Follow if you like

Aug 31, 2011

Juadah di pagi raya pertama

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya semua.. dan Selamat Hari Kemerdekaan untuk seluruh Rakyat Malaysia.. Merdekakan akal dan fikiran kita dari unsur2 yang negatif.. sentiasa berfikiran positif... maju dan terus maju!.. Hidup aman dan makmur di bawah satu kibaran Jalur Gemilang..


Macam mana hari raya semalam.. seronok tak?? tentulah seronok bila kita di kelilingi anak2 tersayang.. kunjung mengunjung dari rumah ke rumah.. berjabat salam dan bermaaf maafan...
Tahun ni ita tak lah beraya sakan.. Tahun ni banyak habiskan masa dgn anak2 di rumah.. sebab anak2 ita tahun ni ade exam naik raya ni dah mula masing2 sibuk dgn peperiksaan.. tu yg aktiviti beraya di kurangkan.. tak pe lah anak2 pun kata raya tiap2 tahun pun ade... PMR dan SPM sekali aje seumur hidup.. lebih baik itu yg di beri keutamaan...


Semalam ita masak ketupat. Biasa orang Johor hari raya pertama memang ketupat. Kalau tak de ketupat rasa macam tak de suasana hari raya pulak! Kalau ade ketupat mestilah ade rendang, kuah lodeh, sambal kacang dan sambal tumis.. dan ita mmg kena sediakan satu lagi lauk wajib iaitu ayam masak merah, kerana ini adelah fav anak2 tu yg mmg kena buat.

Jom kita tengok apa yg ita sediakan untuk santapan keluarga di pagi Aidil Fitri



KUAH LODEH

Bahan dikisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inc halia
secekut udang kering
1 inc belacan - jika suka
1/2 inc kunyit
1 batang serai

1 biji santan
kacang panjang - dipotong
sengkuang - dihiris
carot - dihiris
timun - di hiris
kobis - dihiris
tauhu - dipotong dan di goreng
tempe - dipotong dan digoreng
garam dan serbuk perasa

Tumis bahan yg diblend hingga naik minyak dan garing. Masukkan sedikit air dan biar dia masak dan didih. Masukkan santan dan kacau hingga masak. Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa biarkan didih. Selepas itu masukkan kacang panjang, carot, timun, sengkuang, kobis, tauhu, dan tempe. Siap! tutup api.
Lodeh di makan bersama ketupat dan lauk pauk di bawah.


SAMBAL TUMIS UDANG

1/2 kg udang - dibuang kepala dan ekor, dibasuh gaul dgn garam dan goreng sebentar agak2 merah aje...jgn sampai garing tau..) angkat dan ketepikan

1/2 cwn air asam (1sudu makan asam yg tak de biji )
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula
1/2 cawan minyak masak

Bahan dikisar
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen
semua bahan di atas diblend

Tumiskan bahan yg di blend hingga garing dan naik bau (jaga2 ia akan merecik2 penatla... lps ni nak lap dapur..hihihi)
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa..... biarkan merenih...
Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar siap utk di hidangkan..



KUAH KACANG
by: Dayang Jack

300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai*
1/2 inci halia *
3 cm lengkuas*
1/2 inci belacan bakar*
1 batang serai (diketuk)
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
2 sudu makan gula merah/gula melaka
garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
air secukupnya

Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.
kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb.
untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan


RENDANG DAGING

1kg daging
2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - mayang halus atau koyakkan
2 helai daun limau perut - di mayang halus atau dikoyakkan
garam dan gula - secukupnya
air asam jawa - secukupnya
1 buku gula melaka
rempah tumis (4 sekawan)
1 kiub daging

Bahan dikisar
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 batang serai - 2 batang di kisar 3 batang dititik
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api
2 helai daun limau perut dan sehelai daun kunyit di kisar bersama bahan diatas

Daging dibersihkan dan potong kecil. Basuh dan toskan. Kemudian direbus hingga empuk.
tumis rempah tumis. Masukkan semua bahan-bahan yg dikisar ke dalam kuali besar dan tumis hingga garing dan harum. Masukkan daging dgn air rebusan daging dan serai yg dititik kacau hingga sebati.
Masukkan santan. Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
Masukkan gula melaka biarkan ia cair pas tu masukkan air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Rasakan garam dan bila telah pekat taburkan daun limau perut dan daun kunyit yg dihiris dan boleh hidangkan.


AYAM ROS PANDAN
by: Che Mat Gebu

7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

Bahan dikisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..


SELAMAT HARI RAYA maaf zahir dan batin

12 comments:

Mat Gebu said...

SELAMAT HARI RAYA BUAT PUAN AZLITA SEKELUARGA, MAAF ZAHIR DAN BATIN JIKA TERKASAR BAHASA.....BERHATI2 DI JALAN RAYA....

nur easy said...

complete set.. selamat hari raya jg..;)

sabar kagawa japan said...

selamat hari raya kakita sekeluarga........maaf zahir batin yerk...n gud luck utk anak2 kak kita juge

Juwita Jamaludin said...

Selamat hari raya kak.. good luck untuk anak2 akak ye dalam exam nanti...

Gee® said...

Slmt Hari Raya buat iTa & family... sedap juadah pagi raya tu...

Wani said...

assalamualaikum kak ita, selamat hari raya , maaf zahir batin dari wani ,, banyaknya menu kak ita buat masak untuk juadah di pagi raya ,, semuanya sedap2... dan good luck utk2 anak2 kak ita .... :))

sweetazezah said...

salam..waduhh..kecur ayer liyor nengok juadah k.ita d pagi gaye tuu..dah le tengah keje ni..menciiikk..nengok udang masak smabal,tu yg wat xtahan tuh...

Adinda Wawa said...

Selamat hari raya kak ita..amboii meriahnye..mcm2 masak..tak ajak mkn pun? geramnye tgk anak kak ita yang perempuan tu... pandai posing..mcm abang2 dia...he3..kalah america's next top model!he3

fazian.batrisyia said...

Selamat hari raya buat kak ita sekeluarga. Menu hari raya kita sama...tapi bukan sy yg masak!

Lyana_Laili said...

Salam kak ita saya peminat masakan kat ita..hihi..nk tny kak ita apa itu rempah tumis 4 sekawan

Salawaty Khan said...

Assalamualaikum Kak Ita, thanks for sharing recipe. Alhamdullilah Barakallah. Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1436H

NurFatihah Che Daud said...

Tq sharing resepi juadah ni...boleh try sendiri...

Powered by Blogger.