Wednesday, June 1, 2011

RENDANG DAGING ISTANA

Sekali lagi ita mencuba resepi dari Pak Engku. Kali ni ita mencuba resepi Rendang Istana. Lauk rendang ni ita makan bersama dgn nasi Arab tadi. Kira ok jugak lah gabungan antara nasi Arab dan Rendang Istana ni. Kira satu menu hidangan yg serasi juga.


Rendang ni pun sedap! Kelainan rendang ni ia tak mengunakan daun limau perut, tidak juga menggunakan lada kering. Rendang ni pun tak pedas walaupun diletakkan cili padi. Sangat sesuai bagi keluarga yg tak sukakan pedas. Kelainan nyer juga ia diletakkan lada hitam yg membuatkan sedikit kelainan dalam penyediuaan rendang. Rasanyer sama macam rendang yg lain juga cuma kelainan pada bahan2 yg di gunakan.

Seperti biasa ita hanya menyediakan 1/2 daripada bahan2 yg digunakan, memandangkan sukatan bahan2 yg di gunakan dalam setiap resepi Pak Engku agak banyak. Mungkin Pak Engku menyediakan juadah ni untuk keluarga yg besar atau untuk hidangan Hari Raya atau jamuan untuk keluarga. Kepada yg terasa ingin mencuba sentuhan air tangan Pak Engku bolehlah semak resepi yg ita kepilkan dibawah...

MyKitchen's Recepi

RENDANG DAGING ISTANA
by : Pak Engku

1 kg daging - dipotong kecil - ita guna batang pinang
15 biji cili padi - dikisar
3 inc kunyit hidup - dikisar
4 labu bawang besar - dikisar
2 inc halia - dikisar
2 inc lengkuas - dikisar
10 batang serai - dikisar
5 gm lada hitam - dikisar
2 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
1 kg santan
50 gm kerisik
2 keping asam gelugur
2 helai daun kunyit - dihiris rampai
garam dan gula secukup rasa
1/2 ketul gula melaka - ita tambah

Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang bersama2 dgn bawang besar, halia, serai, lengkuas dan lada hitam.
Bila sudah kekuningan, masukkan cili padi, kunyit hidup dan daging. Masak hingga daging empuk.
Kemudian masukkan santan secukupnyer dan masak hingga kuah pekat.
Bila asudah pekat masukkan daun kunyit, kerisik, asam keping dan kacau rata.
Perasakan garam dan gulanyer secukup rasa.
Masak lagi hingga naik minyak dan hampir kering barulah diangkat.

6 comments:

Nieza said...

sedapnya rendang tu kak...lain drp yg lain yer bahannya tu...memang best layan ngan nasi arab tu...:)

bobhandburry said...

Salam kunjungan... sedap resepi tu.. ;)
http://www.zuwairiaiman.com

Diana @ Melley Mey said...

nmpk sedap rendang tu... cantik gitu lg... suka tgk...

Nur Ede said...

Assalamualaikum Ita...
Wahhh... rendang daging Istana makan pulak ngan pulut atau ketupat mmg sedap ler itaa... kat umah akak nie pon slalu gak buat rendang.. tapi rendang ayam kampung jew...

Mas said...

sedappnya tengok daging tu kak...
makan ngan roti pun sedapp tu..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lawan dengan nasi lemak pun sedap rendang ni kan ta....