Saturday, July 16, 2011

CARA MEMBELANG APAM.. aii betul ke ni...

Assalamualaikum..

Selamat petang semua..
Mungkin sedang lagi seronok minum petang bersama keluarga.. atau ada yg sedang beriadah dengan anak2.. Walau apa pun yg anda lakukan .. lakukan dgn ikhlas..

Petang ni ita saje nak buat demo macam mana nak buat belang2 kat kuih apam belang tadi tu.. Kerana ada yg bertanya ita tunjukkanlah cara2 macam mana ita buat belang2 tu tadi..

Sebenarnya apam belang yg tadi pagi tu ita tak sempat nak tunjukkan step by step cara ita buat belang2 tu sebab ita buat malam.. biasalah kalau malam mmg ita tak boleh nak ambil gambar sebab tak de cahaya.. pulak lampu kat rumah ni semua warm light jadi nanti pic semua jadi kuning..

Atas permintaan adik2 kita ita buatlah sekali lagi apam ni.. tak pe lah kan.. lagi pun apam ni sedap!
Resepi apam boleh rujuk kat resepi tadi ye! boleh tengok kat SINI

Adunan apam tu ita bahagikan kepada 4 warna. Tadi ita guna strawberry dan coklat kan.. ok yg ni ita guna pandan dan coklat.
1. Warna hijau gelap dan sedikit paste pandan atau pandan emulco
2. Warna hijau apple dan sedikit paste pandan atau pandan emulco
3. Chocolate emulco
4. Warna asal dan paste vanila


Guna loyang bulat 9 inci. Loyang disapu minyak dan dilapek plastik atau  alas cake. Sediakan satu papan pemotong atau buku yg tebal anggaran 2cm. Letakkan loyang sendeng seperti dalam gambar di atas.


Tuangkan lapisan pertama di hujung loyang (bahagian yg rendah tiada lapek papan) sebanyak 3 sudu besar (gambar 1) Kemudian tuangkan adunan kedua hijau gelap betul2 di atas warna coklat tadi sebanyak 3 sudu juga (gambar 2) Kemudian tuang pula warna ke tiga putih betul2 diatas warna hijau gelap (gambar 3) dan kemudian warna hijau apple di atas warna putih (gambar 4)

Ulangi kaedah yang sama hingga adunan hampir menutupi seluruh dasar loyang. Ita anggarkan dalam 3 X


Tarik alas papan perlahan dan alaskan pula dengan buku latihan atau majalah. kalau buku latihan yg nipis tu anggaran 3 buku.

Ulangi kaedah melapis cara yg sama tapi kali ni sukatan adunan dikurangkan kepada 2 sudu sehingga 3/4 adunan.
Dan yang terakhir satu sudu pula hingga habis semua adunan


Kukus adunan selama 30 minit.

Dari kek ini kita boleh dapat beberapa corak yang menarik.


Untuk dapatkan corak seperti ini, potong dari bahagian terakhir kita letakkan adunan dan potong di tengah pusar terakhir.



Untuk dapatkan corak yang macam gambar diatas potong pada sisi kiri dan kanan pusar terakhir. Bukan kawasan di mana kita mula2 tuangkan adunan tadi tu tau...
ya Allah... paham ke eh... apa yg ita terangkan ni... adoiii.. takut ada pulak yg tak faham.. ok kalau tak faham boleh tanya balik mana yg tak berapa jelas..

OK! Selamat membelang2 byeee!!!

25 comments:

Fazlinil Irma said...

terima kasih kak ita.

anak murid nak paham kena cuba ni. ;)

zuhaiza's cheese tart said...

tq kak iyta..kongsi2..saya b4 nih dok mula dr tengah....lpas nih boleh ikuty cara kak iyta plak

Diana @ Melley Mey said...

terima kasih akak... info yg berguna tu... diana x perna lg buat apam nie.. mmg cantik kejadiannya.. nak try juga nanti.. :) dah tergoda dah nie..

Mas said...

terima kasih cikgu..
tambah lagi ilmu didada......

serius memang cantikkk belang 2 tu...

Pika pongpong said...

terima kasih kak ita! tenkiu sangat2..
=)

quinnie said...

terima kasih kakita..sekurang2nya dapat la gambaran macam mana nak buat belang2 ni...:)

lina_pg said...

cantik sgt belang2 tuh..terima kasih atas teknik membelangnya hehehe

Aqil said...

tq kak ita, info yg menarik pasni leh kite membelang plak ;D

Gee® said...

YaAllah...tersangat teruja...masa tgk pagi td naik fenin pale mikir cam mana kejadian kek yg sangat mempersona...syukur ita dh buat demo... terima kasih byk2 Ita cayang... LOL

Zaliedana said...

Assalam Kak Ita cayang,tengs bebanyak atas perkongsian akak,moga Allah jua yg membalasnya..Blh tambah lagi satu ilmu sy arini..

Mieza said...

Cantiknya kejadian belang ni..mieza kalo bab belang membelang ni mmg fail..TQ ajar cara membelang ni..sgt berguna :)

Miesah said...

salam ..wow..very nice work!Thumbs up...

Ummiakid @ lily said...

Tq kak ita...atas perkongsian cara melapis kek ni...kena cuba nanti dan harap hasilnya secantik kek akak...

suri solehah said...

cantiknya...rasa mesti sayang nak makan tu huhu

LinRosly said...

Assalamualaikum Ita...


Terima kasih Bagi Cara2 Nak Membelangkan Apam Tu...Cantik!

Noor Hafirdaus said...

kena try jugak ni baru leh tau jadi ke tak

mamazieza said...

tkasih Ita..

mamanajmi said...

terima kasih K. Ita bagi tunjuk ajar..

semlm sy ada buat kek zebra,nmpak mcm 'kureng' jd ja belang dia..nnti nk try belang2 camni pulak. thanks once again!

Ummi said...

Salam Ita, waaah dah macam cikgu KEMAS....bagus sangat Ita ambil usaha tunjukkan step-by-step kepada pembaca sini...Akak mmg mintak maaflah, x cukup masa nak wat semua tuh..terkejar2 masa jek...Moga keikhlasan Ita memberikan feedback yg bagus kepada follower Ita jgk.. Cara Ita ni ala-ala membuat puding marble, bekas disenggengkan...mmg cantik belangnya...
Hehe..Ita x jumpa cari kat dapur akak kalau taip Apam Belang, resepi asal Apam Pelangi...hehe

http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/2010/11/apam-pelangi.html

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

terima kasih untuk tunjuk ajar cikgu ita... hehe..

babyavanza said...

salam kak ita,
tq3...coz share jugak step2 nk buat nye... mmng ngah berputar jugk pala ni memikirkan cara nak buat belang2 mcm 2.cr 2 k.ita.

Juwita Jamaludin said...

salam kak patut la lawa belang akak.. bagus tips nya kak.. suka bila akak share macam ni.. thankks ye kak

eza said...

thanks for the info.sgt berguna nih...selama ni mmg terkial2 nak buat belang ni.kak ita kalu belang utk puding/agar2 pon sama gak ker stepnyer..agar2 kan ker texturenye lebih cair dari apam ni?

Aini said...

salam kak ita,
cara nie boleh digunakan untuk kek karamel tak?

fatimah said...

asmkm Ita. tahniah krn mahu berkongsi ilmu. Kak cukup kagum dng Ita. kak cukup berminat dng blog Ita ini. kak teringin nak jadi mcm Ita ttpa tak smpat nk buat. tunggu pencen kut.