Follow if you like

Oct 11, 2011

CHOCOLATE BREAD CAKE

assalamualaikum

Apa khabar semua hari ni..?? harap2 sihat dan ceria.. lah kan..
Semalam anak ita Azrul balik.. hari ni mak dia sibuk lah di dapur
PMR dah habis jadi cuti lah anak ita sampai hari Ahad ni..
Member apa lagi balik kali ni uiii.. tidur tak bangun2 ingatkan pengsan!! rupanya bayar hutang.. hihi
Ni pulak dah dok berkurung dalam bilik apa lagi main game lah tu.. dah lama tak bukak benda tu.. lepas gian lah tu.. tak pe lah dah habis exam mak bagi can..

Dah lama ita tak meroti.. sebenarnya kalau cuaca hujan cam ni memang payah sikit nak meroti udara yang sejuk dan lembab buatkan doh kita susah nak naik.
Biasa doh yang telah siap di uli ita akan perapkan dalam oven. Oven tu ita on sekejap.. kejap aje tau bagi udara dalam oven tu hangat2 aje.. atau istilah lain suam-suam kuku.. Pas tu ita letaklah doh tu dalam oven supaya dia panas dan mudah naik. Nanti dia naik cantik aje dan lembut!


Hari ni ita nak sharekan satu lagi resepi roti dan kek kira dua dalam satu senang kerja sekali masuk mulut dua2 dapat roti pun dapat rasa kek pun dapat rasa.. hihi
Resepi ni ita ada nampak kat buku The World of Bread daripada Chef Alex Goh . Dah lama berhajat nak buat tapi adunan rotinya agak banyak!
Semalam masa ronda2 cari resepi ita ternampaklah resepi yang lebih kurang sama di fotopages by Naz Rinn Chan resepi yg Naz Rinn Chan ambil dari Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread
Lebih mudah siap ada langkah demi langkah yang mudah!
Untuk adunan kek juga menggunakan tepung kek ready made atau sponge mix cake. Tapi sebab ita tak de Sponge mix cake bahagian kek tu ita gunakan resepi French Sponge Cake oleh Chef Alex Goh

Terima kasih kepada Naz Rinn Chan kerana sharekan resepi ni dan terima kasih juga pada kedua2 tuan empunya resepi.
Jom kita masuk dapur dan kita buat Chocolate Bread Cake ni..


CHOCOLATE BREAD CAKE 
By :  Chef Khoo See Yew of DIY Home Bread
Sumber : Naz Rinn Chan

Bahan A
300gm high protein flour
5gm susu tepung
3gm bread improver
10gm serbuk koko

Bahan B
50gm gula castor
1/2 tsp garam halus
1/2 biji telur
180gm air sejuk
7.5gm yis segera
1/2 tsp choc emulco

Bahan C
15gm butter
15gm shortening

kismis - ita tambah


Untuk buat doh roti ita gunakan bread maker.  Di bawah ni pula adalah cara2 menguli menggunakan tangan.

Dalam mangkuk pengadun, campurkan semua Bahan A. Gaul seketika. 
Masukkan semua Bahan B ke dalam Bahan A. 
Adun sehingga menjadi doh. 
Masukkan Bahan C dan terus putar hingga menjadi doh yang lembut dan elastik. 
Boleh uli guna tangan atau bread maker. 
Bulatkan doh, tutup dengan plastik dan perap selama 30 minit. 
Tumbuk doh untuk membuang udara. 
Kalau nak letak kismis masa ni boleh gaulkan doh dengan kismis atau coklat chip pun boleh
Bahagikan doh kepada dua bahagian. 
Gelek leper dan gulung pada dua bahagian yang bertentangan. 
Lengserkan dengan butter 2 tin loaf berukuran 4" x 4" x 6". 
Ita guna loyang 5 inc x 9 inc dan tinggi 3 inc
Masukkan satu doh yang telah digulung tadi. 
Biarkan doh naik dua kali ganda.



Ita bulat-bulatkan doh sebesar guli dan susun dalam loyang
Peringatan jika gunakan loyang yang kecil kena bahagikan doh pada 3 bahagian kerana doh roti yg mengembang akak mengembang lagi bila di bakar dan besar kemungkinan akan menolak adunan kek di atas dan membuatkan kek tertumpah. Berhati2 ye! Pastikan doh roti di bulatkan atau di gulung kecil aje anggaran 1 - 1 1/2 cm  aje tingginya
Bila dah siap rehatkan semula doh dalam 10 minit
Ok kita buat pula kek


Untuk resepi kek yang menggunakan sponge mix cake boleh ikut resepi di bawah ni

KEK SPONGE MIX
2 butir telur gred A
150gm sponge mix perisa vanilla
30gm air
2.5gm esen pandan
60gm minyak jagung/minyak masak


Putar kesemua bahan adunan kek dengan kelajuan tinggi selama 8 minit sehingga kembang dan gebu.

Ita pula gunakan resepi French Sponge Cake dari Chef Alex Goh


FRENCH SPONGE CAKE
by : Chef Alex Goh
Sumber : Buku Masakan Fruity Cake

Bahan A
4 biji kuning telur
20 gm gula castor
1/4 sudu teh esen vanila

Bahan B
4 biji putih telur
100 gm gula

Bahan C
110 gm tepung - ita guna tepung kek
 70 gm mentega cair - ita guna minyak Mazola 


Bahan A - Pukul bahan A sehingga ringan dan gebu
Bahan B - Dalam bekas lain putar pula putih telur hingga kembang, tambahkan gula dan putar lagi hingga kental dan kaku, kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh.
Masukkan  adunan meringue ( bahan B) kedalam adunan bahan A. Kacau rata dengan menggunakan kaedah kaup balik sehingga rata.


Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan tadi dan kacau rata dengan kaedah kaup balik juga.
Masukkan minyak atau butter cair dan kacau rata guna kaedah kaup balik juga.


Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna yg di sukai.


Tuang adunan kek ke atas doh roti yang telah kembang tadi.
Ikutlah cara bagaimana nak corakkan adunan kek tu
Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min - 30min.



26 comments:

Mas said...

cantikknya kek roti tu kak ita......
rajinn la akak sorang ni....

rahel said...

Bestnye..suka yang cam ni..gandingan roti n span kek..sedap2.

chikadakbiru said...

besh...cantik la kek roti kak ita..!! terliuq nengok

cikmanggis said...

teruja:)

Ummi said...

Weeeeyy lawooonyaa bread cake Ita nih..siap warna warni lgk...akak penah buat resepi Rinnchan nih...tp baca resepi kurang perasan, patut doh tu leh wat 2 bekas/loyang, akak pi taram 1 loyang jek..bila bakar doh roti naik menolak adunan kek, byk adunan kek keluar dr loyang...hahahahha..pastu x buat2 dah...tp mmg menjadi, cuma adunan kek secuit jek la duk dlm loyang..hehe, kelakauuu jek bila diingat...Bak sini 3 potong Ita..

Nazura Naa said...

k.ita nie..rajin betol la bt juadah ptg..lapaq dah nie bila tgk..hehehe...
mesti anak2 k.ita sentiasa kenyang kan..ada mak pndai masak..hehehe..

Sari Yusa Ibrahim said...

wah, kiranya dua dalam satu ni, nanti org yg tido bayo utang tu, msti suka bangun jer terus santap hidangan enak maknya ni.. untungnyaaaaaaaaa ada mak terror mcm kak Ita ni..

sabrina amran said...

wah , sedap nyer . lapar la pulak . lepas nie kene la belajar buat kek . baru dapat rase keenakan choclate bread cake .

p!nkitchen said...

waaaa....sgt teruja dgn kek nie!! kak ita mmg hebat..:)

*~ UmmuHusna ~* said...

cantikkkknyeeeeeerrrrrrrrrr...menarik..tertariik..aduh..teringin nk buat..tp wat masa ni xdapat la..hand mixer tertinggal lah pulak..huuuu~

Ruby's Delight said...

salam kak ita..wahhh..cantiknyer kek roti akak..tq details info dan tips tu ..yer kak...lebiuu kak..heheheh..

noorsafone said...

ita...cantik dan tergoda tgok kek tu..

Nazrah said...

warna pun sangat menarik...dua dua boleh rasa....

Juwita Jamaludin said...

cantik kak.. suka tgk.. geram je rasa nak capai

Zaliedana said...

Kak Ita,masyaAllah cantik bangat,mmg cun giloss kak,geram nengok..

Shiela Latif said...

kak ita...masuklah pertanding master chef...konpem menang

Miz Wanie said...

Sedapnya.. terkeliur tengok kek tu.. huhu..

Sheila Shafeareen said...

Salam kak ita lawa roti akk ni beralunan2 roti tu...warna kek pun cantik so sweet..akk ni mmg rajin...

Ucu Faridah said...

Salam...Ita
Cantik sangat nanti pos kat ucu ye..
sempena blog 1st Anevasary.

orked said...

Salam Kak Ita..

Boleh tak kak ita review pasal color yang kak ita guna dalam baking, contohnya jenis dan brand mana sesuai untuk jenis-jenis kek,roti dan kuih. Tq.

CikWan said...

teruja tengok.. sedapnye... =)kombinasi warna yang menarik!

JaSSNaNi said...

cantekkkkknyer.. creative nyer kek roti ni.. gebus giler.. pandai tul.. i tabik spring lah.. mmg betul2 cleaver....

~~DAPUR KECIL KU~~ said...

tengok resepi ni naik takut lak nak buat panjang betul tatacaranya

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

mak oiii.. teruja bangetttt!!! cantikkk!!

dah lama simpan resepi kak rinn ni sejak2 aktif berfotopages dulu lagi.. tp sampai ni tak terbuat2 jugak.. tp bila tgk yg ita buat ni mcm meluap2 pulak nak mencuba.... hahaha... bilaaaaalah tuuu ye....

NaniRostam said...

Salam perkenalan.....

Kagum...kagum dengan semua....

dapur....

peralatan

kebolehan memasak

food presetation yang sungguh menarik!!

gambar-gambar yang sungguh nampak
proffesional.....

jenguk blog ni terasa macam menyelak-nyelak buku resepi yang sungguh international...


Saya harap saya boleh rajin macam ita... untuk masak tempting food macam tu.

Kagum.

Noor Sakinah Sothir said...

Assalamualaikum,
salam perkenalan...... saya baru jer berjinak2 dengan dunia blog ni.... terus terpikat dengan blog kak. ita ni.... kak. ita ni tersangat la rajin kan... suker sangat. rasa macam saya pun nak cuba semua resepi2 yg kak.ita buat tu . tapi mesti tak cantik cam kak. ita buat.... tahniah tau kak....

Powered by Blogger.