Friday, September 23, 2011

CREAM PUFF

Assalamualaikum

Bertemu sekali lagi kita di hari Jumaat.  Kita sudah sampai ke hujung minggu. Esok dah cuti lagi..
Sebelum ita sharekan resepi hari ni ita nak sharekan satu blog yg buatkan hati ita sayu dan tersentuh.. Boleh lah intai-intai blog ni di  SINI

Jutaan terima kasih yg tak terhingga kepada Hajar kerana bersusah payah buatkan pantun untuk akak... Mmg akak terkedu sekejap bila jari ni singah di blog hajar.. Tak dapat akak gambarkan perasaan akak antara sayu, terharu dan gembira. Semoga jalinan ukhwah antara kita walaupun hanya di alam maya berkekalan..

Setiap hari ita sentiasa menerima kata semangat, galakan dan tak kurang juga yg sentiasa mendoakan kesejahteraan ita.. Terima kasih kepada semua dan terima kasih atas segalanya... Doa dari kalian sangat2 ita hargai dan akan tersemat di sanubari ini. Doakan yg terbaik untuk ita dan semoga Allah sentiasa memberi ita semangat untuk meneruskan coretan ita di blog ni dan semoga ita di berikan ilham untuk berkarya... Terima kasih sekali lagi...


Ade lagi ke yg merancang nak buat open house? Minggu ni ita banyak sajikan resepi tuk hidangan open hause. Semua adelah atas permintaan adik2 di FB yg minta ita carikan menu istemewa untuk merai tetamu.

Hari ni ita tampil lagi dengan menu request dari rakan FB lagi. Sebenarnya hidangan ni bukan sahaja request dari rakan FB malah turut mendapat pemintaan dari suami ita dan Dalili yg mmg sangat sukakan Cream Puff.


Sebenarnya ita mmg tak pernah makan Cream Puff. Dulu masa suami ita dan dalili mengila-gila beli cream puff ni ita masih lagi dalam sumpahan yg memakan diri.. masa tu ita dalam pantang tak boleh makan weeeiii badan masa tu tgh mok mok jadi ita mmg tak sentuh langsung benda yg boleh membantutkan diet ita hihi.

Sekarang ita dah boleh lah merasa cream puff ni.. Padanlah dua beranak tu suka sangat...sebab cream puff ni mmg sangat sedap!  Puffnya yg sangat lembut dan cream custard yg sangat creamy dan lazat.. mmg berbaloi mencuba resepi dari yani ni..


Satu adunan terasa macam tak cukup 3 beranak ni makan.. macam tak puas rasanya menikmati cream puff yg lazat ni.. Dah tak yah lah nak gi Papa Roti ke... Mama Roti ke.. Grandpa roti ke... buat sendiri lagi berbaloiii... buatnya pun sangat mudah! bahan-bahan yg cukup simple dan mudah didapati di dapur.. Jom lah buat! memang sedap sangat!!

Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Yani dan Honey, yang bersedia berkongsi resepi yang memang menjadi kegemaran ramai ni.. Semoga resepi yg dikongsi anak memberikan ganjaran pada anda berdua di akhirat kelak..

Kepada adik2 akak yg bertanya tentang resepi ni.. apa lagi.. jom lah kita buat.. masuk dapur yok!!


CREAM PUFF
by : Yani

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)


Mula-mula, panaskan oven pada suhu 200C.
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak


Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

  1. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  2. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  3. Masukkan telur, kacau cepat-cepat  
  4. Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur. 


Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard.


CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila - ita tambah
sedikit pewarna kuning - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

46 comments:

Kak Rose said...

Salam ita, cantiknya hasil seni tangan ita ni, jeles akk rose taw! suka makan tp x pandai nak buatnya... pernah buat tp x jadi tu yg malas nak cuba lagi.

tolong hembus sikit kerajinan ita kat kak rose yg malas nih!

:.Noor Zaleha Jaafar.: said...

Wah ni favourite akak dari dulu2 lagi. Dula d skolah masa tahun 69 harga .25sen. Himpun .5sen setiap hari semata2 nk makan Creampuff ni. Smpai lah sekrng..anak2 pun suka...Tq share rsepi ni..nnti akak cuba na..

Aura de'beauty said...

sedap nyer..:) nak cuba lah. byk nyer resepi kak ita yg sy nak cuba. plan nak buat caramel kek tu esok. rasa2nya, mlm ni buat caramel kek. esok buat cream puff ni lah..hehehe..tq kak ita.

aida's said...

tangan yg sungguh berseni.... congrats to u kak..

Wahida said...

Selamat Pagi Kak Ita

Cream puff adalah puff kegemaran saya. Gambar yang cukup menarik. It looks so mouthwatering. Saya kagum dengan cara kak ita hias blog masam manis dengan gambar yang bolah dikatakan cukup professional. I suka melihat gambar-gambar yang kak ita petik. I LIKE!

Salam sayang
Wahida

Mas said...

cantikkkkkkkk...
sempurna......
mengeliurkannnn.......

norazrinna basri said...

Kak Azlita mmg 'terbaik'..saya ni pun mmg sangat suka dan gilerkan cream puff ni tpi tak pernah terfikir nak buat pun sebab rasa mcm ssh je..klu rasa nak makan beli je..hihihi..apa pun lepas ni nak try buat la..terima kasih akak kongsi resepi yang super Delicious ni ye...terima kasih sangat-sangat....saya la membaca blog tegar akak...:)...

Fiza Nordin said...

as salam k ita...
selalu juga saya buat cream puff tapi guna SRF...alhamdulillah, puas hati. pernah sebelum ni buat guna tepung gandum tapi tak naik cantik dan dlm tak masak (bukan resipi ini)
i'Allah nnt nak try pula resipi yg kak ita sharekan ni... tq!

Meteoragurlz said...

amboi2..pagi2 buka blok akk dah terhidang cream puff ye..nyum2..sgt best tgk akk buat..tp akk nak tya mcm mne nak masukkan cream tu ye..

Ummi said...

Adohaiiiii rajinnya Ita...dah la tu...siap dgn step by step segala...keep it up Ita1 I liiikeee...hehe... Bagi la akak 3 4 ketuiii :)

alinac lover said...

sng je ek.nkk try la nanti

::Azura Rahman:: said...

wow!.. terus teruja nk cuba.. dh lama tinggalkan cream puff nie.. bile tgk kak ita punyer ni.. terus semangat nk buat... tiup skit angin rajin kak.. hihihi..

Liza said...

Salam kak Ita..act kan bkn Hajar jer peminat akak,tp Liza ngan hubby pun minat giler tgk kreativiti akak..sampai hubby berangan nk belajar snap gmbr cam akak..hiihihi

rahel said...
This comment has been removed by the author.
rahel said...

Cantekk..dan yg paling penting sedap..

Hajar said...

salam kenal...
sedapnya 'CP'...mkn selalu boleh 'bam-bam' badan :)
saya dah cuba resepi kek keramel kak ita, alhamdulillah jadi, sedappp, tq

...antikapel... said...

salam kak ita...
first time nak mengomen...selama ni jadi silent readers ja...hehe...

kak ita tau tak, dah beberapa resipi kak ita saya cuba. perghh! memang best...

tengok kak punya, terus nak cuba. sanggup mencari barang merata shah alam ni.

tengok creampuf ni pon rasa teringin nak cube. tapi, tanya sikit boleh? nak buat custard cream tu guna tepung ape? kak tulis tepung ja. tepung gandum ka tepung custard?

resepi kak yang saya dah cube snow almond, cheese tart, apam dot dot../lain tak ingat dah...tiga benda ni saya dok berulang buat.

tapi, ghope tak ler secantek kak punya...hehe

macam best je kan kalau dapat dok dekat ngan kak ita...nak jadi adik angkat boleh?

harharhar....main2 je....

teruskan memasak ye kak....:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kali terakhir buat cream puff ni masa bulan puasa tahun lepas.. memang sedap... semua pun suka.. tapi tak ingat guna resepi mana satu.. tp memang jadi.. kalau dlmnya kosong/berongga tu kira jadilah kan? sebab dlm rongga tulah kita nak letakkan cream custard yg sedap tu.. waa.... terliur akak dibuatnya tauu... habislah musnah diet ku.. hehehe...

Mama Rayyan said...

saya baru2 ni join tgk blog ni gara2 nak cri resepi nasi ayam then jumpe blog kak ita yg tlalu cantik, berseni, kreatif n untung jdi asben n anak2 dpt mommy yg serba boleh..msti ari2 mkn sedap..:))teruskan berkarya gaya kak ita yg tsendiri!!!ari2 msti nk tgk 'masam manis' cri ilham resepi baru..

shafinaz said...

erm..cmne nk masukkan cream tu eh? slalu beli xda la plk nmpk bekas belahan ke apa..hehee

munamuni said...

wah, cream puff, thanx kongsi..best2

chantekdress said...

thanks akak.. sangat suka ngan cream puff.. nak cuba la nanti.. terliurrr.. habislah dietkuu..
http://chantekdress.blogspot.com/

nurul huda said...

salam kak ita..

huda pun suka jugak makan cream puff nie taw.. sedap kan makan dgn custard die tu.. nyummyy.. huda pun pernah buat sekali dulu sebab tengok resipi dgn cara die mcm senang je.. tapi tak cantik lah mcm akak punye cream puff nie.. hehehe..

http://hoodacakura.blogspot.com/2010/09/projek.html

blackcardomompods said...

Cream puff ni mg nmpk mudah tp bila buat xjd rasa give up beto.ritu ada try resipi lain,xmasak dlm smpi sudah.stress je now tgk step by step rasa nk cuba lg sekali.

Thanks ita-inspire me to cream puff again!

ruby karim said...

siang tadi i dah buat cream puff ikut resipi ni. memang sedap! cuma, ni, nak menderhaka la ni - choux pastry nya agak kering sikit. mungkin next time akan di kurangkan sedikit waktu membakar, just nak tengok perbezaan. biasalah oven kan berbeza2. the custard pun akan dikurangkan gulanya. tapi terima kasih ita for sharing this recipe yang menjadi. bravo ita. dan terus kan berkongsi!

Sidratul Muntaha said...

droolingnya tgk puff akak nih...

miss greeny said...

tpung jagung tu gnti tpung castard boleh ke..?? same ke dua2 tu.?? ke beza.??

RIZQIE HOME......JUALAN PRODUK UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK...ITEM JUALAN AKAN DITAMBAH DARI MASA KE SEMASA UNTUK PILIHAN ANDA....SILAKAN KE HOME KAMI. said...
This comment has been removed by the author.
Aq's Sweettasty said...

utk yg castard,1 sudu tpg tu tepung gandum ke.huhuuhuh...takut tersalah buh tepung

AZLITA AZIZ said...

ye tepung gandum aq's

ParkHawaBom said...

kak ita salam,,say budak baru belajar..hmm cream puff xnak naik leper je..hehe..mungkinkah saya pipe..salah ke ...k.ita sy xpndai guna measure sbb..xde timbg..sy guna cwn..huhu? 60 g flour sy letak 8 tblspoon btul ke buleh x suggest..x pun komen kesilpn sy..bytheway cream custard sedap sgt,,hehhehe yummy2 ..at the end sy mkn letak..cream ats choux pastry hehehe sbb xleh nak isik
sedey takpe lahh mkn je janji sodap..leper pun leper lah

bintuhanafi said...

salam...

akak...mmg superb la blog akak..saya sampai xlarat nk walking2 dah...

ni gara2 mencari resepi kek karamel...last2 abeh seme post sy skodeng...

skadar pembetulan...
err, saya amek course foodtech n ade amek subjek bakery...

pastry ni ade 2jenis...laminated n non-laminated...

yg laminated ni cthnye puff pastry..knape pgil puff, sebab dia akan puff up during baking...cth: sardine puff, croissant, danish pastry, vol-au-vant...

kalau cream puff, actually org malaysia je pggl gitu...dia msuk kategori non-laminated pastry...jenis choux paste...exclairs tu pon sama...

saya penah wat dlm makmal, byk lg jenis2 choux paste yg boleh wat...

actually, nk ckp yg cream puff actually not puff...hehe..sekadar berkongsi ilmu...

anyway, keep up your good job...sgt jeles tgk makanan2 yg akan wat...n sgt jeles tgk gambar2 yg disnap...

sangat waaaahhhhh!!!!

<3

ismi nisa said...

salam kak ita...ramai buat dr resepi akak jadi...sy baru nk belajar buat cream puff ni...tp x jadi la...puff keras...x kembang mcm akak punya...kenapa ye?

FIEQA said...

kak ita, saye cube buat cream puff ni gune resipi ni, tpr x jdi la... adunan die lembik, bile nak bwat bentuk gune piping bag xjadi...

eja said...

salam sis azlita,teruja sy nk try hari ni,nk tnya,tepung yg d gunakan utk uat cream tu tepung jagung n tepung apa ye?tepung gandum or custard?

aku eya said...

knape xnaik dan kembang???sgt3 kecewa xjadi :(

isha ali said...

kalau panaskan atas api boleh x ??tpi bertutup lah..cm kukus ..boleh ??

eira syed said...

1adunan boleh dapat berapa biji ?

eira syed said...
This comment has been removed by the author.
eira syed said...

Kenapa adunan saya jadi cair or lembik?

Fazi said...

salam.
eemmm... mencabar, mencabar!! susah rasanya nak buat kuih kegemaran super duper saya ni. nak twist nozel jadi cantik mcm kak ita punya pun macam nak tergeliat pergelangan tangan, he he he
anyway, enjoy betul tengok food photography kak ita. pro la... teruskan berkarya sumber inspirasi :)

sis_fazi said...

alahai, macam susah benar nak buat super duper yummy CP ni. rasa nak tergeliat je pergelangan tangan nak twist nozel tetap tak dapat secantik kak ita punya.
anyway, teruskan berkarya sbg sumber inspirasi pembaca2 blog. saya enjoy menikmati food photography kak ita. don't give up, sis.

sis_fazi said...

super duper yummy cream puff. akaklah orangnya yang menaikkan semangat saya menambah harta benda di dapur dgn nozel, loyang mcm2 saiz, cup measurement, order Kicthen Aid Mixer dari kawan kat London... kenal cream cheese, choc ganache dan mencungkil keberanian saya bermain dgn icing yg x pernah terfikirpun selama ini. tq tq tq...
cream puff kegilaan saya, tapi masih belum berani mencuba. takutttt!!!!

rziah hamzah said...

Emmnm....sedap nye cream puff....lebih2 lg kalau yg jenis cair dlm mulut....melting....tq kak ita

rziah hamzah said...

Emmnm....sedap nye cream puff....lebih2 lg kalau yg jenis cair dlm mulut....melting....tq kak ita

rziah hamzah said...

Emmnm....sedap nye cream puff....lebih2 lg kalau yg jenis cair dlm mulut....melting....tq kak ita