Follow if you like

Sep 16, 2011

SOTO

Assalamualaikum....

Salam di hari Jumaat penghulu segala hari.. Selamat menyambut Hari Malaysia kepada semua warga Malaysia tidak kira di mana jua anda berada... Selamat bercuti juga kepada semua..
Waaa... bulan ni memang banyak cuti, bersambung2 dari hari raya hingga lah sampai ke hari ni.. Banyak lah kawan2 kita yg mengambil peluang cuti2 Malaysia ni tuk buat makan2 jamu kawan2 dan sahabat handai..

Masak apa hari ni?? kelentang kelentung kat dapur memasak. Naik berpeluh2.. tak pe.. amal jariah tu.. bagi orang makan dapat pahala tau!


Minggu ni ita sibuk juga.. biasa lah hujung minggu pulak tu masih lagi dalam bulan Shawal, banyak sangat jemputan Open House aduyaiiii... bertambah2 bam bam lah badan ni.. hari ni pun ade jemputan meraikan rakan2 FB tapi.. ita tak dapat menghadirkan diri, insyaallah lain kesempatan kalau ade peluang pasti kita akan bersua.. Terima kasih ita yg tak terhingga atas beberapa jemputan tu...

Minggu ni ita nak jenguk2 anak2. Maklumlah anak2 ita ni semakin hampir periksa ni semakin manja pulak budak2 ni... hari2 talipon.. ade aje.. masalnya.. mungkin dah mula gabra sebab nak exam.. aduyaiii anak omak ni..!!

Semalam ita buat soto. Soto memng fav ita sekeluarga. Kalau orang Johor, memang tak boleh lari dari Soto. Kalau rumah terbuka,  pasti soto akan jadi hidangan yg akan di sajikan tuk tetamu. Buatnya mudah dan sedap pulak tu! dan semua sukakan rasanya yg sedap ni.. Makan pun tak jemu.


Resepi kali ni ita ambil dari rumah Mas. Terliur dek penangan soto Mas yang mengoda tu.. langung terus gi cari ayam. Rumah ita jarang beli ayam kalau anak2 bujang 2 orang tu tak de.. sebab yg tinggal tak berapa sukakan ayam..

Mas, seorang ibu kepada 2 orang cahaya mata yg comel ni memang rajin betul memasak. Salute betul akak dekat mas, memang rajin sungguh! Macam2 yang di masak tuk jamu keluarga. Beruntung anak2 Mas dapat ibu yang rajin memasak! Sesungguhnya air tangan ibu memang yang terbaik buat keluarga.

Resepi dari yatie, seorang ibu yang sangat lemah lembut, dan sahabat yang baik. Yatie yang ita kenali dari dulu memang seorang yg rajin memasak dan air tangan yatie memang sedap! tak dapat dinafikan lagi. Yatie bodek dulu ye!! sebab nak copy kat sini pulak! hehehe


SOTO

By : Yatie

Nasi Impit secukupnya
1 ekor ayam - dipotong 4 - 3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang kecil2
3 s/b rempah sup/ rempah soto
1 ketul sup bunjut adabi
1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
1 ketul kiub pati ayam
6 cwn air atau secukupnya

Bahan Tumis
Rempah tumis - 1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji cengkih
2 biji bwng merah - di hiris
2 ulas bwng putih - di hiris
2 btng serai - di titik
2 cm lengkuas - dititik

Bahan Kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan utk tabur dan di makan bersama nasi impit
 1 mangkuk kecil tauge
1/2 cwn kcng tanah- di goreng
1 paket kecil su'un- di goreng
sambal kicap secukupnya
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
Sedikit bawang goreng
Garam dan sedikit gula


Goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan serbuk kunyit hingga sedikit garing.
Angkat dan ketepikan dahulu.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis, bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau rata dan perasakan.
Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama nasi impit.
Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.


Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.

6 comments:

Mas said...

kak ita...
mas suka sangat soto ayam resepi kak yatie ni..
sedapppp sangat..
tengok soto ayam akak ni lak..
wahhhh...rasa nak mengedeng jerk semangkuk.....
mengeliurkan betoiii.....
maceh kak sudi mencuba...
maceh juga pada kak yatie atas resepi soto ayam yang sangat sedapp ni..
mas dah 2 kali buat tau..

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
Slmt Hari Raya sekali lagi....uwaaa buat sotolah pulak, betul2 menyelerakanlah....kalau dpt semangkuk besor ni, waduh terus menyandar kekenyangan..dah takmo buat keje lain...ekekekeke...btw tq sudi mencuba resepi soto ni......talam lapis chacha kat bawah ni pun buat Yatie terliur je..kalau umah dekat2 mcm dulu, mesti dpt setengah loyang punyerrrrrr....hah3 tamak tul Yatie ni....

icaland pelangi indah said...

masa raya baru2 ni..baru ica tahu.. ramai org gerik tak tahu apa itu soto. dorang tak tahu nak makan macam mana. bila ica kata.. soto tu nasi himpit di makan dgn sup.. dorang cam pelik je. dorang tak cuba lg. dah cuba... baru tahu..betapa sedapnye soto ni kan?

NaNa said...

WAAAHH...mmg syg laa kak ita♥ mcm tau2 je nana nk wat soto sok utk open house..hehe thanks kak!

ibundo said...

adei... teringinlah pulak nak makan soto nengok gambar soto yang menggoda ni. hmmm.. tak leh jadik ni.

Abg Ijal said...

Menu wajib Rumah Terbuka Raya ni....memang best!! Lebih2 lg dapat yg 'pure' jawa punya...

Powered by Blogger.