Follow if you like

Aug 3, 2011

Kenangan Raya 2010 episod 1

Assalamualaikum....

Apa khabar semua hari ni...?? Alhamdulillah sekiranya sihat.. dapatlah kita meneruskan ibadah posa kita hari ni..
Sahur apa tadi pagi? Ita macam biasa menu yg ringkas aje.. ita masak tahu lembut masak lemak. Masak lemak cair2 aje.. tak leh masak yg pekat2 nanti badan lemah dan mengantuk aje... Pas tu buat sambal telur dan goreng ikan tengiri 2 keping. Alhamdulillah rezeki tuk hari ni.. harap2 dapatlah ita sempurnakan puasa pada hari ni..

Maaf lah ye kalau bulan posa ni tak dapat nak update N3 masakan yg ita masak tuk posa sebab payah benar nak ambil gambar. Untuk buka posa selalu ita masak petang jadi bila lepas masak tu dah gelap dan cahaya tak de... ade juga cuba ambil gambar tapi gambar tak seperti yg diharapkan.. Waktu sahur pun sama juga lagi lah tak nampak kan sebab cahaya tak cukup mmg payah sikit.. Insyaallah mana yg sempat ita ambil ita akan kongsikan untuk semua.

 Assalamualaikum tok! Dalili balik nak raya.... Selamat Hari Raya Atuk...

Hari ni ita nak kongsikan pengalaman hari Raya tahun lalu yg ita rasa sangat menyeronokkan. Pagi tadi Dalili tanya " Mak tahun ni kita balik kampung tak??" Ita katalah tak balik sebab tahun ni abang periksa nanti takut tak sempat dan terkejar2 pulak.. kita beraya kat rumah kita aje... Dalili terus terdiam.. mungkin teringat raya tahun lalu yg sangat menyeronokkan kerana dapat balik kampung beraya dengan atuk..


Banyak kenangan yg tak dapat dilupakan sepanjang raya tahun lalu jom lah kita imbau kembali kenangan manis ita beraya bersama keluarga tahun lepas..

Beraya di kampung sebelah suami di Kota Bahru Kelantan. Pertama kali kami dapat berkumpul bersama2. Selalu mmg payah nak kumpul cam ni. Walaupun keluarga sebelah suami ita tak ramai tapi payah juga nak dapat kumpul begini, kerana masing2 juga ade keluarga sebelah suami dan isteri. Ini lah pengalaman yg paling seronok ita lalui bersama anak2.

 Ini lah gelagat anak2 bila beraya di kampung. Masing2 semua dok melaram... hehe


Naluri tersentuh tak kala menatap gambar ini. Inilah kebesaran yg maha esa. Pada malam raya ke 3 ita dapat melihat bulan dan bintang ni di tengah2 langit yg hitam pekat. Suasana masa ni sangat cantik dan seakan sunyi walaupun sebenarnya sebelum tu riuh rendah dgn dentuman mercun dan meriam. Subahanallah... cantik sungguh!!

Tahun lalu juga kebetulan hari Raya jatuh pada hari lahir anak sedara ita yg bungsu ni... Comel kan Birthday Boy ni.. bila lah dapat jumpa lagi....

Suasana beraya di kampung... bila lah dapat jumpa lagi... akan dapat kah ita menyambut raya lagi bersama mereka pada tahun2 yg mendatang...

10 comments:

Gee® said...

Seronoknya pengalaman beraya Ita tu... gee pon seronok beraya di kmpong mertua sbb keluarga mertua keluarga besar dan setiap tahun semua berkumpul... biasanya kami bermaafan dan bertahlil di malam raya sbb pagi raya sibuk... so mlm tu semua bermaafan dan tangisan berderai2... sayu sangat dan terasa sayang sgt pd mereka semua...

anymz said...

insyaAllah panjang umur murah rezeki pasti akan berjumpa lagi.

Tahun ni giliran adik2 akak beraya di kg suami masing2.Tinggallah akak anak beranak je..akak dah tiada ibubapa jadi biasanya kalau raya adik2 memang balik ke rumah akak..

Isshh..ita.. dengar lagu zamani ni terus rasa syaudu je...:(

Sari Yusa Ibrahim said...

salam, kak Ita. Wahhhh, seronoknya beraya jauh di Kelantan tu. Ayat2 yg last tu buat sy sebak, plak. Sy doakan kak Ita skeluarga dipanjangkan umur & dpt beraya lagi brsama mereka di tahun2 yg mendatang, insyaAllah..

PUTUBAMBU said...

salam kenal Ita..

selamat berpuasa dari Putubambu!

* mmg..pengalaman beraya di kg adalah sgt best sekali.. ndak2 lagi dikelilingi oleh sanak-saudara jauh dan dekat...

Mas said...

beraya dikampung dengan beraya kat rumah sendiri berbezakan kak ita...
itu yang buatkan kita sangat rindukan suasana begitu...
sebab tu mas akan balik beraya juga walaupun sekejap.....

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak..
seronok dapat beraya d kampung kan akak... diana nie mmg tak kan perna ler merasa suasana balik kampung beraya... :D. kami pun dok bersebelahan jer...tgk pic bulan n bintang tu mmg cantik akak... Subahanallah.. cantik sgt

Ummi said...

Waaaaa...mood raya Dalili awalnya eh..hehee..budak2 biasalah kan... Begitulah rahsia Aidilfitri kan...seronok dpt berjumpa dan menghayati kebesaran Yang Maha Esa di subuh hening mendengar takbir, lg sayu mengenangkan insan tersayang yang telah tiada... Takbir bergema, xkan dapat ditahan cucuran air mata kita...

InsyaAllah, sama2lah kita berdoa agar dipanjangnkan umur dan diberi kesempatan untuk Ramadhan dan Aidilfitri yang akan datang...amiiinn..

Xpalah Ita, cakap kat Dalili...kat rumah pun meriah jugak, kita yg meriahkannya kan..kan...

izahdaut said...

memang seronok beraya kat kampung yang skali skala berkumpul sanak saudara ni. tahun ni insyaAllah turn kampug saya.. ya Allahh sukenya.. dah 2 tahun tak raya kat kampung.. hehe.tapi kg hubby saya pun tak kurang meriah..

Wani said...

assalamualaikum kak ita ,, ohh suami kak ita orang kelantan eh... nanti kak ita nak datang raya pulak kat kelantan ni..boleh la jumpa2 hehe

Nurul Cahyo said...

Assalamu'alaikum kak ita.. Seronoknya raya bila kita dapat berkumpul dengan sanak-saudara, kan.. Lebih2 lagi sambut raya di kelantan ni. Tak sangka rupa2nya harraz tu anak buah kak ita yer.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI drp kami sekeluarga..

Powered by Blogger.