati dgn resepi ni....

Mas said...

terus rasa lapo bila masuk sini..
menyelerakan betoiiii nengok gmbr2 tu..he3

mas pun dah 2 kali buat resepi ni kak..
memang best..

quinnie said...

wah dah sampai rumah kakita nasik ayam ipoh ni ye..terima kasih sebab mencuba...:)...saya pun ramai yg suruh bukak restauran....kekkeke..cantiknya potongan sengkuang akak tu..saya main dadu je...hahahha

Aliana said...

Boleh buat lapar nie..saya kena try buat nampak sedap sgt.persembahan mknan k. Ita pun cantik.

Wani said...

salam kak ita .. dah jamu mata dengan nasi ayam ipoh lak.. dah lama x pekena nasi ayam ni .. boleh cuba yang ini pulak ...

Cheq Sue said...

alamak...rasa macam nak buat lagi je bila tgk kak ita masak ni...memang sedap kan resepi ni, tang supnya tu masih ternayang2 lagi

Chah said...

Tq untuk satu lg resepi yg umpppphhh....sup penuh cintaaaaa tu yg tak tahan tu....

Lieya said...

Nasi ayam ipoh??? Uwwahhhhhhhhhh sedapnyee... mintak sikit bolehhhh???

penaGlow said...

looks maveles giler!!
tq so much i dah tau apa kekurangan sambal cili selama ni i buat!! hehehe...

Kak Noor said...

Sedapnye... Resepi yang digunakan lebih kurang sama dengan resepi yang Kak Noor gunakan menyediakan nasi ayam. Cuma masa masak nasi ayam tu, Kak Noor tak letak sos tiram dan daun bawang. Nanti next time buat, Kak Noor letak sos tiram pulak.
Mohon dikongsi dalam blog Kak Noor ye! Terima kasih.

Zarina said...

Resepi yg marvelous. Saya pun biasa guna resepi ni,ambik dari myresepi. Sedap!!!

Kak Sam said...

Terasa keenakan nasi ni

Izan said...

tengok pun dah selera, pasnie boleh lah cuba, sumber inspirasi nie.. :)

rahel said...

Menu yang paling saya sukai...emm sedapnye.

yusparisa said...

assalam kak, saya memang dah jatuh hati sgt2 dgn resipi ni, haritu dpt drpd dapur secubit garam.baru je buat jumaat haritu & memang sdp sgt2, skrg dh xbeli dah nasi ayam kat kedai...hihi

Norhafiza said...

assalam..No br pindah ipoh,,tetiba nampak entri dalam blog kwn terus masuk tengok hehe...

ooo nasi ayam opih namanya hehe..klo No buat buh minyak bijan ni No panggil nasi ayam yunam..sedap, kwn2 puji dan tny apa rahsianya sbb rasanya yg lain kan..

Norhafiza said...

opih-ipoh..silap taip lak

the woman said...

Hi there sis,

Happen to stumble upon your blog.

Masya Allah... I always like coming here to ogle at your food presentation. I'm more into your photography captures than your food. But of course, your food seduces me all the time. Hehe.

Beautiful shots as always. I hope to try your recipes some day.

Keep the vibe going. Keep blogging :)

the woman said...

Oops, here's where I blog -

http://sens-sations.blogspot.com

:) feel free

Hamizah said...

akak ni mmg pandai mggoda,tau..hehe

Yati said...

as'salam kak...dah lama x menyapa. hehe..hari2 masuk dapur akak, tapi tak sempat nak tinggal jejak..hari ni terpanggil nak tinggal jejak bila tengok nasi ayam tu..sedappnya..nasi ayam memang faveret kami suami isteri..tima kasih atas resepi kicap tu..sebelum ni duk buat nasi ayam tak pernah buat kicapnya...sebab tak reti..hehehe...ni baru tahu cam mana nak buat...hehe..insy, akan dicuba. ^_^

Ct Arina said...

1st time singgah blog ni. serius, sis boleh buat buku resepi! gambar semua cantik + osem gile! ;)

amy nafeesa, taiping said...

amy suka tgk gambar2 dlm blog ita..sgt cantik..br tgk gambar dh tau resepi pon mesti sedap...

CT Delima said...

As'salam Ita


Lama betul ct tak buat nasi ayam untuk anak2. bila tengok nasi ayam ni teringin juga nak buat. memang kesukaan anak2 lah makan ayam jer memanjang. ct pulak dah naik jemu sebab ari2 mesti ada ayam dalam hidangan. kalau ikan tu boleh dikira dengan jari berapa kali dimasak. yang makan ikan ct dgn hubby jer..hihihi

cik kedondong said...

akak, terima kasih resepi dan tips2.baru buat dah menjadi. tergoda dengan gambar akak la ni.

Powered by Blogger.