Follow if you like

Aug 22, 2011

MEE GORENG BASAH

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... Apa khabar semua pagi ni.. harap2 sihat lah ye kan... Semalam sibuk sangat sampai tak de peluang nak masukkan N3. Sibuk dok mengajar Dalili yg nak periksa. Hari ni dia tak sihat pulak! demam.. aiii... cam mana lah tu.. esok ade exam.. harap2 Dalili cepat sembuh.. Pagi ni ingat nak bawa dia gi klinik sekejap panas sangat badan dia tu..


Tak boleh nak celoteh panjang sebab banyak sangat urusan yg perlu di segerakan.. Jom lah layan mee goreng basah yang tak berapa nak basah dari ita ni.. hihi. Pas tu lupa pulak letak kicap.. tu yg colour pun tak hitam.. tah macam mana boleh terlupa pulak! aiii... layan je le... janji sedap!

Resepi dari Tulip77 ita ambil dari My Resepi. Nampak ramai yg dah buat dan menyatakan sedap mee ni.. tu yg nak cuba tu.. dan memang sedap! Terima kasih pada Tulip yg sudi berkongsi resepi. Ita minta izin tuk sharekan kat sini pulak lah ye!


MEE GORENG BASAH
By: Tulip77

Bahan-bahan ( 5 org makan )

600g mee kuning
2 ekor sotong - ita ganti daging
6 ekor udang basah
3 pokok sawi
1 sb pes lada kering
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat - lupa letak
3 cawan air panas
3 ulas bawang putih
2 keping Tauhu - di potong kecil dan goreng - ita tambah
1 biji tomato - ita tambah
garam,
gula  
ajinomoto - ita ganti kiub ikan bilis

Lada Jeruk
cuka
gula & garam
lada besar hijau

Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan pes lada tumis sekejap. Masuk sotong & udang gaulkan sebati.
Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat,gula,garam dan ajinomoto. Kacau biar sekata. Masuk air panas dan biar menggelegak. Rasa cukup semua bahan perasa. Adjust ikut selera anda.
Masukkan mee kuning & gaul sebati. Masukkan pula sawi (daun shj), kalau nmpak air mcm dah kering atau tak cukup basah blh tambah lagi air panas.Kecilkan api & biar selama 4minit. Kemudian gaul2 sekejap,bila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Masukkan taugeh dan gaul sekata.Dalam gambar xda taugeh...stok taugeh takda kat umh...
Alihkan mee kuning dari kuali, jgn biarkan dlm kuali, air mee akan kering. Makan panas2 bersama lada jeruk,taburkan dgn daun bawang & bawang goreng.

Lada Jeruk
Potong lada menyerong. Dalam mangkuk masukkan lada. Masukkan juga cuka hingga menutupi lada. Masukkan garam & gula. Rasa ok ke tak...adjust ikut selera anda. Lada jeruk nih buat banyak pun takpa sbb boleh simpan dalam peti sejuk.

9 comments:

Sheila Shafeareen said...

salam kak harap cepat pulih ye...sdp npk mee grg basah tu...sesekali ubah selera ok kan....sy suka mee yg di grg mcm ni ak pulak di mkn besame cili jeruk..hemmm mmg le betambah

anymz said...

selain nasi goreng akak pun buat mi basah semalam..dah ujung2 ni menu iftar pun jd simple je kan ita?
harap dalili cepat sembuh ya..

Kak Sam said...

Assalamualaikum kak ita...
Salam kenal. Selalu nampak nama akak disebut2 oleh teman2 blogger. Pagi ni baru berkesempatan ke sini. Izinkan saya follow yea kak, senang nak ke sini lagi nanti.

izahdaut said...

mee goreng basah ni kegemaran hubby saya. tapi saya buat kena basah lagi.

kak ita, tq for birthday wish ye... terharu saya

Sari Yusa Ibrahim said...

Kesian Dalili, nak exam, bleh demam. Demam nak raya kot, harap cpat sembuh ya, syg. Mee tu memang basah, meletops!!

yuyu aziz said...

semua masakan akak nampak tempting sangat2..

suka tgk blog ni! :)

ninazsyafinaz said...

Salam kak..whoaa..tgk mee goreng basah nih sedapnyer..plak makan dgn cili jeruk tuh kan..ishkkk..tutup mata nih.

dwaty said...

sedapnya.... cam nak cuba jer... hehehe

azryang said...

waaaahhhhh...terliur sungguh tgk mee tu :) singgah la blog saya juga:) baru 4 hari buat :)

Powered by Blogger.