Follow if you like

Sep 14, 2011

IKAN JENAHAK GORENG BERKICAP

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pagi ni nampak cuaca cerah. Ita ingat nak mengerjakan kain baju yg dah bertimbun dlm laundry. Jap lagi nak keluar pulak, ade banyak urusan yg perlu ita selesaikan hari ni..

Semalam cuaca panas sangat dan buatkan ita sakit kepala. Ita semalam keluar gi JPJ pas tu gi singah kedai bakery jap cari barang.. dengan cuaca panas terik dan jalan yg jam sana sini menambahkan lagi denyut kat  kepala ni.. tah nape sejak dua menjak sakit kepala ita ni makin menjadi2. Kot faktor pemakanan.. tekanan darah ke?? ita ni pulak ade masalah tekanan darah rendah.. tu yg cepat sakit kepala dan mudah gelap mata.. Lama berdiri pun boleh nak pitam.. Ingat nak pergi jumpa doktor.. ke kolestrol ita naik lagi.. aduyaiiii... tu lah bila raya tak ingat2 mulut asyik mengunyah aje... macam2 makan.. terlupa pantang larang..


Ok lah hari ni tak boleh nak sembang lama2 banyak sangat kerja yg dah menanti. Kalau lambat buat  lambat pulak siap! Jom lah kita intai2 resepi ikan pulak hari ni..

Resepi hari ni masak kicap aje.. yg simple! tapi biasa yg simple tu lah yg sedapkan..?? hihi
Resepi ni mmg selalu ita gunakan bila masak kicap. Resepi asal dari buku masak 1000 Pilihan Resepi Keluarga. Dulu masa baru2 khawin ita akan rujuk buku ni kalau cari resepi. Ialah dulu2 mana ade tenet dan tak de pun blog2 masak utk dijadikan rujukan. Jadi rujukan ita selain dari mak dan kakak ita juga rujuk dari buku masakan, majalah dan TV dari situlah minat memasak ita timbul.. nak2 bila melihatkan pinggan suami yg licin bila menikmati juadah yg kita sajikan.. tu lah lagi berkobar2 nak masak..

Sekarang dah mudah lah sikit sebab dah banyak kemudahan.. mudah untuk kita buat rujukan dan cari resepi .. semua di hujung jari click aje!


IKAN JENAHAK GORENG BERKICAP
Sumber : Buku 1000 Pilihan Resepi Keluarga

1 ekor ikan Jenahak - resepi asal ikan tenggiri
2 labu bawang besar - di mayang bulat-bulat
2 sudu makan kicap
2 sudu makan sos tomato
2 biji cili merah - di belah 8
1 sudu makan cili giling
1 senduk minyak masak
1 sudu teh gula
garam dan perasa
1 kiub ikan - ita tambah

Ikan di siang dan di cuci bersih. Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan goreng hingga garing.
Kemudian angkat.
Tumis pula cili giling hingga garing.
Bancuh kicap dan tomato dengan 1/2 cawan air.
Kemudian masukkan dalam kuali tadi.
Tambahkan juga gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Setelah mendidih masukkan ikan.
Balik-balikkan sebentar dan kemudian barulah masukkan bawang besar dan cili merah.
Setelah masak angkat dan sajikan

7 comments:

umi's cup cake said...

Sedapnya nampak ikan jenahak ni masak kicap...betul tu kak ita, yang simple tu la yang menarik dan tertarik

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita..memang nampak sungguh menyelerakan...

shazmir said...

aduh..giler sda[p.. sya duk hostel makan telor je ari2...

aroha mizwa said...

mmg betul kak kekdg yg simple dan main campak2 lg sedap dari msak beria..tp ikan akk tuh nmpk mmg menyelerakan sungguh...

Kak Sam said...

bestnya.

Leen Loyangkuih.com said...

kak itaaaa... mem feberet ni jenahak...tak kira msak apa...lagi sedap masak asam pedas...heee

ayunalisa said...

lapo la tgk ikan ni..tgh2 mlm jenguk blog akk..

&& i follow u..:)

Powered by Blogger.