Follow if you like

Jun 8, 2011

RICH COCOA PUDING

Semalam disamping menu yg berderet2 tu.. ita juga menyediakan puding sebagai dessert untuk SIL yg datang rumah semalam. Kebetulan ita mmg sedang mencari apakah dessert yg sesuai untuk tetamu ita. Bila ita ronda2 kat rumah CMG ita nampaklah CMG sediakan puding ni.. adoiii... memang terliur aje tengok puding CMG tu... Pulak tu coklat lah katakan... mmg ita suka!


Tak lengah lagi terus ita godek2 kat dapur. Terima kasih ye CMG bagi akak idea untuk buat kan satu dessert yg sangat istimewa ni.. Menurut CMG resepi asal dari Datin Jun. Terima kasih buat kalian berdua yg sungguh istimewa kerana sudi berkongsi resepi yg bukan sahaja menarik malah sedap pulak tu! Bertambah2 tetamu ita makan tau!


Nama pun Rich Cocoa Puding, memanglah kaya dengan rasa coklat. Sedap pulak bila makan bersama kuah puding tu. Tapi kuah puding kali ni ita guna resepi yg selalu ita buat. Sebab anak2 pun dah terbiasa dgn kuah ni. Kalau ada yg nak cuba kuah yg CMG buat pun ita rasa sedap ! terpulang pada citarasa masing. Tapi resepi untuk kuah puding ita ni mmg ita masak dulu. Jom lah kita intai2 resepi Rich Cocoa Puding ni pulak!


MyKitchen's Recipe

RICH COCOA PUDING
by: Datin Jun
sumber: CMG

4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (mat tak letak)
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (mat guna konnyaku jelly)
3 camca besar mentega

Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega, kacau rata dengan whisk hingga gula larut, (ita blend semua) kemudian tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga adunan likat (ita tak tunggu likat pun, agak2 serbuk jeli dah larut terus ita masuk butter dan tuang dlm loyang). Matikan api, masukkan mentega dan kacau rata2. Tuang dalam bekas kegemaran anda, biar hilang wap panas dan simpan dalam peti sejuk.

Kuah
1 tin buah2 cocktail, asingkan isi dan jusnya
1 tin susu sejat "Ideal"
Sedikit air gula
Ais kiub, jika suka


Keluarkan pudding, isi dalam bekas sesuai. Sudukan buah2an koktail tadi kemudian tuang sedikit susu cari dan juga sedikit air gula, letak ais kiub jika suka dan hidangkan. Air gula tu kalau nak ganti guna air dari buah2an koktail tu pun ok..Hidangkan sejuk...

Kuah Ita
1 tin susu cair
1 gelas air
1 sudu tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air
6 sudu makan gula - kalau tak suka manis boleh kurangkan
secubit garam - sikit aje tau!


Masukkan semua bahan dalam periuk dan masak hingga didih. Hendaklah sentiasa dikacau. Kemudian sejukkan setelah itu boleh lah disejukkan dalam peti ais.

Untuk penghidangan, masukkan puding yg telah keras ke dalam mangkuk. Bolehlah letakkan buah-buahan cocktail, longan atau buah-buahan segar. Boleh juga letakkan ketulan ais kalau kuah puding tu kita buat manis. Curahkan kuah dan sedia dinikmati.

11 comments:

alinac lover said...

nti yong nk try

Mas said...

hmmmm...menyelerakan betul tengok dessert tu.....

ijayuji said...

Salam kak, sedapnyerr! kita pernah buat sekali jerrr pas tu lama dah tak buat ni nak kena buat jugak nii :D cantek gmbr2 akak suke tgk!

CT Delima said...

As'salam Ita

bolehlah mintak segelas pudding ni ya..sedapnya. tapi kena tunggu hari panas sebab KL hujan lebat ni mengigil kang makan sejuk2.. hihihi

Mat Gebu said...

Memang boleh pengsan.....

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

esok nak wat gak..i like coklat

anymz said...

sekarang memang musim org memuding kan ita..leh pengsan tgk puding ita ni tau

Nur Honney Robi Ramli said...

sukatan 1 cawan air tu agak2x banyak mna ekk???kadang sya buat puding/agar2 guna sukatan cawan2x nie kdg cair..xtahu nak agak..hope kak ita dpt membantu..TQ

Nieza said...

sedapnya! nak buat jugalah nanti..:)

Ida,Japan said...

sungguh rich dan nmpk sgt lazat kak

izahdaut said...

akak.. saya punca nak edit tu sebab gambar kalau tengok kat file clear, tapi bila masuk blog nampak kelabu. tapi gambar2 akak memang dah cun tak yah edit dah tu.cume kena resizekan aje kot.

memang saya guna potoshop untuk resize gambo. kalau gambo size besar nanti tak leh upload gambar pulak bila dah banyak2 nanti. mcm mas hari tu pun dah tak boleh, so suruh dia resizekan gambar bagi kecil. tak pe nanti akak terror la main edit ni. masuk kat flickr untuk resize. try kat upload. memang slow sikit la..sebab tu saya simpan kat file dulu dan upload gambar yg betul2 nak guna aje.

tengok puding akak ni, cantik gilesss..hehe..memang sedap, anak2 saya suke puding coklat ni

Powered by Blogger.