Follow if you like

Aug 24, 2011

KEK LAPIS SURABAYA

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.. tentu orang rumah sekarang tengah berpencak silat di dapur menyediakan juadah tuk berbuka puasa.
Ramadhan tinggal berapa hari sahaja lagi akan meninggalkan kita, pas tu Shawal pula menjelang. Tak sabar menanti kepulangan insan2 yg tersayang.. Ibu bapa adalah orang yg benar2 mengharapkan kepulangan anak2 pada hari lebaran.. Pasti hati bonda dan ayahanda tercinta berbunga riang takkala riuh rendah rumah dengan hilai tawa anak2 dan cucu..
Ade yang dah nak bersiap tuk pulang ke kampung..??

Sebelum pulang tentu banyak buah tangan yg anak di bawa.. Pastinya kuih raya berbalang2 di usung ke dalam bonet kereta. jangan lupa buatkan juga sebuku kek sebagai hadiah hari lebaran buat ayah dan bonda tercinta..


Hari ni ita nak kongsikan kek yang ita buat. Dah lama berangan2 nak buat kek ni.. tapi mengenangkan jumlah telur yang di gunakan masyaallah.... kolestrol tuuu.... ayam kat reban pun dah geleng2 kepala.. ade juga yg dah pandai tutup reban sendiri takut telurnya di curi.. haha

Untuk resepi kek ni menggunakan15 biji telur ayam... banyakkk tuuu.... Dapat keknya tak lah besar sebab menggunakan loyang 8x8 inc. Pas tu bila dipotong kiri kanan dapat lah dalam 6x6 inc buku kek yang sedap! lembut dan gebu sekali!


Resepi kek ni ita ambil kat rumah kak Wan.. hihi macam biasa bila tiba musim2 perayaan cam ni mmg ramailah orang bertunggu tangga kat dapur kak Wan selongkar resepi.. aaaa... jangan lupa kemas balik tau..!! kesian kak Wan.. >^< hihi


Jom kita buat kek ni.. buat dia tak lah susah sangat! kalau kita nak buat tuk hari raya pun memang sesuai sangat.. Kita buat malam raya esok dah boleh dihidangkan tuk tetamu.. waaa... fresh from the oven lagi tau!
Terima kasih pada kak Wan yg berkongsi resepi kek yang sedap ni.. tak payah lah ita bersusah payah lagi nak terbang ke Surabaya semata2 tuk merasa kek yg sedap ni! hahaha dah boleh buat sendiri pun... Rasa2 semua orang pun boleh buat kek ni.. Jom kita salin resepi dulu pas tu kita kerahkan ayam2 tu suruh bertelur banyak2... haha


KEK LAPIS SURABAYA
By: Kak Wan

Lapis Vanila
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
160 gm gula caster
70 gm tepung Hong Kong
30 gm susu tepung
200 gm mentega cair
2 sudu kecil ovellete
2 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu teh cream of tatar

Sediaka 2 buah loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C

Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, esen vanila, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Bahagikan adunan vanila kepada 2 bahagian.
Tuangkan ke dalam 2 loyang yang berasingan berukuran 8X8 inc 
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.


Lapis Coklat
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
80 gm gula kaster
25 gm tepung HongKong
15 gm serbuk koko
10 gm susu tepung
100 gm mentega cair
1/2 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh ovellete
1/8 sudu teh cream of tatar


Sediaka sebuah loyang bersaiz 8X8 inc
Leserkan loyang dgn butter dan alas dasar loyang dengan baking paper.
Panaskan oven 170C


Pukul putih telur dan cream of tatar hingga kembang dan bertanduk, ketepikan
Satukan kuning telur, coklat emulco, gula dan ovellete, dan pukul hingga kembang dan berkrim.
Masukkan tepung yang telah di ayak bersama susu  dan serbuk koko, sedikit demi sedikit dan berselang seli dengan butter yg telah di cairkan.
Masukkan putih telur yg telah di pukul tadi dan kaup balik adunan hingga sebati.
Tuangkan ke dalam  loyang yang berukuran 8X8 inc 
Letak loyang di rak tengah dan bakar selama 15 minit atau sehingga kek masak sempurna.

Untuk Melapis
Jam secukupnya
Boleh juga guna filing blueberry atau strawberry

Letakkan sekeping kek vanila. Sapukan jam atau filling di atasnya.
Lapiskan puladengan lapisan kek coklat dan sapukan juga dengan jam atau filling tadi.
Akhiri dengan selapis lagi lapisan kek vanila.
Potong tepi dan kemaskan kek.


16 comments:

Oh Oeya said...

Terpesona.. takyah gi Surabaya hik3
Gebusss..

izahdaut said...

saya pun terpesona sangat ngan kek ni. pernah tengok kat blog kak rima. geram.. tapi kuss semangat enngokkan jumlah telur nya tu kan

Juwita Jamaludin said...

lawa... dah tentunya sedap..:)

Junie Octovian said...

Salam kenal Ita...
Akak selalu juga jenguk2 dapur Ita...rajin Ita mengandam sekut raya..
Saja nak wish Ita Selamat Hariraya...maaf zahir & batin kerana tumpang2 cuci mata dgn N3 Ita...TQ for sharing...

rahel said...

Salam kenal K.Ita yang kreativ & rajin membaking...cantik kek lapis tu kak..Rae pun dah try kek ni,memang sedap...time tu dah lupa akan kebanykan mkn kolesterol bab lembut sangat...hehe..

Mieza said...

kak ita..seperti biasa hasil kerja tgn akk memang sgt santekkkk..terpegun kak...sedapnya kek lapis ni..

Sari Yusa Ibrahim said...

dahlah kau amek telur aku banyak2, janji nak bawa aku gi Surabaya pun tak jadi dah.. sob.. sob.. jgn raya kau sembelih aku sudahlah... huhuhu..

Hik hik, Kak Ita, sy tertawan... :-)

Yatie said...

cantiknya kek lapis ni, lama dah yatie berangan nak buat, tapi tak terbuat2...macam nak buat je arini..hehehehe..cukup masa ntah tidak..ekekkekee..

ninazsyafinaz said...

Waduh2..nampak enak banget!!

Ummi said...

Waaaah, melapis pulak Ita, sedapnya kek lapis...akak pun lama tul dah x melapis...apasai la malassss sgt kan..kan...Cantik nmpak kek tuh...pastu mesti la sedaaaapp..kan ^_^

Ein said...

kak ita, cream of tartar tu boleh gantikan ngan ovelette tak?

CT said...

Ishhhh2 dh meleleh air liur akk la ita...:)

Ruff said...

K Ita, apa maksud akak pukul putih telur dgn cream of tartar sampai bertanduk tu? Boleh tolong elaborate sikit?

AZRUL ARSHAD said...

pukul sampai ia jadi maringue boleh tgk kat sini cara pukul dia sampai dia bertanduk kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan tu tak jatuh..

tgk video yg pertama
http://fromintankitchen.blogspot.com/2011/08/tips-dan-panduan-membuat-kek-dan-biskut.html

AZLITA AZIZ said...

sorry ruff yg kat atas tu akak yg tulis tah bila masa pulak budak2 ni sign in.. dah tersalah orang.. hihi maaf ye!

maiza said...

salam

tepung hong kong tu camne yer?

Powered by Blogger.