Follow if you like

Oct 21, 2011

MALTESERS SQUARE

Assalamualaikum...

Salam di hari Jumaat yang barakah...
Mesti ramai yang tertanya2 kenapa ita masukkan lagu kanak2 dalam blog kan?? Sebenarnya, ini adalah bersempena dengan minggu Hari Kanak-kanak Sedunia. Dalili lah yang paling sibuk! Mak tak sambut ke hari kanak-kanak..?? Hari Raya mak sambut, tak kan hari kanak2 mak tak nak sambut..!! Ialah kita sambut lah hari kanak-kanak..


Kanak2 adalah anugerah Allah yang maha besar. Kita lah yang mencorakkannya. Rasulullah s.a.w juga sangat menyayangi kanak2.

Abu Hurairah berkata " Kedua-dua telingaku ini pernah mendengar dan kedua-dua mataku ini pernah melihat Rasulullah SAW mengambil Hassan dan Husssain dengan kedua-dua tangannya, lalu kaki Hassan dan Hussain berada di atas kaki Rasulullah, Rasulullah pun bersabda " Naiklah wahai anak yang pendek, anak yang pendek dan bermata bulat" (sebagai gurauan dan tanda kasih sayang). Kemudian anak kecil itu naik hingga ia meletakkan kedua-dua kakinya di atas dada Rasulullah. Rasulullah pun bersabda " Bukalah mulutmu ". Lalu Rasulullah menciumnya lalu bersabda " Ya Allah , cintailah dia kerana sesungguhnya aku mencintainya".
Riwayat Al- Tabrani


Sempena hari kanak2 ita buatkan satu hidangan yang pasti menjadi kegemaran kanak2 dan juga mak kanak2 hihi. Hidangan ni sangat mudah penyediannya dan rasanya juga sangat sedap! sangat sesuai kalau kita nak hidangkan untuk jamuan ulang tahun anak2.


Cara membuatnya lebih kurang sama dengan cara kita buat kek batik. Tapi resepi kali ini ia menggunakan coklat Maltesers yang kalau makan memang tak hingat-hingat.. yummy!
Bagi mereka yang diet tidak digalakkan untuk mencuba! kerana kalau dah cuba pasti terlupa diet! haha..
Ia juga agak manis pada tekak ita. Mungkin kalau nak cuba boleh kurangkan golden syrup tu..


Resepi ni ita ambil dari blog Dailydelicious. Blog ni kalau ita singah memang rambang mata semua nak di cuba last-2 semuanya tak tercuba sampai list dah berjela-jela.. hihi Gambar pun cukup menarik dan mempersona dengan setiap langkah membuat di terangkan dengan jelas untuk kemudahan sesiapa sahaja yang nak mencuba!

Terima kasih pada Dailydelicious yang berkongsikan resepi yang di ambil dari buku Home Bake. Ita akan sharekan resepi ni untuk panduan sesiapa sahaja yang nak mencuba dan merasa.


MALTESERS SQUARE
By : Home Bake
Sumber : Dailydelicious

100 gm butter
200 gm coklat masakan di potong kecil
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - di kisar halus - ita guna biskut marie
225 gm Maltersers

Untuk Hiasan
100 gm maltersers
50 gm coklat masakan putih - ita gunakan warna pink
50 gm coklat masakan


Kisarkan biskut hingga halus.
Sediakan loyang berukuran 8 inc, gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.


Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.
Matikan api
Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu ita masauk dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan baru ita keluarkan dari peti ais dan terus masukkan.
Tuangkan dalam loyang
Ita taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku.


Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan.
Potong kecil dan siap untuk di hidangkan..

47 comments:

Wahida said...

saya minat dengan maltersers tapi tak pernah lihat orang masak gunakan maltersers. insyaAllah, kalau ada masa saya nak try buat juga. terima kasih kak ita kerana kongsi resipe ini kepada kita semua.

iedaoshin said...

cantik la nk cube la ni dh meleleh air liur dh ni

iedaoshin said...

cantik la nk cube la ni dh meleleh air liur dh ni

Ell Joella said...

sedap nyer tengok.. mmg takley diet kalau camni.. :)

Sari Yusa Ibrahim said...

menarik, biskut merry pun byk lagi tu..

♥Sasha_Azhar♥ said...

Salam sejahtera... Sedapnya kak... senang pulak tu... nak tanye kalau ganti golden syrup dgn gula boleh tak?

Tamar said...

Salam,

Sangat mencabar tekak mak yong ini...hehehe

~Sya~ said...

wow, cantiknya...nampak sedap plak tuh..thanks

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam Ita..

menarik sungguh..!! suka plak tgk bila maltesers kena potong gitu.. hihi... ada kerajinan boleh try test.. tp mmg takleh mkn byk ni.. bahayoo.. hehe.. akak bet lepas ni mesti virus resepi ni akan merebak dengan jayanya.. sbb cun sangat2 tau.. geram akak tgk.... hehe..

JUJUE AHMAD said...

wah.. sedapnyer.. blh la jue try nnti.. jue mmg suka coklat.. hehehe..

ninazsyafinaz said...

kecuh tgk. ..haiz..diet2

fazian.batrisyia said...

Blogger masakan ni baguslah saling memuji antara 1 dgn yg lain..perkembangan yg sihat...jgn mendengki & iri hati sudah kan kak..Yang baik kita kongsikan...Aduhai sy tengok pun tak tahan...baru perhabis makan kek batik...kalau choc lagi...mau menangis alat timbangan nanti...

Mas said...

kak ita...
cantikkknya kek..
geramm mas tengok....

RashAtie said...

kak itaaaa....hancuss la diet atie kalu camni....

Anna Qawina said...

rasa nak makn kat sini jek..cantik & menarikla kak Ita..huhu

CT Delima said...

As'salam Ita

nak sepotong, kalau dapat nak dua potong ehh.Alhh..nak semualah...hehehe. cantik jer kalau dah jadi kek ni kan. Dalili mesti tambah suka sebab mak dia rajin masak :)

Zaliedana said...

Kak Ita,alahai cantik sungguh,iras2 kek batik merrie kan..Mesti dalili suka..

Azlina Manan said...

sedapnye......

umi said...

wow kak ita! ~tak perlu kata apa-apa, senyum!~

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita..wahhhh terujanya saya tengok snek ni...

Kak Ita, tanya satu, masa biskut hancur tu dimasukkan, time tu masih atas api ke atau sebaik saja campuran coklat+gol syrup tu sebati, tutup api kemudian baru masukkan biskut hancur dan seterusnya Maltersers....?

Thanks....

nam@along said...

errmm..cantik & tengok pun sudah selera..:),

ummi nor said...

salam k.ita...sy mmg suka singgah kat blog akk ni...pertama sbb nak tgk gambar2 yg menarik tu, kedua dah tentu krn resepinya.

boleh tak k.ita tunjukkan cara2 akk ambil gambar tu dan edit gambar mcm dlm blog CMG@DTS buat satu ketika dulu.guna kamera apa, camne set aperture,shuttle speed,etc dan edit mcm mana...camne buat dark & white background mcm gambar2 akk tu?harap sgt akk sudi berkongsi cara2nya...terima kasih.

S-H-I-M-A said...

saya nak cuba pulak resepi kak ita yg ni....

Nurul said...

Wah, menarik sungguh kejadiannya... :)

Ummi said...

Weeeeyyy laaa weeeyyyy...santeknya kek ni Itaaa...eh kek ke cookies kiranya tu eh...Senang ke nak buat ni Ita..kalau remeh x sempat masa akak ni...huhuuu.. Takpun tolong pos kat akak sikit la Ita weeyy.. :))

saffiya_aleesya @ echa said...

bila pandang terus jatuh cinta..itulah yang boleh echa katakan bila tgk MALTESERS SQUARE kak ita ni..klu laa dpt sepotong dr kak ita kan ke best hehehe

Lieya said...

Aduhaiii... nak meleleh air liur bile tengokkan maltesers square ni...

Fiza Nordin said...

aduhhhh bestnye... cekulet3!!!!

ida said...

nampak sedap, kena try ni... xpernah beli maltesers.

chika said...

salam kak ita.

Cantiknyeeeeeeeeeee and nampakkk sedaaaaappppp sangaatt.
maltesers yummss!!

mintak share! :D

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
subhanallah cantiknya kak. macam sesuai je buat untuk birthday aqil minggu depan

eisyaawie said...

cantiknya kek kak ita...tengok rasa gerammm...

Aswani said...

Assalamualaikum k.ita,
I am very impressed with your culinary and photography skill. Keep up the good work! :)

Yati said...

as'salam kak ita..akak ni memang pandai betul la...setiap kali masuk blog akak...setiap kali tu la saya terkagum dgn kerajinan dan teknik photography akak.....mabeles! ^_^

Nur-nba said...

Salam. Aduyaii lapar terus perut ni.. Awat cun sangat. Siap ada step by step lagi.. Harua masuk list utk dicuba.. :)

Kasturi Nusi said...

ampunkan lah dosa ku kerana cemburu dengan masakan kak ita.......

FAMILY KITCHEN JAWA said...

menyelerakan sungguh...

Syimama said...

hemmm.. ni kalau anak2 nampak, tentu tak tentu arah dibuatnya.

kak limah said...

assalamualaikum kak ita, saya dah cuba buat tapi bila saya masukkan biskut marie, adunan tu trus jadi doh tak jadi likat mcm kak ita buat.. hmmm.. kenapa yek.. sukatan semuanya betul dah....

Cahaya Mama said...

mak aii,.lawonyee!,..k.ita,tangan akak sangat2 kreatif dn sgt2 rajin duk buat kek segala macam ni,.dr td sy duk tgk post k.ita,rase nak makan je,.ahaha,..semoga k.ita diberkati Allah sentiasa,.teruskan berbakti untuk keluarga dan berkongsi dengan kami ye,.hehe,.


neway,sy newbie,.knon2 blog nak masak2 gak tp ampeh,.gmbr slalu lupe nak amik,.huhu

KG said...

maltesers makanan ruji i dari uni days till now, so gonna try this. love lookg at your posts here:p

Mekar said...

Macam tengok gambar di majalah masakan barat. Sangat la cantik.

HaN!zAm said...

suke sgt tgk maltesers neh... nak try buat la... nampak sedap... tq coz bkongsi resepi.. cantik sgt

siti said...

Alahai cantik giler...mesti sedapkan...kak ita ni memang kreatif ler..kalau masuk master chef mesti bole menang...

mselim3 said...

tengok aje dah sedap...kalu makan lagi sedap yum..yum...janji jgn lupa baca bismillah k....

salam persahabatan salah ukhuwah ...

sarah mia said...

kak ita kenapa dia tak berapa nak likat ? and dia jadi liat . mcm mana ni kak ita?

sarah mia said...

kak ita saya buat dia mcm tak berapa nak bersalut dengan malteser tuh n dia mcm liat sangat . mcm mana ni kat ita?

Powered by Blogger.