Follow if you like

Oct 5, 2011

KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL

Assalamualaikum...

Apa khabar semua..?? Maaf berapa hari tak bersiaran.. Sebagaimana yg semua ketahui anak ita Azrul sedang menghadapi peperiksaan PMR tu yg buat mak dia ni gabra semacam.. semua yg di buat serba tak kena.. hati risau dan runsing.. bukan kepalang..




Terima kasih atas ingatan dari sahabat2 sekalian dan doa yg tak putus2 buat anak ita dan anak2 rakan2 yg lain juga.. semoga mereka semua beroleh kejayaan cemerlang sebagaimana harapan dan doa mereka setiap hari...


Hari ni ita tak boleh celoteh banyak sebab banyak sangat amanah yg dipikul.. ita tinggalkan dahulu dengan resepi kek yg sedap sangat ni..


Resepi kek ni dari Chef Hanieliza. Seorang chef yg sangat ramah dan baik hati kerana sudi sharekan banyak resepi menarik beliau untuk peminat2 dunia masakan. Ita pernah juga bersembang dgn Chef Hanieliza atau lebih mesra di sapa kak Liza. Orangnya sangat peramah. Masa ita dok sembang dgn kak liza ita dalam perjalanan pulang ke JB dari KL. Walaupun talian asyik terputus2 tapi kak Liza masih terus menghubungi ita dan menerangkan tentang beberapa resepi yg menarik yg telah beliau sharekan.. Begitulah kak liza yg ita kenali. Walaupun ita tak pernah bersua tapi dari perbualan di corong telepon ita dah tahu akan sikap kak liza yg mudah mesra...


Resepi ni pernah di cuba oleh Izah baru-baru ini, yg membuatkan ita juga terpanggil untuk mencuba resepi yg ita dah dapat rasakan akan kesedapannya. Terima kasih kepada Chef Hanieliza dan Izah kerana sudi sharekan resepi kek yg sedap ni di sini,  ita minta izin untuk sharekan kat sini pulak lah ye.. supaya dapat juga rakan2 yg lain mencuba dan merasa..


KEK COKLAT KUKUS KEJU KOKTEL

Adunan ni dapat banyak tau! ita hanya buat 1/2 daripada adunan sahaja. Resepi yg di bawah ni resepi asal dari Chef Hanieliza
Bahan A
2 cawan tepung gandum 
1 cawan serbuk koko 
1 s/k baking powder 
1/2 s/k soda bikarbonat
Semua bahan di atas di gaul rata dan di ayak

Bahan B
1 cawan susu pekat
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang

Bahan C
4 biji telur 
1 s/k esen vanilla
Semua bahan di atas di satukan dan dikacau rata

Jika buat 1/2 adunan macam ita gunakan loyang 8 inc
Gris loyang dgn butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan kukusan
Masukkan semua bahan yg diayakkan dalam mangkuk. 
Masukkan butter cair, air panas, gula dan susu pekat dalam mangkuk yg berisi bahan yg telah diayakkan. 
Masukkan telur dan kacau adunan sehingga sebati.
Adunan ni tak payah pukul guna mixer,  guna senduk kayu atau spatula aje pun boleh.
Kacau rata sahaja. Setelah adunan sebati.
Masukkan dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau lebih sikit.
Bila dah masak biar kek betul2 sejuk. Bila kek dah sejuk kita sediakan pula krim keju

Untuk krim keju ita buat 1 adunan.

Bahan krim keju
250 gm keju cream philidephia
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan air agar-agar *masak air dengan 1 sb serbuk agar2
1 cawan yogurt perisa mangga
1 tin buah2 koktel
1/2 cawan air dalam buah2 koktel - ita tak letak

Pukul keju cream dan gula sehingga rata/lembut. 
Masukkan yogurt dan pukul lagi.
Dalam resepi asal chef hanieliza campurkan sekali dgn air dari buah2 koktail tapi ita tak masukkan kerana adunan dah cair.
Masukkan agar2 tadi.
* Agar2 ni ita rasa lebih elok jika gunakan geletain lain kali kerana agar2 bila kita dah masak kita tak boleh tunggu sejuk sebab nanti dia keras. Bila kita tuang dalam adunan ni pula dia terus beku dan bergentel2 pula. Kena kacau cepat2. Tapi ita rasa lain kali kalau buat memang kena guna gelatin.

Kek yg telah sejuk tadi kita buang bahagian atasnya yg licin.
Guna pisau yg nipis dan tajam
Bahagi kek kepada 2 keping
Letakkan lapisan kek di atas pinggan
Ambil 1/2 adunan krim keju dan masukkan 1/2 buah koktail ratakan
Tuangkan krim yg dah bercampur buah atas kek span dan  ratakan.
Lapik pula dengan sekeping kek lagi.
Tuangkan baki krim tadi dan taburkan baki buah2 koktail diatasnya
Simpan dalam peti sejuk semalaman
Potong dan hidangkan

*Minta maaf ye! untuk resepi ni ita tak buat step by step sebab cara buatnya yg sangat mudah dan simple! ita rasa semua pun boleh mencuba sebab kek ni tak banyak kerenah. 
Cuma adunan krim keju sedikit lembik dan susah bercampur dgn agar oleh itu ita cadangkan gunakan gelatin.

Ita guna acuan 4 segi. Bila dah benar2 keras baru ita potong dan kemaskan sisi kek.
Guna pisau yg tajam dan nipis untuk memotong kek.
Lap bilah pisau dengan tuala lembab setiap kali selepas kek dipotong, ini supaya bila kita potong bahagian lain sisa pada pisau tidak mencomotkan kejadian kek.

Ada lagi beberapa cara yg di ajarkan oleh Izah seperti di bawah ni

Saya guna yogurt plain, jadi topping tu sedikit masam. Jadi memang disyorkan guna yogurt  buah la kan. Lepas tu saya rasa nak buat kek ni sesuai guna loyang yang boleh buka sisinya tu. Sebab topping tu agak cair dan memakan masa untuk mengeras. Bila ada loyang gitu jadi kek boleh dihidang dengan cantik. Tapi pada pandangan saya, bagi yang tak de loyang buka sisi tu, boleh je gunakan idea yang lain, mcm saya. 

Saya pernah buat kek ni dengan dihidang didalam loyang kaca. Kukus sesiap kek, pastu terbalikkan kek ke loyang kaca yang elok ukuran n ketinggian. Kemudian curah topping keju di atas kek. Sejukkan dan hidangkan. Maknanyer dihidang terus kek di dalam bekas kaca tula.

atau

Kek coklat di keluarkan dari loyang, letakkan di atas pinggan. kemudian ambil aluminium foil, lipat dua, dan tepekkan foil disekeliling kek mengikut bentuk kek. Haruslah foil tu tinggi dari kek untuk menampung  topping keju tadi.  Curah topping. Biarkan sehingga topping keras. Hidangkan.

atau

Kukus kek di dalam bekas loyang chiffon. Kan ke loyang chiffon tu boleh buka sisinyer tu kan. Tapi alas loyang guna foil takut adunan kek coklat tu nanti bocor keluar. Tapi Saya buat tu, tak de pulak kek coklat tu keluar, cume ada sikit2 je la. Kemudian bila kek sejuk curah topping di atas kek. Dan  biar keras, baru buka sisi loyang tu. Potong kek dan hidangkan.

36 comments:

Sari Yusa Ibrahim said...

kita dah terpesona ni.. hehe

Zaliedana said...

Alahai tergoda,terkesima n terpukau ngan hasil kerjatangan kak ita,nmpak pon sgtlah menarik n sedapnyer..
Kak moga anak akak azrul memdapat keputusan yg cemerlang ya..

Ummi said...

Waaaaaaaaaaa...terangkat!!! Nak buat jugak la wpun rasanya mcm dah buat...hahahaha... Nak wat kek tuk besday sendiri laaa..nak tunggu Ita punya air tangan ntah bila nak merasa kaaannn.. :)

lina said...

salam ita - kalau ita kata sedap tu Insya ALLAH sedap...byk cake dah lina cuba semua family setuju...mmg sedap. Hebat ita menunjukan caranya sehingga ramai juga kawan2 lina yg lain berjaya melakukannya.ilmu yg manfaat di kongsikan Insya ALLAH semoga ALLAH merahmati keluarga ita serta mendpt keredhaaNYA di dunia mahupun di alam yg lain.

ninazsyafinaz said...

koktel ader kat rumah..keju pun ader..bahan2 yg lain pun ader..tertarik nak buat jugak!!

Ida,Japan said...

fuhhh...sgt mabelesss nmpk!!! apa2 yg kak ita tayang sume ida terliur la...dan semoga anak k'ita lulus dgn cemerlang ye

atie @ ejay said...

wah sedapnya.. kak camana nak potong kek 2 kasi nampak kemas je.. klu atie konfem comot

Gee® said...

cun nyer...

Chah said...

Mak ai...tertawan jiwa nan rawan...cantiknya...harus kucuba nih...:)

p!nkitchen said...

waaaa...mata ni mcm xnk brkelip bila tgk kejadian kek ni..mmg terbaik lah..insyaallah nk try nanti,,tak tau lah mcm mana kejadiannya nanti...kompem comot..hehehe

nam@along said...

cantik & sedap..aduiih..kak ita ni buat aper pun baru tgk pun dah sedap..klu dapat merasa..emmm lagi best..

Masya said...

MENARIK NI UTK DICUBA.... MESTI SEDAPKAN...

kzai said...

npk sgt sedap..tmbh lagi ada layer..yumyumm

N.U.R.U.L said...

dah meleleh dah air liur nih adeh....kena save resepi..

amik award kat blog nurul yer if ada kelapangan
http://momwithapron.blogspot.com/

Nurul said...

wah..sedapppnya...:)

aimie amalina said...

aduhaii
sedapnye kak
dh la suke keju
suke koktail
suke plak kek coklat
waaaa
pasti lazat!
nyummy!

Tina Othman said...

terliur, bila coklat dan cheese digabungkan, wallaaaaaaaah

Lieya said...

Uiii sodapnyeeeeeeeeeeeee... mintak sikit bolehh???

rahel said...

Menarik sangat..bahan2 semua dah ada kat dapur..tunggu masa je...

..::tarabozu::.. said...

KU TERTAWAN DAH..!!!

izahdaut said...

masyaAllah.. cantik betul bila kena ngan skill keramat kak ita tu...lawa sungguh kek ni jadinya..

kak ita.. jgn bimbang jgn risau, kata org kalau mak mak risau lebih, anak2 dapat aura nyer jugak.. nanti risau jugak diorg nanti kat dewan..rilex2 ye kak. gi spa pun best tu.. hehehehee....apa apa pun semoga tenang si azrul menjawab soalan..

Juwita Jamaludin said...

menarik kak kek ni.. cantik.. hari tu memang nampak kat rumah izah dah

Cheq Sue said...

amboi amboi amboi...cantik kek secantik orang yang buat tu... x sabar nak tunggu step by step ni... lama dah tergoda

Yat Maria said...

Ita

cantek la Ita kek tu..berkenan ai..philli cheese pon masih ada byk lagi kat my fridge..hmm...cam tangan dah gatai nak pi buat plak..

Zarina said...

Terpesona mata ngan tekak.. Nampak sedap sungguh!! Terus jump queue utk next recipe yang nak dicuba...Tak sabo nak nengok cara camne Ita buat..

Oh Oeya said...

Wow! Wow! Wow!

fazian.batrisyia said...

Dah lama jugak tak ada stok cream cheese....ari tertgk jugak kek ni kat blog siapa ntah...memang nampak menarik perhatian...

4ever Jambu said...

mmg tgn kak ita ni berseni sungguh..cantek n kemas kejadiannya..yatie mmg suka bukak blok masam-manis ni..rasa bsemangat lagi nak memasak sendiri semua benda..mungkin satu hari nanti bila berkelapangan, kak ita bule bukak kelas seni masakan utk yg berminat mcm yatie n yg lain ye... :-D

Alin Marlini said...

bestnyer Kak Ita..sedap nmpknyer..

Kakwan (K1) - citarasawan said...

K1 pun sukerrr...

Salina Salehan a.k.a iena chomey said...

cunnnnyee kak ita, nak order la..nanti ina balik jhr nak order ye...

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak Ita..Wahhhhh...ni versi ada cheese lagi kat tengahnya..Wah wah wah nampak pun memang sedapppppp ni...

Aima said...

salam, menarik sungguh resepi ita nie...,mengancam...buat hari teruja nak mencuba

Ati Masrif said...

salam ita,

kek dan puding koktail
memang taraf 5 bintang

insyaAllah harus kita cuba nanti :)

Rin_Aff said...

nak meleleh air liur tgok kek ni...
sangat yummy....ermmmm

haslina said...

saya dah cuba tapi saya x pandai potok kek tu...terlalu tebal..lain kala nak cuba lagi....tq kerana br share resepi tu.......

Powered by Blogger.