Follow if you like

Aug 2, 2011

MEE BANDUNG yg segera aje.....

Assalamualaikum...

Dah masuk hari ke 2 kita berpuasa... Alhamdulillah kita masih lagi dapat meneruskan ibadat posa di bulan Ramadhan tahun ni.. Semoga ianya sampai ke penghujungnya..

waaa... buka posa apa semalam?? tentu yg enak2 belaka.. Ita buka puasa yg biasa2 aje.. Biasa kalau buka posa suka makan apa?? Ita kalau buka posa tak suka makan nasi.. sebab kalau makan nasi mata ni dah mula lah mengantuk.. tu yg bila sembahyang terawikh asyik dok sangap aje... wuhuaaaaa.....


Ita sebenarnya suka makan yg manis2 masa buka posa. Biasa mulakan dgn makan kurma, kemudian makan kuih- muih. Kalau tak pon ita goreng mi atau buat makanan yg ringan2 aje.. Tapi kalau sahur memang kena ambil nasi.. sebab nanti tak larat pulak sampai ke petang.. Tapi sebenarnya ita tak kisah sangat ttg sahur ni... cuma kesiankan Dalili.. dan suami ita, tu lah yg bangun jugak pagi2 masakan untuk diorang. Biasa ita dah prepair dari malam lagi. Sebelum tidur ita tanak nasi dulu. kalau ita nak masak lauk ikan. Kebiasannya ikan tu ita goreng malam, esok tinggal tumis aje. Bawang dan sayur2 semua ita dah siapkan awal. Semua memudahkan  bila bangun sahur. Al maklumlah ita kan sesorang.. jadi takut tak dan pulak..


Suami ita tak cerewet sangat bab makan. Janji ade ikan goreng dan sayur dah ok lah tu.. mudah je sebenarnya.. Dalili pun sama macam ayah dia.. mesti nak ikan. Kalau ade abang dia barulah ita goreng ayam.


Kalau waktu buka posa pula.. ita makan ala kadar je.. tak nak membazir sebenarnya.. Kita ni masa perut lapar mmg semua nak di makan tapi... bila dah buka minum air terus kekenyangan.. semua pon tak bersentuh.. Oleh tu ita berazam sebenarnya... tak mau membazir di bulan ramadhan..


Banyak pulak celoteh ita hari ni jom lah intai2 mi bandung yg ita buatkan tuk Amirul sebelum dia balik semalam. Mi Bandung mmg fav Amirul. Selalu juga ita buat mi bandung bila dia balik. Kalau buat mi bandung bertambah2 lah dia makan.. Tapi kali ni ita gunakan mi bandung rempah segera.. Sebenarnya tak dan nak masak sebab dok siapkan cookies dia.. Ita buat kan dia Choc chunk Cookies dan Cheese tart.. tu yg kelang kabut. Pulak dia bawak balik semua pakaian kotor.. tu yg dok sibuk menyental kain baju dia sekali.. jadi mi bandung ni guna yg rempah segera je...


Tapi sedap jugak! Walau pun kalau ikut cara2 memasak kat peket bungkusan tu tinggal kita tambah air aje.. ita tak ikut. Ita tetap jugak nak tumis bawang kalau tak rasa tak syok pulak masak... hihi
Ita tumis dulu bawang putih dan bawang merah, tambah cili kering yg di kisar sikit untuk rasa lebih pedas. Bila dah garing barulah masukkan mi bandung segera ni. Kemudian ita titikkan halia dalam 2 cm dan tambah air. Biar dia mendidih. Bila dah didih masukkan daging, udang, fish bal dan kiub daging biarkan merenih. Kemudian ita tambah cili sos dan sedikit sos tiram. Bila kuah dah pekat sikit barulah masukkan batang sawi dan tomato buah. masukkan mi, sayur sawi dan lain2 bahan yg kita suka. kalau suka telur boleh pecahkan telur sebutir.  Dah siap boleh lah angkat dan hidangkan. Mudah je kan??

Sesuai juga kalau kita buat hidangan tuk buka posa. Sebab ringkas.. Tak payah nak beratur panjang kat bazar ramadhan tuk membeli.. masak sendiri lagi sedap! dan berbaloi...

18 comments:

Gee® said...

wah..!! sedap jer nampak mee bandung tu... kirim beli sebungkus boleh? heee...terlior

IdaShazana said...

kat mana bole beli?...
nampak sedap, bole buat di kala emergency

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak ita cayang..
a'aa betul tu kan akak.. masa berpuasa kalau boleh apa pun nak jer d makan masa berbuka.. tp tiba masa berbuka mmg x tersentuh pun semuanya.. dah membazir dah kan akak..
wah senangnya ada rempah mi bandung segera... mmg menjimatkan masa kan akak....

Ummi said...

salam Ita, Sedap nampak wpun mee bandung segera. Kkak ni kalau bln pose pun nak masakan yg ringkas dan cepat2 jek..maklum blk keje mcm lipas kudung... Balik tarawih pun terus bongkang...Adehhh sgt penat bila dah meniti usia ni...rasa nak cari org gaji jek..hahaha. Utk sahur, anak2 yg makan nasi ada sambal telor pecah pun dah ok, yg x makan nasi hentam oats or cornflakes jek...

eliyaezlinalias said...

salam kak ita,
kat ne bule beli rempah mee bandung tu
cam besh jek...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..
slmt berpuasa ita..
akak ralit tgk ita dok deko cheese tart tu.. comel2..
akak pun kalau bln puasa lebih suka berbuka yg ringkas2 je... smlm pun berbuka dengan mee goreng.. tak sempat nak ambik gambar pun.. hehe..
sedap nampak mee bandung tu ita.. akak pun suka mee berkuah ni..

Wanieyra said...

Salam kak ita....

Hari pertama berbuka kita beli je, tak rajin mcm akak. tapi hari kedua pun rasa mcm tu gak....

Sha HomeMade Cake n Choc said...

Salam kak ita, eeerrrmmm sedap nyer mee bandung tuu. Memang mengodalah kak :)

nonierahman said...

wah bestnya makan mee bandung tepi kolam :)
segera pon nampak menyelerakan...
bestla kak ita nie

Mas said...

terliurnya tengok mee bandung akak tu...
menyelerakan betoii.....

Fiza Nordin said...

sportingnya anak k ita... mau dia jadi model yek....

mee bandong... ahhh enaknye!!!

mas said...

ita, kitapun guna rempah mee bandung yg sama. tiap kali balik johor kena beli sampai berpuluh bungkus. kalau org dtg rumah mengejut, ni lah modal kita. lepas tu ada la yg mengendeng nak sebungkus dua sebab berkenan rasanya. tu yg kena sentiasa ada stok kat rumah. kdg2 kena suruh adik2 kat jb poskan ke jitra ni. MAS

Roses_Leo09 said...

emmm .........
membuka selera la kak ita

ibu5anak said...

Salam...pertama kali tinggal komen (seblm ni silent reader je)...bestnya mee bandung tu...kita dah cuba puding choc oren akak, tq ( w/p kita derhaka resepi tu sikit...tq ye )

CT Delima said...

as'alam Ita

Salam Ramadhan dan salam rindu buat Ita :)

maaf baru ni dapat singgah dapur Masam Manis ni, dengan juadah berbuka yang sedap ct pun suka. Tapi bagi ct anak beranak lebih gemar makan nasi berbanding mee ni ita. apa pun semoga apa yang kita makan mendapat keberkataannya kan Ita :)

Ct tak sabar nak balik jb ni nak cari air katirah dan murtabak singapore.adoiiii terliur dah.. hehehe

Juwita Jamaludin said...

kak ita.. seronok anak bujang akak dapat ibu yang rajin masakkan macam2.. siap basuhkan baju lagi..

Rabiatun Adawyah said...

Salam Ramadhan kak Ita. nanti singgah rumah Tun amik card yer. terima kasih

Wahh..meriahnya mee bandung akak, walaupun yang readymade perencah..leh jd panduan nnt ni.

Laiciberry....a.k.a Bieta said...

nmpk sedap la mee tu kak...adoiii terliur dibuatnyer..

Powered by Blogger.