Follow if you like

Jun 19, 2011

SOURSOP ICE BLENDED

Assalamualaikum....

Selamat Hari Bapa kepada semua bapa2 dan bakal bapa diseluruh dunia... dimana sahaja anda berada...
Bukan mudah sebenarnya utk menjadi seorang bapa yg baik. Tugas membesar dan mendidik anak2 memerlukan kesabaran yg tinggi sementelah dgn peredaran masa yg semakin mencabar dan banyak mempengaruhi kehidupan kini.


Teringat kenangan semasa zaman kanak2 bersama bapa tersayang... Sebenarnya bapa ita adalah seorang yg sangat tegas. Ita tak salahkan bapa ita jika dia bertegas kerana beliau terpaksa menjaga dan memberikan didikan yg terbaik buat seorang anak bujang dan 7 orang anak daranya. Itu bukan lah satu tugas yg mudah... dulu mungkin ita merungut... kerana semua tak boleh buat.. waima nak kemana2 pun tak dibenarkan.. kini setelah ita memikul tugas seorang ibu barulah ita faham... begitu berat tanggungjawab yg terpaksa di pikukl oleh beliau..


Kenangan yg tak dapat ita lupakan sewaktu bersama bapa ita. Ketika itu result SRP keluar.. seronok bukan kepalang bila ita dapat keputusan yg agak baik.. ita berlari balik kerumah.. tak sabar nak beritahu mak dan bak... dan berharap ita akan dapat hadiah istimewa dgn usaha yg ita telah lakukan... Sampai rumah ita terus beritahu pada mak yg nampak sangat bersyukur dan gembira. Pada waktu tu bapa ita belum pulang lagi.. Kemudian ita terus lah gi dok sembang dgn kawan2. Bila ita balik bapa ita dah tunggu depan pintu dgn wajah yg cukup gembira dan bangga... tiba2 bapa ita hulurkan ita hadiah sebijik buah oren.. di atas kejayaan ita itu.. mula2 ita terasa sangat sedih... tapi kini ita dah mengerti maksud buah oren yg bapa ita berikan itu... dalam kehidupan ini kita akan lalui masam manis dalam kehidupan seperti kita memilih buah oren.. ada kala isinya manis dan ada kala isinya masam walaupun warna oren pada kulitnya itu mmg menarik minat kita... begitu juga lah  kehidupan yg akan kita lalui..


Cuaca hari ni yg sangat panas buatkan ita nak basahkan anak tekak ni dgn sesuatu yg sejuk dan nyaman.. Hari ni ita buat Soursop Ice Blended. Kebetulan suami ita ada beli kan ita buah durian belanda. ita mmg suka sangat makan durian belanda ni sebab rasa dia yg masam2 sikit tu.. sedap tau! dan kali ni ita buat ice blended pulak!. kalau nak rasa Soursop Ice Blended yg sedap gilah makan kat Singah Selalu berhampiran Danga Bay tu.. kat situ Soursop Ice Blended dia mmg sedap!

Buat Soursop Ice Blended ni senang aje.. kalau untuk satu gelas kita masukkan 1 cwn isi buah durian belanda yg telah di buang bijinya ke dalan blender bersama dgn 1 cwn kiub ice, 1/2 cawan air, 1 scop ice cream perisa vanila dan satu sudu makan susu pekat manis. kisar sehingga ia halus. Tuangkan dalam gelas masukkan pearl jelly atau bijik selasih siap untuk dijadikan penghilang dahaga ketika cuaca panas2 ni... sruuuupppppp!!!!.... ahhhhh.... segarnya.... :D

11 comments:

♥LOVE2COOK♥ said...

Such a refreshing drink...soursop is my fav!!! You never failed to amaze me with your cool photos...slurrrpppp! ;)

Kak Rose said...

kecur sungguh air liur ni.. fav drink kalau makan kat luar... ari tu ada bli buah ni, x sempat masak dah busuk! hampeh betul... dah la mahal x dapat makan lak! slurrrppp kat sini je lah...

~Norul Mas Hana ~ said...

Kak Ita,
sangat mengiurkan..hehe..cantik pulak ada sagu2 hijau tu.. =)

Juwita Jamaludin said...

salam saya pun suka sour soup.. terasa2 kat tekak ni kak kemanisan dan kemasaman buah ni.. kak yang bulat2 tu apa?

Gee® said...

huuu...tersentuh dengan nostalgia buah oren...mampukah kita menjadi ibu & ayah sepertimana ibu& ayah kita dahulu...mudah2an kita sentiasa mendapat perlindungan dan hidayah Allah dlm mendidik anak2 dan melayari kehidupan di dunia yg serba mencabar ini... btw sedapnya air durian belanda...terlioq

ShashaCatering said...

Selamat hari bapa... ;)

dZana said...

segarnya .. bila tgok air ita ni.. susah jugak nk dpt durian belanda eh..

tun_telani said...

Owhh... tu laa asal usul masam manis ni ye =)
tun sgt2 suka durian belanda! kecik2 dulu ada pokok durian belanda tepi umah... skrg dh xde dah.

++eden|essey++ said...

kak ita...sedapnya......kak yg hijau tuh bukan sagu kn....tuh pearl jelly tp yg slalu kt lua tuh dorg buah hitam kn...kak ade resepi x nk buat pearl tuh....huhhu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

ita... saya pun suka durian belanda ni... kebetulan mlm tadi pun baru pekena soursoup blended ni masa treat husband sempena fathers day... memang bestt!! hehe..

My Little Life said...

salam kak nk tanyer yg pearl ijau tu aner akak dpt..nk li jgk ker

Powered by Blogger.