Follow if you like

Jul 4, 2011

LOMPAT TIKAM SAGO


Assalamualaikum...

Minggu baru bermula... Melangkah kita ke bulan Syaaban yg penuh barakah. Tingkatkan amalan dan lipat gandakan pahala. Semoga kita sama2 mendapat keredaan dari Nya.

Waaaa... seronok bercuti semalam. Makan angin ke mana?? Ita?? makan angin keluar asap je le... Semalam minggu mengemas.. Cuti ujung minggu dimanfaatkan utk mengemas stor yg dah lama tak di bersihkan.. macam2 ada kat dalam tu... adoiii... ya ampun.. sesekali mengemas boleh patah pinggang .. hehe
Tapi bukan ita yg kemas... ya adooo... suami ita yg tolong kemaskan...kita jadi mandor aje.. hehe

Masak apa hari ni.. ?? sedapnya bau... sampai menusuk ke hidung ku yg tak berapa nak mancung ni... Kalau ita dok rumah macam2 bau tau gara2 jiran2 sebelah menyebelah yg masak.. kita ambil bau je le... kadang boleh buat perut ita ni berdangdut... laparnya.. nak2 bila kita tgh posa.. mmg dugaan betulll..


Kita cerita pasal menu ita tuk hari ni.. ni yg nak cerita sangat ni... mari sini rapat2 ita nak cerita pasal menu ita hari ni.. Sebenarnya hari tu masa ita gi jalan2 kat dapur Kak Ummi ita nampak kak Ummi buat Lompat Tikam Sago. Ita mmg suka kalau kuih guna sagu sedap aje makan dia rasa kenyal2 sikit. Suami ita lagi lah kalau kuih manis2 ni mmg dia suka sangattt.. Bila kak Ummi kata marbelesss.... aiiii... tak reti2 lagi ke nak mencuba... Kak Ummi kalau kata sedap mmg cfrm sedap!

Resepi dari Along Roz yang ayu jelita... bukan aje ayu tapi pandai memasak.. bertuah badan kan??? Semalam ita memulakan projek membuat lompak tikam ni setelah tergoda sangat bila singah kat dapur kak Ummi


Bila dah merasa mmg tak nak berenti.. tau! sedap sangat! memang sedap! cuba! cuba! semua kena cuba! memang sedap! tak tipu....
Tapi ita buat guna sagu warna warni. Warna hijau, pink dan putih, yg putih tu ita letak pewarna kuning. Sagu tu pula ita rendam dulu hingga kembang, kemudian ita masak setiap sagu tu cara berasingan. Ita masak dgn sedikit air kemudian ita tambahkan sedikit santan (50 ml) dan secubit garam. Masak hingga sagu dah mula jernih. Pas tu baru ita letak dalam loyang. Kukus dulu warna pink tu dalam 15 minit. Kemudian ita masukkan pula warna hijau dan kukus lagi dan seterusnya dgn warna2 yg lain. Untuk air gulanya ita gunakan gula Melaka campur dgn gula merah.


Terima kasih kepada Along Roz yg sudi berkongsi resepi yg sedap ni.. Buatnya pun mudah aje.. resepi yang sangat simple dan sedap! Ita minta izin untuk salin kat sini pulak lah ye along...

MyKitchen's Recipe

LOMPAT TIKAM SAGO

Saiz 9"x12" casserole
Sago
400g Sagu -
Pewarna Merah
Rendam sagu dgn air & pewarna merah sehingga kembang lebih kurang 10 min.
Letakkan ke dlm bekas casserole & masukkan air secukup nya sehingga sagu terendam (Along lupa nak sukat air tapi agak2 dlm 3/4-1 cwn).
Kukus 20 min.
Ita guna 300 gm aje sago kerana ita guna loyang 3 segi. Ita guna sago bewarna hijau, pink dan putih.Yg putih tu ita letak pewarna kuning dan rendam hingga kembang. Kemudian ita masak setiap sago secara berasingan dn sedikit air, bila dah jernih ita tambah 50 ml santan dan secubit garam untuk setiap sago yg ita masak.

Lapisan Atas
160g Tepung Beras
200ml peket Santan
800ml Air
1 sb Pes Pandan
1 st Air Kapur
1/2 st Garam
Campurkan kesemua bhn2 lapisan atas sehingga sebati.
Kacau atas api perlahan sehingga pekat sedikit.
Tuangkan ke atas lapisan sagu & kukus 20 min.
Sejukkan di suhu bilik & kemudian dlm peti sejuk.

Kuah
200ml peket Santan
250ml Susu Cair Segar
1/4 tsp Garam
Masak santan, susu & garam sehingga mendidih (jgn menggelegak).
Sejukkan. 
Air Gula
5 tbsp Gula Merah
3 tbsp Gula - ita gantikan dgn gula Melaka
Daun Pandan

Masak gula merah, gula putih, sedikit air (agak pekat) & daun pandan.
Sejukkan.

Hidangkan Lompat Tikam dgn kuah santan & sirap gula merah.



By: Roz@HomeKreation

Makes 9"x12" casserole 

+/- 400g Sago
Red Coloring 

Top Layer:
160g Rice Flour
200ml packet Coconut Milk
800ml Water
1 tbsp Pandan Paste
1 tsp Edible Lime Liquid
1/2 tsp Salt

Sauce
200ml packet Coconut Milk
250ml Fresh Milk
1/4 tsp Salt
5 tbsp Palm Sugar
3 tbsp Sugar
Pandan Leaf


1. Soak sago with water & red coloring for about 10 min.
Place in container and add some water just enough to cover the sago (I did not measure but roughly about 3/4-1 cup).
Steam for 20 minutes.

2. Mix all top layer ingredients until smooth.
Stir above low heat until slightly thicken.
Pour on top of sago layer & steam 20 min.
Cool and chill.

3. To prepare santan sauce, mix coconut milk, fresh milk & salt.
Heat up but not boiled. Cool.

4. To prepare palm sugar syrup, mix palm sugar, white sugar and some water to obtain thick consistency.
Add pandan leaf & cook above medium heat. Cool.

5. To serve, slice Lompat Tikam and pour coconut milk sauce and palm sugar syrup. 

20 comments:

Ummi said...

Waaaaaaaaaaaaaaahh..kalau dpt ke tangan ita....mmg lg marbelesss! Dah la warna menarik...shape menarik...rasa sudah tentu la kan..eh Ita mmg x buat kepala atas dah la yaaa...makan dgn kuah n air gula terus eh....sedap gak tuuu, kurang lemak msuk badan...hehe. Apapun, sagu mmg fav akak...gerenti x tolak...asal sj boleh makan...hehe

AZLITA AZIZ said...

kak ummi ita buat tapi bila buat dalam acu tiga segi tu kepala dah turun bawah.. hihi dah terendam dalam santan tu..

tang kepala dia yg warna coklat tu... tapi mmg sedap sangat kuih ni.. terima kasih kak sebab bagi ita skodeng dapur akak... ni tgh skodeng lagi ni hari2 dok skodeng.. hehe

CT Delima said...

As'salam Ita

hari minggu kalau dah berjalan2 tu nak sambung balik keja memang malassss..hehehe

CT pun peminat kuih dari sagu ni. memang tak pernah nak menolak kalau ada sape2 nak bagi. macam kak ummi gak ler...hihi. cun kuih sagu tu, bak lah sikit :D

Juwita Jamaludin said...

Kak ita sedap dan marbeless nampak... Hihihi itanakcuba kuih2 sagu ni tp pending dulu sebab sagu takde kena cari dulu kat sini... Sob sob...

Mas said...

perhh..memang menggoda betoi lompat tikam sago tu...
mas pun teringin gak nak buat...
tunggu.....

cik cek said...

Perfect....sempurna....cantik....
teringinnnnya nak makannnya....:)

Nurul said...

sedappnya tgk lompat tikam sago K Ita nih...
Nak rasa bleh? hehee ;)

Naz said...

Kak Ita..cantiknya kak limpat tikam sago akak ni.. Macam rupa tembikai lak Naz tgk...

Yatie said...

waduh terliur dah pepagi ni..arini yatie puasa,takleh tenung lama2 ni... kalau ghajen mmng nak buatlah lompat tikam sagu ptng ni...mmng cantiklah bila resepi kat tngn Ita...

noorsafone said...

kalau sampai kt tangan ita..kuih semuanya jadi cantik..tengok cantik macam tu,jd sayang pulak nk makan...hahaha...

tun_telani said...

rajin betul kak ita melapis nii.. bila cantik, mmg lg berselera nk makan kan..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam Ita..

Betul kata Kak Ummi tu.. resepi apa pun kalau dapat kat tangan Ita.. kuih yang cantik jadi semakin cantikkkkkk dikerjakan dek Ita yang sangat2 kreatif ni.. hehehe.. akak suka betul tengok kerja tangan Ita yang halus ni tau... memang sehari kalau tak masuk dapur Ita ni memang tak sah jadinya.. hahaha...

HomeKreation said...

Wah2, dah jadi pun tapi lebih cun melecun dari yg asal...hehe... memang orang rajin cam Ita byk idea kreatip. TQ sudi cuba ya. Along pulak yg terliur kat sini....hehe.

Nieza said...

kak Ita, sedapnya kuih tu....singgah dapur kak Ita time lapar memang akan bertambah laparla jadinya..hehe

Gee® said...

sedapnya ita, comel lak tu... terasa nk buat laa...

izahdaut said...

cantiknya.. saya buat tak seantik ni.. jauh sangat rupanya.. hehee

lina said...

salam ita - cantik lompat tikam sago tu...nak tanya ita..kek baldu tu ita guna perwarna apa ye cantik menarik warna nya..

Amir Said said...

wah sedapnya.

ijayuji said...

Salam kak ita! waduhhhhhh! ternegidam balik tgk lompat tikam sagu akak tuuu :D cantek! kemas! pastu apa? mcm kukuh gitu sagu dgn tepungyer tu tak reti nak sebut apa hihihi.... perfecto!

Iryani Noor said...

salam kak ita.. lompat tikam nie nampak sgt2 nyummehh.. colourfull lg... leh buat time bulan puasa nih

Powered by Blogger.