Follow if you like

Sep 12, 2011

Rehat sekejap!

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... Selangkah lagi kita ke minggu baru.. Alhamdulillah kita masih dapat menghirup udara segar dan dapat menikmati keindahan bumi ciptaan Allah ini..

Salam bersiaran setelah 2 hari berehat.. Hujung minggu ita manfaatkan masa terluang tuk bawa anak ita Dalili jalan2. Biasa Dalili kalau semua abang2 dah balik asrama dia dah mula rasa bosan.. tak de kawan. Hari2 sebut " kita bosan lah tak de kawan.." minggu ni pula dalili cuti kerana murid2 tahun 6 akan menghadapi peperiksaan UPSR. Class Dalili digunakan tu yg dia tak sekolah.. lagi lah boring anak dara tu...


Hari tu dalili buat permintaan mengejut! aduyaiii... nak tersembur nasi dari mulut ayahnya.. pulak masa tu kita tengah menikmati hidangan makan malam... hihi Dia kata apa???

Dalili : "mak! kalau Dalili periksa ni dapat no 1 mak nak bagi hadiah apa???"
Mak : " Dalili nak hadiah ape???"
Dalili : " Dalili nak..... Dalili nakkkk.... Dalili nak adik boleh tak????"
makkkkk aiiii.... terkejut beruk sekejap mak dan ayahnya...
Dalili: " tapi Dalili tak nak baby... Dalili nak adik dah besar darjah 1 nanti boleh ajak dia main..."
amboiiii... amboiii.. amboii... PENGSANNN!!! mak dia dengar..

Ok lah kerana nak hibur hati dia yg tak dapat ditunaikan bawalah dia gi jalan2 kat KL semalam..


Seronok Dalili dapat gi Aquaria KLCC

 Besornya mulut ikan ni ayah!... macam molot mak kalau mak jeritttt!!! Dalili!!!!!! kemas bilikkkkk!!!

Ice cream time! tengok lentik aje jari dia mintak 3 scoop!!


Oh ye! sebelum ita terlupa ita nak mohon maaf pada fren yg nak add ita kat FB sebab ita dah tak boleh add lagi dah kat  FB  sebab FB ita dah penuh. Ita minta maaf andai ada lagi friend yg ita tak dapat ita add. Kepada rakan2 ita buatkan satu lagi ruangan untuk kita berkongsi resepi, petua dan apa2 jua dalam ruangan yg kita minati.. insyaallah ita akan update setiap apa juga menu tebaru atau petua dalam ruangan yg baru ni pula.. kepada yg berminat boleh lah LIKE ye!


Terima kasih atas sokongan anda semua.. anda adalah semangat ita! tampa anda rakan2 yg ita sayangi siapalah Masam Manis
Semoga jalinan persahabatan kita sentiasa kekal abadi selamanya..

Salam Sayang
Azlita Masam Manis

10 comments:

umi's cup cake said...

Salam kak ita,
kenapa akak tak cakap akak ada kat KL, kalau bagitau, boleh kita jumpa. teringin nak jumpa akak.lain kali datang, akak bgtau ya...salam rindu...

ninazsyafinaz said...

hehehe..Dalili nak adik express yerk..wah2..kakak express nak tak Dalili..kak Naz sanggup..leh tiap hari ngepil kat tepi dapur mak Dalili..ngecek apa dia masak..ahaks..Whoaa..seronok nyer Dalili and Famaili jalan2 ke KL

quinnie said...

salam kakita..wah seronoknya dalili dapat jenjalan kl...pandai dalili mintak adik kat mak ngan ayah dia...hahhahah...

Kak Sam said...

so sweett..
kak ita kena cari teknologi yang dapat merealisasikan permintaan dalili tu.

Ummi said...

Waaaaahhh Ita..Dalili dah mintak adik dah tu...hehee.. Ita bole lagi tu...hehee.. Tahniah la dah wujudkan Fan Page Masam Manis dah tu....nnt akak Like Like k.. :) Akak x kuasa nak wat, takut xdan nak melayan...mau fengsaann nnt..hehe, ada blog n FB tu pun mcm nak separuh nyawa nak melayan..hehe

Hamizah said...

kak ita,
mmg patut bagi dia adik..kesian dia..hik2

Gee® said...

nak adik..!!! hehehe....

mamazana said...

Kak ita.. anak dara~Dalili~dah mcm model zana tgk.. pandai betul dia bg pose... comelz!!

fazian.batrisyia said...

Dalili tu cute...kalau ada adik mesti cute jugak...mesti dia suka!

Sofea said...

comelnya Dalili..rasa nak cubit2 pipi..sama la ank kita ita, bila kakak & abg dh balik hostel mula la boring..:)

Powered by Blogger.