Follow if you like

Sep 6, 2011

KEK LEBARAN

Assalamualaikum...

Salam satu Malaysia buat semua... Kita masih lagi berada dalam bulan Shawal. Ada yg dah mula berpuasa 6. Ita baru mula semalam. Selepas anak2 balik ni barulah ita dapat meneruskan puasa 6, kalau anak2 ada asyik nak makan aje.. tu yg ita terpaksa tangguhkan dulu niat tuk berpuasa. Emak dan ayah ita dah raya buat kali yg ke 2 sebab mereka dah mula berpuasa 6 pada hari raya yg ke 2. Memang itu amalan yg selalu mereka laksanakan setiap kali bulan Shawal.


Sewaktu belek2 gambar, baru ita teringat yg ita belum masukkan resepi kek yang satu ni.. padahal ita dah janji untuk sharekan tuk kita bersama.. entah macam mana boleh terlupa pulak.. aii.. nampak sangat dah melewati usia.. yg semakin nak masuk senja.. aduyaiii...

Maaf ye! kerana terlewat masukkan resepi kek yang satu ni..
Resepi kek ni ita ambil dari buku masakan Kek Lapis oleh Yeni Ismayani. Tak banyak yg diberitahu tentang penulis buku ini. Cuma yg dinyatakan beliau mempunyai pengalaman yg sangat luas dlm bidang masakan dan dari pengalaman itu beliau telah menghasilkan beberapa buku masakan. Ita rasa beliau adalah seorang Indonesia bedasarkan bahasa yg diutarakan dalam buku karangan beliau ni.


Dalam buku ni terdapat pelbagai jenis kek lapis hasil sentuhan beliau yg sangat menarik. Ita memilih kek ni kerana terpikat dengan kejadiannya yg cukup menarik. Resepi ni menggunakan telur yang banyak tapi kek tak berapa besar anggaran ukuran 8x8 inc loyang kek.
Bila dah menggunakan kuning telur yang banyak sudah pasti kek yang dihasilkan menjadi sangat gebu dan lembut. dan itulah yg terjadi pada kek yg ita buat ni sangat lembut.. dan sedap!

Kek ni nama asalnya adalah Kek Domino tapi, ita dah tukarkan pada Kek Lebaran bersempena dengan kedatangan Shawal di mana umat Islam menyambut kedatangan Lebaran. Warnanya pula dari hijau  pink, ita tukar pada kuning hijau sempena warna ketupat yg menjadi juadah istimewa di hari lebaran... hihi memang ita suka memandai2..

Bahan-bahan tuk buat kek ni lebih kurang sama dengan Kek Lapis Surabaya dan rasanya juga lebih kurang sama. Pada yg bercadang tuk buat kek bagi merai tetamu pada hujung minggu ni.. bolehlah mencuba resepi yg sedap ni..


KEK LEBARAN
Adaptasi dari resepi KEK DOMINO
by: Yeni Ismayani
Buku Koleksi Kek Lapis

Lapis Coklat
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160 gm gula kaster
50 gm tepung HongKong
30 gm serbuk koko
20 gm susu tepung
200 gm mentega cair
1 sudu teh coklat emulco
2sudu teh ovellete
1/4 sudu teh cream of tatar

Sediaka sebuah 2 loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan dasar loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C

Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, coklat emulco, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu  dan serbuk koko, sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Tuangkan sama banyak  ke dlm 2 loyang yang berukuran 8X8 inc
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.


Lapis Vanila
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160 gm gula caster
70 gm tepung Hong Kong
30 gm susu tepung
200 gm mentega cair
2 sudu kecil ovellete
2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu teh cream of tatar
pewarna hijau

Sediaka 2 buah loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C

Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, esen vanila, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Bahagikan adunan vanila kepada 2 bahagian.
satu bahagian diletakkan pewarna hijau dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal.
Tuangkan ke dalam 2 loyang yang berasingan berukuran 8X8 inc
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.


Untuk Melapis
Jam secukupnya
Boleh juga guna filing blueberry atau strawberry

Mula-mula ambil kek warna hijau dan potong lebarnya satu pembaris dapat anggaran 6 keping.
Potong pula kek kuning dgn ukuran yang sama anggaran dalam 6 keping
Susun kek secara berselang-seli seperti dam.
Lekatkan setiap lapisan dengan jam strawberry. Bila dah siap ketepikan.
Ambil pula lapisan kek coklat sapukan atasnya dengan jam dan ratakan.
Ambil kek lapisan domino dan lekatkan.
Sapu jam lagi dan lapiskan pula dengan lapisan kek coklat yang ke 2
Potong tepi dan kemaskan kek.

13 comments:

Mas said...

wahhhhh...cantikknya kek tu....
memang tabik spring dengan akak sorang ni...

Ummi said...

Assalamualaikum Ita, selamat hari raya, maaf zahir batin dr akak buat Ita n family (*dh lupa akak dh wish ke blm sblm raya aritu, ekekeke..) Waaaah masih byk lg ke kek dam nih...nak, naaakk....cantik la sangat weeeyyy! Simpan tuk akak eh...nak ajak CMG serang rumah...hahahhaa

Noor Hafirdaus said...

ya ampunnnn banyaknya telur....takpa cuba resepi lainla

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
wah cantiknya kek tu akak.... rajin sungguh akak... setiap apa jer yg akak buat pasti nmpk sgt kemas n cantik... sekali lg kagum ngan hasil tangan akak... suka2!

umi said...

salam kak ita, cantiknya kek lebaran tu! rajin sungguh kak ita melapis-lapis ni, fotografi pun cun sangat!

Lieya said...

Mak oiiiii rajinnye buat cengginiii... nampak pun sodapppp jeee... terliur la pulakkkk... tp nak membuatnye mcm xde kerajinanlah pulakkk

Juwita Jamaludin said...

kak ita.. nampak sangat ayu kek ni.. akak sungguh rajin dan berseni.. keep it up kak

Ein said...

i suka blog you... sangat kemas :) dan makanan2nya sungguh menyelerakan.. tapi i tak terbuat.. i belum rajin macam you :) keep up the good work Ita :) nak panggil akak rasanya i lagi tua kut.. :P

ein
www.ngobrolwae.blogspot.com

Yat Maria said...

Salam Ita

menawan sesgt kek lebaran tu...memang la Ita ni one skilled baker.. :)

Gee® said...

Canteknya kek... Selamat Hari Raya Ita Maaf Zahir & Batin...

riffzam said...

wah!menarik ni!

JUMEE ZAILA AHMAD said...

salam kak ita..dah lama intai kek ni..sy mmg teruja bila tgk kek kak ita ni..cantik sgt..hari ni try buat, alhamdulillah..menjadi kek tu. bangga sangat.

jue said...

wah....cantik n kemas kek ni...teruja nak wat...tp nak tnya tepung hoen kwe pakai tepung yang kaler apa?putih ke hijau???

Powered by Blogger.