Follow if you like

Sep 24, 2011

JELLY KIWI

Assalamualaikum...

Alhamdulilah pagi ni nampak cuaca macam cerah aje.. mintak-mintak lah sampai ke petang.. baju tu dah berapa hari tak kering.. baju ni kalau tak kering betul macam meninggalkan bau yg kurang menyenangkan..
Diam tak diam kita sudah semakin hampir ke penghujung Shawal. Terasa sangat masa berlalu begitu  pantas sekali meninggalkan kita.  Kadang kala semakin pantas masa berlalu terasa samakin takut pulak diri ini. Bukan ita takutkan usia yg semakin meningkat tapi takutkan bumi kita yg semakin tua dan uzur..


Kita tinggalkan rasa gundah gulana tu..
Apa lah ita ni kan.. pagi-pagi sejuk-sejuk dok tayang jelly pulak! hihi
Semalam ita buat Jelly Kiwi. Kebetulan Ustaz Dalili datang jadi tak tahu nak angkat apa untuk dessert. Ita pon godek2 lah jelly kiwi kat dapor. Kebetulan suami ita beli kiwi hari tu, tapi kiwi ni pulak macam dah masak ranum. Kalau dah masak sangat kiwi ni pun tak berapa enak di makan gitu. Ita suka kiwi yg sedikit keras.


Ita pon buatkan lah Jelly Kiwi ni. Mudah aje buatnya sebab ita gunakan jelly segera. Tapi jelly yg ita gunakan ni gelly untuk buat jelly kelapa, bukan Jelly Konyaku tu. Jelly Konyaku tu sedikit liut... yg ni tak dia lembut sangat.

Bahan-bahan yg diperlukan tu tak banyak. Mudah aje! Kita ikut aje sukatan yg di berikan pada peket Jelly segera tu. Tapi yg jelly kiwi ni ita letak susu. Oleh tu dalam sukatan jelly tu kata 1500 ml air, jadi ita hanya letak 1000 ml air dan 500 ml lagi ita letak susu cair.


Mula-mula kiwi tu kita susun dalam gelas. Pas tu ita masak jelly segera dgn 1000 ml air dan gula. Biar ia didih dan gula dan jelly larut. Pas tu ita tuangkan adunan yg jernih ni tadi kat dalam gelas yg kita dah letak kiwi tadi. Letak sehingga paras susunan buah kiwi. Jelly yg selebihnya tadi kita tambahkan pula susu cair. Kacau rata. Bila agak2 jelly yg dalam cawan tadi dah mengeras tuangkan pula lapisan susu. Biar ia sejuk dulu, pas tu simpan dalam peti ais. Rasanya macam pana cotta kiwi pulak!. Sedap makan sejuk2 rasa nyaman dan segar aje.. bila dia melunsur kat anak tekak ni..


Sangat sesuai kalau nak hidangkan pada tetamu. Tapi jelly ni mmg kena letak dalam gelas atau bekas comel sebab dia sangat lembut. Makan pun mmg kena guna sudu. Mudah aje kan buat dia..!! sesuai untuk hidangan kala kecemasan hihi

9 comments:

aroha mizwa said...

salam kak ita...
ermm lau guna stoberi pon sedap nie tmbh coklat sikit nyumm..nyummm

Nazrah said...

dessert yang paling ringkas dan menarik...

ilahjy said...

wah siap ada lilin tu ita...sekali pandang mcm jelly juga..kalu tak de api mau kak ilah ceduk sama hehe..

Lyn said...

salam kak ita...

jelly nie mesti guna susu ke? selain dari susu, bole digantikan dgn apa? santan boleh ke?

Ribbon Clown said...

Salam MM,

First time singgah sini..camne leh tak terstumbled before this eh? hehe.. tgh try khatam blog ni btw.. informative and all the photos look great!!

Ummi said...

Santeeeekkk, lg kretip dak Ita ni laaa.. :)

ruby karim said...

hi ita, boleh tak bagi brand name jelly tu, supaya senang nak cari kat kedai.

hazwana riduan said...

Susu tu kak ita x keras ker??

hazwana riduan said...

Susu cair yg d letakkan tu x keras kah kak ita..

Powered by Blogger.