Follow if you like

Sep 27, 2011

KEK PISANG MARBLE SUSU

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..
Sejak dua menjak ni, ita rasa dunia berblog semakin meriah dgn hadirnya banyak bloger2 baru yg cuba berjinak2 dalam dunia blog. Selamat datang ke dunia alam maya.. Ita pun rasa seronok kerana dapat ramai kenalan baru yg berkongsi bermacam2 resepi dan petua terutanmanya dalam masak memasak.. Sekurang-kurangnya kehadiran bloger baru terutamanya bloger masakan dapat membesarkan lagi komuniti bloger masakan disamping dapat menyumbang idea baru dan segala kreativiti dalam segala aspek. Walaupun kita berkenalan di alam maya tapi kadang kala terasa begitu rapat dan mesra walaupun tidak pernah bersua..


Dunia berblog memang sangat menyeronokkan.. disamping kita berfantasi.. kita juga dapat menilai keikhlasan, sikap dan watak setiap bloger2 yg kita kenali melalui pembacaan di setiap ruang blog yg mereka catatkan..
Semakin lama kita semakin faham dgn sikap setengah2 bloger.. Kepada mereka yg baru.. besar harapan ita agar dapat menyesuaikan diri dgn dunia bloger yg kadang kala diluar jangkaan kita.. Kuatkan semangat dan sentiasa bersabar... Sentiasa berfikiran positif dan jangan hadkan keupayaan dan kretiviti anda dalam apa juga situasi..

SELAMAT DATANG


Dah berapa hari ni tekak ita ni macam nak makan kek pisang aje... kek pisang adalah salah satu kek fav ita.. Tak tahu kenapa memang suka sangat makan kek pisang. Mungkin bau kek yg harum dengan bau pisang dan tekstur keknya yg macam sponge yg buatkan hati ita terpaut.

Kek pisang ni tak kira lah bakar atau kukus teksturnya lebih kurang sama.. lembut dan lembab.. Sebenarnya dah lama ita dok intai resepi yg ita skodeng dari dapur Mas resepi asal dari Ros Jintanmanis Ita pun tak pasti adakah resepi ni resepi asal dari Ros atau Ros ada ambil resepi ni dari mana2 kalau adalah tuan empunya resepi asal jangan segan silu tampil dan beritahu jika resepi ni resepi beliau.. Kepada Ros terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi resepi kek pisang yang sedap ni.. Hanya Allah sahaja yg dapat membalas keikhlasan Ros berkongsi resepi. Ita juga minta izin untuk sharekan di ruangan ini untuk dikongsikan bersama rakan2 lain yg juga meminati...


KEK PISANG MARBLE SUSU
by:  Ros Jintanmanis

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan susu segar
4 biji pisang yang ranum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam
sedikit esen vanila - ita letak esen pisang
3 biji telur
sedikit coklat emulco ataupun serbuk koko

* Untuk pisang ita guna 5-6 biji pisang emas. Kalu guna pisang yg agak besar cukuplah 4 biji.


Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat
Selepas itu, lenyek pisang dan campur sedikit dengan garam, ketepikan
Kemudian, pukul telur bersama gula hingga kembang.
Setelah adunan telur sudah kembang, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi bersama minyak masak, kacau sebati
Selepas itu masukan tepung sedikit demi sedikit dan masukkan pula susu segar dan esen vanila
Kacau sebati menggunakan spatula atau senduk kayu.
Ambil kira-kira 2 senduk adunan kek, dan campurkan dengan coklat emulco atau serbuk koko,
kacau sebati dan ketepikan.
Curah baki adunan kek pisang di dalam acuan bulat 8 inc
Loyang tu sapu buter dulu dan alas dasar loyang degn kertas baking
Kalau nak tabur tepung pun boleh tapi hgn lupa ketuk2 loyang dan buang baki tepung tu.
Ita guna acuan silicon anggaran 8inc
Kemudian curah pula adunan coklat, lorekkan perlahan dengan menggunakan garpu
Bakar kek pada suhu 170 darjah celcius selama 60 minit,
Setelah siap di bakar, sejukkan atas redai

21 comments:

Gee® said...

salam ita, nak rasa kek pisang cantek tu...

Rabiatun Adawyah said...

assalamualaikum kak...sihat ker? gebusnyer kek pisang ni..nnt nak try gak lah..

chikadakbiru said...

salam kak ita..

wahh sampai terbau2 pisang kat sini...sedap sangat nampak..dh lama tk makan kek pisang hihi

Pink Kitchen said...

semua yg kak ita masak semuanya best..wlpn x penah rasa..tgk pn dh rasa sedap..that's why lah yus slalu follow blog akak..hehehe

Sari Yusa Ibrahim said...

terpesona kita tengok kek pisang marble tu..

eisyaawie said...

tengok pic. aka pom dah mengeliurkan....

Yat Maria said...

Salam Ita

ishhh...apa Ita bake, sumernya nampak sedapppp la sangat!! :)

nam@along said...

salam..kak ita..

kak ita ni masak aper pun nmpk menarik jer...

Ummi said...

Waaaaaaaaaaahh belum sempat nak komen kat Pretzel cantik mu itu..dah kuar kek pisang pulak, i liiikkkee...Bestnyaaa...nampak sungguh gebuusss dan lembut la kek ni Ita...teringat abah akak tau, dia mmg suka tul kek pisang, smpai naik jemu mak akak nak buatkan...hahaha. Cantik sungguhlah kejadiannya kek ni... dan pretzel kat bawah tu jgk.. :)

*Betul sangat la cakap Ita, kepada blogger yang baru2 nak berjinak dlm dunia blogging ni terutama bab masak2 nih, kena beretika dlm urusan copy n paste, credit to link dan segalanya...bersedia dgn pelbagai macam ragam dan rasa yang x semena2 akan singgah di kalbu kita dan kita dpat merasakan org itu begitu, org itu begini setelah kita selami perkongsian curahan rasa di blog masing2...

Hanya Allah yg tahu keikhlasan kita...apapun kita jgn mudah berkecil hati dan jika kita rasa kita di pihak yang benar, x perlu takut k....teruskan berblog ok...! Selagi orang x nak bgtau kesalahan kita, kita xkan tau di mana silapnya...sbb adat manusia, terlepas pandang dan mudah lupa kesalahan sendiri, kesalahan org juga yg dia nampak."

Buat Ita, akak salute daya usaha Ita memberi tunjuk ajar segala...byk masa dan pengorbanan Ita jugak..bukan perkara memain nak terangkan sesuatu supaya org lain pun boleh buat dan menjadi....! Keep it up!

rahel said...

Cantik kek pisang tu kak Ita,kita pun suka sangat ngan kek pisang...wangiii..

aroha mizwa said...

salam kak ita..
nmpk sedap jer kek pisang kak ita tuh..sy ni antu pisang mmg suka sgt mkn pisang xkesah la buat apa pon,roti canai pon cari yg ada pisang...
lau akk suka kek pisang mungkin boleh try kek coklat pisang sgt sgt sedap dan moist...resepi ada kat blog sy tp ramai dah cuba resepi tuh mmg sgt best...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

rasa2 mcm dah pernah try resepi ni... mmg best! kalau dah guna bahan asasnya pisang... akak memang tak tolak.. hehe..

terpegun tgk pretzel kat bawah tu... cantik betul!

kek karamel tu pun dah berkali2 ita buat kan? akak juga yg tak tercuba2 lg... kali ni ita buat drop pulak ehh keknya tu.. cantik jugak hasilnya kan?

jeli kiwi pun menarik... mkn time panas2 mmg layan...

hihi.. sory terpaksa komen dlm satu entry sbb tenet ni lembab plak nak komen satu2.. tp akak dah tengok semua n3 yg tertinggal tu.. nice job.. teruskan berkarya & tunjuk ajar dr ita sgt2 dihargai...

Nuridah said...

Assalmualaikum Ita,

Betul tu seperti kata Kak Ummi,kdg apabila tk terkena btg hidung sendiri,org tk tau...keikhlasan kita berkongsi resepi atau ilmu hanya Allah saja yg tau...kdg diluar nampak manis tapi dihati sebaliknya..sukar untuk mengenali hati budi org...

Resepi yg kita ambil apabila kita tk tau asal usulnya dapat lah kiranya dimaafkan dn lebih kurang sesama sendiri...sebab ini semua tk bawa mati...tapi kalau dh tau siapa yg memperkenalkan resepi itu tapi sengaja buat bodoh hanya kerana yg memperkenalkan resepi itu dtgnya dari blogger tepi jln tepi longkang mcm kak Nur...bukan kak Nur saja yg berasa kecik hati, juga pada blogger lain yg dh terkena...Rosmarlina pun pernah buat N3 dn bersuara adat2 etika mengambil resepi copy dan paste ini...niat kita bukan untuk nk mematahkan semangat blogger2 baru...

Seperti hari ini semasa kak nur cari resepi terjumpa satu blog yg penuh dgn gambar dan resepi blogger yg tersohor dan lama dibidang ini...cuba kalau kak nur beritau pasti akan buat dia marah...so akak diamkan diri aje tapi bila tengok tu rasa kasihan gitu...ibarat kita membiarkan sesuatu yg tidak diingini berlaku pd kawan blogger kita sendiri.

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
Gebunya kek pisang Ita tu, smlm Yatie beli je kek pisang sbb dah lama tak rasa yg beli punyer..teringinlah plk..kih3...tngk kek Ita ni rasa mcm nak buatlah pulak...tapi verangan nak buat kek karamel..adoyaiii yg mana satu nak buat dulu ni...kih3..

lina said...

salam ita - pertama nya nak ucapan kan terima kasih share caremel cake. Alhamdulilah sgt sedap patut la ita beli 5 cake at one time...nak buat lagi dan lagi...betul2 dh jatuh cinta dengan cake ini. Semoga ALLAH merahmati dan redha atas apa jua y kita lakukan.

Anyway cake pisang tu enak nampak nya...

fazian.batrisyia said...

Kak Ita ni memang rajin & sangat sesuai dgn title sbg suri rumah...tapi bukan semua suri rumah rajin mcm akak...minta maaf ye. Yg lain tu disarankan wajar contohi kak ita ni. Duduk rumah pun belum tentu terbuat itu & ini....malahan ada pula org yang bekerja boleh buat itu & ini...terpulang pada gaya hidup masing2, janji selesa.

Kek pisang ni antara kek yang simple & mudah dibuat...baru2 ni anak saudara lelaki (form 4) dah minat baking2 ni & cuba buat kek pisang...kakak sy mms sy tunjuk hasilnya sangat gebu...Geram jek tengok.

Kak Ita jangan jemu kongsikan resipi ye...sy mmg byk resipi yg sy minat dr blog akak...

Jgn risau sy mesti letak link resipi tu....kalau resipi majalah mmg sy tulis majalah..kalau yg tak tulis tu maknanya sy karang @ cobaan sy sendiri...

Wani said...

salam kak ita ,,,, menggoda betul kak ita buat kek .. kek apapun menjadi ... hihi.... kak ita wani nak tanya memang kak ita bakar kek guna suhu 170 ke oven kak ita... saja je tanya.. sebab wani sekrang ni tengah2 main test oven la nak bakar kek suhu yg sesuai ...huhu.. fisrt bakar kek guna 170C alamak.. dalam 15 minit pertama tu dah nampak hangus kat tepi2 loyang tu..

noorhayati harun said...

hi,Kak Ita..TQTQTQ..sebab menjadi ikon Yatee tuk kembali beraksi di dapur yg dah lama xkuarkan menu2 menarik! TQTTQTQ

Juwita Jamaludin said...

kak ita.. terima kasiah atas doa dan ingatan atas birthday fathnin t.. suka sangat dengan bahasa dan olahan akak..moga akak terus mencurahkan resepi2 yang kreatif

Nieza said...

Assalam kak Ita Cayang!! salam rindu kak...lamanya tak singgah dapur akak ni..rindu sgt nk tgk gambar mkn yg menyelerakan kat sini.kek pisang my fav juga kak..sedapx2..jamu mata jer lah dulu...:)

p/s: setuju dgn pendapat kak ita dlm cabaran dunia blog hari ni.

Ijah Izah said...

Slm nk tanya iya..Air soda tu mcm mn arrh tq

Powered by Blogger.