Follow if you like

Oct 13, 2011

LALA TAM PLON

Assalamualaikum....

Alhamdulillah kenyang sudah perut ni.. Apa khabar semua... Dah makan? Dah pukul berapa ni kalau tak makan lagi.. Bila anak2 ade kat rumah ni ita agak sibuk sikit memasak.. Tu yg asyik lambat aje ke udara..

Pernah tak dengar perkataan "lai lai li tam plon" Masa ita kecik2 dulu bila ita nak main permainan apa2 lah kan contohnya macam belon aca ke... main kejar2 ke.. main rounders ke.. emmm ... tau tak belon aca tu apa? kalau kat JB ita panggil belon aca rasa2 permainan rakyat ni lebih dikenali dgn nama galah panjang kalau kat negeri2 lain..



Ok sebelum memulakan permainan kita kena bahagi kepada beberapa kumpulan kemudian nak tau lah kumpulan mana yg jalan dulu.. masa tu lah kita buat lai lai li tam plon.. kalau sekarang ni ita tengok Dalili lebih banyak cakap oooo sommm!! emm.. pas tu tangan mana yg banyak terbukak dan yg mana tertutup.. pas tu yg tertutup tu jalan dulu.. hihi betul ke ni.. dah lama tak main dah lupa dah.. haha
Seronok pulak bila ingatkan kembali zaman kanak2 pas tu ita lah yg paling awal datang sekolah sebab nak main.. hihi


Semalam ita gi pasar, pas tu beli lah lala.. Azrul teringin pulak makan lala. Lama jugak ita tak masak lala. Biasa anak2 suka kalau ita masak masam manis.. tapi dah selalu sangat masak masam manis hari ni nak cuba tukar selera pulak! Cuba kita cari resepi yg lain sikit..

Masa ita singah kat My Resepi selongkar cari resepi lala ternampak lah perkataan Lala Tam Plon aik!! masak pon nak lai lai li tam plon jugak ke??  laaaa... rupanya nama la la li tam plon yg kita dok buat main tu nama masakan dari Thailand yg menggunakan lala.. hahaha macam nak pecah perut ita dok gelak sorang2 wakaka...

Dan akhirnya ita ambil keputusan tuk cuba resepi yang di kirimkan oleh Dicda di My Resepi. Tak sangka pulak sedap jugak lauk ni.. memang terasa macam makan kat kedai makanan Thailand. Rasanya masam masam manis sikit! Cuma sos pranem tu ita tak de ita gantikan dengan sos plum waaa... terangkat juga lah lauk ni pulak bila di makan dengan nasi hangat waaa.. berselera betul Azrul makan.. emmm.... tak toleh kiri kanan lagii..

Terima kasih pada Dicda yg berkongsi resepi ni.. sedap! nanti boleh buat lagi.. Ita minta izin untuk sharekan kat sini lah ye!


LALA TAM PLON
By : Dicda

Resepi ni tak de sukatan yg khas jadi agak2 aje lah ikut berapa banyak lala yg kita nak masak. Dari segi rasa biarlah ianya secukup rasa dan manis2 sikit.


Bahan Tumis
bawang besar
bawang putih
halia

Bahan - bahan di atas ni di hiris halus

Bahan Sos
sos tiram
sos pranem - ita ganti sos plum
sos cili
sos tomato
cili boh - ita guna cili kering dikisar


Bahan Sampingan
tomato potong dadu
karot hiris halus
cili hijau hiris halus
sedikit air
tepung jagung - di bancuh dgn sedikit air
daun limau purut

Panaskan minyak.
Tumis bahan tumis sampai naik bau.
Kemudian bahan untuk kuah tadi.
Masak hingga kuah mendidih cikit.
Masukkan air sedikit.
Kemudian nmasukkan tomato, karot, cili hijau dan lala.
Akhir sekali tuang bancuhan tepung jagung dan perasakan garam dan gula, masak hingga mendidih.
Tutup api hidang dengan nasi panas

12 comments:

chikadakbiru said...

amboi lawanye lala tu berposing....dpt ratah semangkuk nih sedappp

Sari Yusa Ibrahim said...

laaaaaaaaa, kalu ckp awal2 bleh sy bagi sos pranem tu, kat umah ada sebotol besar... hehe..Lala ni mmg feberet kami ank beranak, mmg sedap msk2 ala Thai mcm ni..

Kak Ita, betullah, ank sy skrg pun ntah2 tak tahu lai lai li tam plon tu, taunya ooooooooooooo som! Nt balik2 yg tgn ttutup tulah menang, jadi kalu dia nak osom ngan sy, mmg sy tutup tgn siap2, tak fhmlah.. ada batulah, burunglah, airlah.. hasihh!! panjang lagi membebel, hihi..

ilahjy said...

kak ilah tak masak tghari dek ita minta mai sikit nak rasa..krak kruk perut ni huhuu.. ptg ni kak nak masak ikan nyok2 kari dgn terung.. tghari adi masak kek buah kukus hasil skodeng dapo ita laaaa hehehehe t.kasih resepi..

saffiya_aleesya @ echa said...

salam kak ita..Ya Allah kak..terliur echa tengok lala tu kak..arghhh

Oh Oeya said...

As salam Kak Ita.
Nampak sedap sungguh..

Me? tak pernah masak lala erkkk!

ILYAA NETWORK (SA0195953-V) said...

sos pranem tu sama tak dengan fish sauce?

Lieya said...

Amboiii mcm sedap je kak.... kenelah pulak cari lala lepas ni... ehehehe

saffiya_aleesya @ echa said...

bukan mcm sedap je lagi Lieya ooiii tp mmg sedap pun..hehehe
echa mcm tok moh je kan blum rasa dh tau sedap..tp echa rasa ape je yg kak ita masak mesti la sedap..
tul tak kak ita?? :-)

Mamamya said...

haishhh..x leh jadi ni...arini kak yus n kak ita dok tayang2 lala...weekend kene pasar cari lala...lia pun dah lama rasanya x masak lala...dekat 2-3 tahun kot...huu, lamanya.... ;)

JaSSNaNi said...

assalamualaikum.. selamat petang... :)
datang melawat lala hari ni.. cantek gambar yang shoot dlm balang tu.. menarik ar,, kreativ masak.. kreatif amik gambar.. :) cayalah..

Ummi said...

Ita, akak xnak laili tamplon...akak nak lat talilat jerk...hehhee, ada jek la nama masakan ni kan..naik seriau dgr...hehe

Cherita id said...

Creative..






















scaricare musica da youtube

Powered by Blogger.