Follow if you like

Jun 25, 2011

PISANG GORENG CRISPY

Assalamualaikum....

Ketika anda membaca catatan ni mungkin ita dah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk bercuti bersama anak2. Ita akan ke Putra Jaya dulu untuk bertemu dgn anak ita Azrul, tidur semalam di KL dan akan ke Kuala Lipis keesokkan harinya.

Nampaknya cuaca hari ni sangat baik. Cahaya terang benderang dengan matahari yg menyinar cerah. Sebelum ita bercuti ita akan tinggalkan satu resepi yang cukup simple untuk dikongsikan bersama.


Bila kita bercerita tentang pisang goreng.. ita tau rata2 semua menyukainya. Ita pun suka sangat makan pisang goreng walaupun sebenarnya ia mengandungi kolestral yg tinggi kerana pisang goreng digoreng dgn jumlah minyak yg banyak. Sebenarnya membuat pisang goreng ni bukan lah sesukar mana. Tapi masalah yg selalu ita hadapi bila pisang tidak rangup dan tepung yg menyalut pisang tu akak liat setelah pisang tu sejuk.

Semasa singgah kat rumah Kak Madiha hari tu ita nampak lah kak Madiha goreng pisang yg dikatakan sangat crispy! Pucuk dicipta ulam mendatang... memang ita tak sabar untuk mencuba resepi dari kak Madiha ni.


Kebetulan hari tu suami ita ada belikan ita pisang nangka. Pisang nangka adalah pisang yang paling ita suka jika digoreng. Tapi untuk mendapatkan pisang nangka sekarang adalah sangat payah. Lama dah ita idamkan nak makan pisang nangka goreng ni. Akhirnya dapat jugak ita rasa pisang yg ita idam2 kan ni setelah bebulan2 ita mencari.

Pisang ni suami ita beli di Pontian. Kebetulan sekarang dia mmg sibuk ulang alik ke sana dgn projek barunya tu. Dulu masa ita duduk rumah lama, ita selalu beli pisang goreng yg jual kat taman tu. Kerana kat situ aje yg ada jual pisang nangka. Mak cik yg jual pisang tu sampai dah kenal dgn anak ita Azrul. Setiap kali lepas habis sekolah ita akan singgah kat situ dan beli goreng pisang. Kadang kala mak cik tu dah siapkan awal2 kerana dia tau ita pasti singgah. Ita sukakan kerangupan pisang goreng mak cik tu sedap! pulak bila kita makan bercicahkan sambal kicap... wallaaaa.... terangkat!!


Sekarang ita juga berpuas hati dgn resepi dari kak madiha ni. Pisang goreng yg sangat crispy! sejuk pun masih crispy lagi... Sambal kicap kak madiha juga sedap! cuma ita tambahkan sedikit gula merah.. tak banyak hanya sesudu aje.. mmg sedap! Mungkin ita akan gunakan resepi ni lagi jika ita nak goreng pisang.. Kepada kak Madiha terima kasih kerana berkongsi resepi pisang yg crispy ni... Ita minta izin tuk share kan dgn kawan2 kat sini pulak ye kak!

MyKitchen's Recipe

PISANG GORENG CRISPY

Pisang yang sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
400 ml air 
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam

Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas.  Kisar sehingga batter sebati, rata & halus.  Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter.  Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos.  Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.  

SAMBAL KICAP

8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
Kicap manis secukupnya

Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.

13 comments:

Anna Qawina said...

sedapnya mkn pisang goreng pepagi ni kak..ada sambal kicap lg..kalau saya..pisang jela..hihi

Mas said...

mas pun suka sangat pisang nangka goreng...
sedappkan kak...
nanti nak try gak la adunan batter resepi kak madihah ni....
selamat berjalan kak ita...
enjoy yerk...
moga selamat pergi dan balik...

Kak Rose said...

ita, mmg susah nak dapat pisang nangka sekarang ni kan... sedapnya cicah ngan sambal kicap. suker sangat!

Lovely Kitchen said...

kak ita!!! anto nagoya sket...kat sini ada pisang philipines jek...tu pun utk mkn terus...kalau jumpa yg masih hijau mmg e-na belasah je buat pisang goreng..;p
last month ada juga jumpa pisang tanduk, beli terus 2 ketul...sedap sungguh dpt kn grg pisang tanduk n pengat pisang tanduk..lepas sikit rindu kt grg pisang...

tun_telani said...

sedapnyer nmpk pisang goreng kak ita!
tun dh menyalin dah resepi kak madihaa nih, cuma xde pisang nk goreng. hehe

Juwita Jamaludin said...

Selamat jumpa anak-anak kak.. tentu seronokkkan hilang rasa rindu.. kat japan susah nak dapat pisang yang boleh goreng ni. pisang makan je ada..

nonierahman said...

sedapnya kak ita makan pisang goreng ngan sambal kicap...
apa2 pon selamat bercuti yer

Gee® said...

walla...pisang goreng & sambal kicap...memang cocok sekali... krap krup la yer ita

Nieza said...

pisang goreng memang my fav...tambah pisang nangka suka sgt..kat sini pun ada jual nanti boleh try resepi ni ....btw happy weekend yer kak:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

selamat bertemu anak2 buat Ita.. mesti seronokkan.. dpt celebrate besday ita dengan anak2 pula nnt.. & tak lupa.. terima kasih sudi mencuba resepi yang akak kongsikan. seronok bila ita puas hati dgn resepi tu..

ShashaCatering said...

Saya suka sambal kicap tu. Sedaapnyer ;)

noorsafone said...

sedap pisang nangka...goreng crispy pulak...cicah dgn sambal kicap...meleleh ...

kak idA Idrus said...

thanks sis..blog sis mmg byk membantu akak dalam penyediaan masakan utk seisi keluarga... mmg terbaek... kebanyakan resipi yg ada disini telah akak cuba dan menjadi..

Powered by Blogger.