Follow if you like

Jul 19, 2011

LYCHEE AND PINEAPPLE COLD

Ingat nak masukkan N3 ni tengahari tadi..
Bila baring2 tadi tertidur laaaa... pulak.. tu lah bila badan dah mula terasa tak berapa sihat letih semacam aje.. dapor pon tak berasap hari ni.. kita layan aje lah dessert yg ita buatkan tuk tetamu yg datang rumah hari tu...


Untuk dessert ita buatkan puding Lychee and Pineapple Cold. Resepi untuk membuat puding ni ita dapat ilham dari buku agar2 dari Pn Amy Wong. Tapi Pn. Amy Wong buat agar-agar. Ita lebih suka makan puding dan ita pasti tetamu yg datang ke rumah ita pasti juga sukakan puding. Oleh tu ita tukar dari resepi agar2 kepada resepi puding dan ita ambil resepi dari Chef Hanieliza. Cuma nama aje ita ambil dari Pn. Amy Wong sebab mudah ita nak ingat puding yang mana satu yg ita buat.. hihi memandai aje ita ni... marah tuan empunya resepi nanti... haha jangan di saman aje dah lah kan....

Tapi tak sangka juga gabungan antara puding lychee dan pineapple ni cukup serasi dan sedap pulak tu bila di makan bersama kuah puding dan buah2 coktail.. Waaaa... ita tengok bertambah2 tetamu mencedok puding kedalam mangkuk... dan sudah tentulah tuan rumah tersenyum puas kerana menepati selera tetamu... itu yg sememangnya ita harapkan jika sesiapa aje yg bertandang ke rumah pasti ita harapkan setiap apa juadah yg ita sajikan menepati selera mereka...


Puding ni makan cam tu pon dah sedap! tapi bertambah sedap bila kita sediakan kuah sebagai penyejuk tekak dan pemanis mulut... Sesuai sangat jika kita buat untuk open house. Sebenarnya ita pun sedang mencari dan mencuba beberapa resepi yg sesuai untuk ita jadikan salah satu menu pada Rari Raya dan ita rasa ini pasti akan menjadi salah satu darinya.. Taulah kan family ita mmg suka makan puding. Dan yang paling suka sekali dah tentulah bapa ita.. kalau bapa ita makan mmg bertambah2 suka ita tengok.. dan puding mmg salah satu menu yg wajib ada di atas meja setiap kali lebaran tiba....

Untuk resepi puding ni ita gabungkan 2 resepi Chef Hanieliza yg ita ambil dari buku masakan beliau 1 hari 1 Resepi iaitu Puding Lychee dan Puding Nenas. Dan hasilnya memang sedap!
Disebabkan ita buat tuk merai tetamu sukatan yg ita gunakan mmg banyak sebab ita buat satu adunan puding Lychee dan satu adunan puding Nenas. Pada adik2 akak yg nak cuba merasa puding ni boleh lah buat 1/2 daripada adunan setiap puding tu..


LYCHEE AND PINEAPPLE COLD

PUDING LYCHEE
by: Chef Hanieliza

Bahan
10 gm agar-agar serbuk
4 cawan air
1cawan cawan gula
1 tin susu cair
1 tin laici dlm tin dimesin bersama ainya

Masakkan air, agar2 dan gula hingga mendidih dan gula larut.
Tutup api dan masukkan susu dan buah lychee yg telah dikisar bersama airnya tadi.
Kacau rata.
Tuangkan ke dalam 1/2 acuan  atau mangkuk kaca kecil

PUDING NENAS
by: Chef Hanieliza

Bahan
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin buah nenas  ( ambil 6 keping di kisar bersama airnya yg selebih simpan utk hiasan )
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard
beberapa biji ceri merah utk hiasan

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Masukkan air buah nenas dan nenas yg telah dikisar tadi.
bancuhkan tepung kastard dan susu cair.
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan keatas lapisan puding lychee tadi secara perlahan2.
Hiaskan atasnya dengan gelang nenas dan buah ceri tadi.
Biarkan sejuk.


KUAH KASTARD

1 tin susu cair
2 gelas air
5 sudu besar gula pasir
secubit garam
1 sudu besar tepung kastard
fruit coktailn - untuk hiasan

Masak susu, air dan gula dgn api yg perlahan sampai didih. Bancuh tepung kastard dengan sedikit air dan tuangkan dalam adunan kuah. Tambahkan secubit garam.
Biarkan kuah mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dlm peti ais supaya sedap di makan bila sejuk.
Untuk menghidang masukkan kuah dlm mangkuk besar. Letakkan ais dan fruit coktail dan letakkan puding kegemaran tadi dan siap utk di hidangkan.

9 comments:

Pijot said...

nk wat ni gak!!! ngeeeee

nOOrsha said...

sedapnyr...saye pun lbih suke puding dari agar2.. maknenye akak kene watkan saye ni klo sy dtg umah akak..ahahah

tun_telani said...

wahhh~~~ sedap! sedap!! angin M melanda nih, nk makan je blh x? sape laa nk tlg watkan nih..

Yat Maria said...

Aunthentic pic Ita! cantek bekas alum tu :

Mas said...

nak tumpang makan kat sini kak ita....
sedapppnya tengokkk.....

Zaliedana said...

Assalam kak Ita,laici mmg ngam ajer ngan apa pon kan,ngan stoberi pon best..Bestnya tetamu akak tuh,dapat mkn air tangan akak,yg sedap n cantik2 ajer..

Ummi said...

Itaaaaaa..cantiknya puding...mesti sedap ni campuran camtu...ngencess dah akak tgk... Btw, terima kasih atas komen dan sokongan moral tuk akak tu yea...really appreciate it! Lebiiuuu... ^__^

Juwita Jamaludin said...

kak ita menariknya nampak.. mesti rasa masam2 manis ye.. sebab laici dan nenas.. leh cuba nanti

Gee® said...

waaa....laici & nenas gabungan yg mantap... sure sedap giler nih... meleleh la pulak air liur ku ini...

Powered by Blogger.