Follow if you like

Oct 29, 2011

MAMA QASEH

Assalamualaikum..

Selamat malam semua dah tidur ke??
Hari ni hati ita berbunga ceria.. Ita menerima tetamu dari Melaka Bandaraya Bersejarah. Tak sangka adik Liana dan suami serta Qaseh hati mereka berdua sudi menjadi tetamu ita hari ni..

Semalam bila Liana kata nak turun JB ita mencongak - congak untuk menjemput Liana datang kerumah ita. Mula-mula bimbang juga kalau Liana datang ke JB atas urusan keluarga, takut menganggu jadual mereka pula. Tapi bila liana dan suami bersetuju untuk singgah suka hati ita bukan kepalang.. tapi dalam hati ni dup dap dup dap juga..


Ita ni sebenarnya pemalu sikit orangnya.. haha malu- malu kucing miau-miau.. Pulak memang sangat terkejut dengan kehadiran mereka sekeluarga tu yg lidah terus kelu untuk berbicara.. Mujur suami-suami kita orang ni peramah bukan main.. Suami ita ni memang peramah dan mudah sangat mesra dengan orang tak kira siapa aje.. semua dia boleh ngam.. Ita aje yang macam ada mutiara dalam mulut ni.. takut jatuh hihi.. tapi jangan tak tau kalau dah lama kenal sampai pagi pun sanggup berborak tau! haha


Ita harap Liana tak serik singgah rumah akak, kehadiran liana dan keluarga buat akak sangat-sangat terharu.. Maaf ye kalau layanan akak kurang memuaskan. Sebenarnya macam2 dalam kepala ni nak ita sajikan.. tapi, disebabkan kesihatan ita tak berapa memuaskan ita hanya dapat sajikan apa sahaja yang termampu.. Dah 2, 3 hari ni ita rasa sakit pada ulu hati, bila sakit ni datang kepala pun mula lah berpusing. Suami ita kata mesti gastrik ita datang balik! tapi rasa ita tak de lah pulak control makan sangat macam dulu.. rasa lagi berselera aje makan semenjak berblog ni..

Bila dengar liana dah sampai terus otomatik sakit tu hilang.. hihi sebab teruja sangat lah tu.. bila liana balik aje.. emmm mulalah macam biskut di cicah kopi.. lembik aje..
Liana dan suami serta anak mereka Qaseh memang best!, peramah dan manis2 semuanya.. Sejuk aje tengok mereka bertiga.. Qaseh yang comel aik! pandai pulak malu.. hihi malu-malu kucing juga ye macam auntie hihi Semoga mereka sekeluarga gembira menghabiskan cuti mereka di bandar JB ni.. semoga kita akan berjumpa lagi.. insyaallah..

Terima kasih ye liana kerana bersusah payah bawakan buah tangan untuk akak.. Suka sangat dengan buah tangan pemberian liana dan keluarga. Macam tau-tau aje.. :D
Masa ita gi Melaka hari tu ita memang nak beli bakul ni lah.. tapi tak jumpa pulak masa jalan-jalan kat Bandar Melaka. Sekali liana bawakan pulak untuk akak.. rasa macam nak melonjak aje tadi.. tapi ita biasa lah kan.. control ayu.. cheeeehhhwah! hihi


Sekali lagi ucapan terima kasih yang tak terhingga dari akak buat Liana dan keluarga.. Semoga hubungan yang telah terjalin ni berkekalan hendaknya..
Suka sangat bila berblog ni, ita bukan sahaja dapat kenalan di alam maya malah dapat juga merapatkan hubungan silaturahim saudara sesama Islam..

Jumpa lagi liana...

7 comments:

sabar kagawa japan said...

hhehe kak ita kak liana ni senior kite kt ums labuan dulu...lembut2 orgnyee keciknyee dunia yer

AZLITA AZIZ said...

oh ye ke?? laaa....

memang orangnya sangat lembut dan manis aje..

Dia pun tadi ada kata yg dia dan hb dia belajar kat UMS Labuan..
tu lah kan last2 jumpa jugak balik tapi jumpa kat blog akak je.. hihi
bila lah dapat jumpa betul2 kan..??

Junie Octovian said...

Wah! Bestnya blogger jumpa blogger ni ye? Makin mengeratkan silaturahim yg selama ini wujud di maya sahaja. Nanti kalau akak sesat di JB akak cari Ita la ye?

Tamar said...

Salam,
Kak ita, saya orang jb yg mmg selalu balik jb.. Agak2nya boleh ke serbu rumah kak ita ni...hehehe

ummi nor said...

Salam K.Ita,

Wow! Seronok kan boleh bertemu beramah mesra..mula-mula berkenalan di alam maya lepas tu boleh bersua muka.Saya pun teringin nak bertemu dengan K.Ita jika ke JB suatu hari nanti, ke Kulai selalulah...tak jauh dah tu.

liana ab malik said...

gambar qaseh dah di upload...hahah..bakul ni mmg dah lama fikir nak bagi akak if dpt jupe..rasa mcm sesuai utk akak yg suka seni@ kreatif..

qaseh,asik tgk gbr dalili...dia kata nak liiiii...hehehe...

fazian.batrisyia said...

Wahhh...bestnye dapat jumpa akak. Souvenir tu mmg trademark dr Melaka. Sesuai utk akak....Bila pulak sy dpt jumpa akak ye..?

Powered by Blogger.