Follow if you like

Jun 4, 2011

MI REBUS TULANG

Assalamualaikum.....

Masih ada lagi ke yg masih meneruskan puasa sunat Rejab??? Hujung minggu dan cuti persekolahan memang cabaran untuk meneruskan puasa , al maklumlah musim orang buat kenduri khawin. Itulah cabaran yg paling utama. Nak pergi puasa... tak pergi orang dah jemput... kadang kala serba salah dibuatnyer...

Kalau kita dapat berpuasa sunat Rejab sehari, diberi pahala seperti berpuasa 40 tahun dan diberi minum air syurga dan juga di beri pahala seperti mengerjakan ibadat seumur hidup.
Jika puasa sehari itu ditambah dgn ibadat sedekah maka, pahalanyer akan ditambah seperti seribu kali ibadat Haji dan Umrah.
Dan kalau kita berpuasa 2 hari, akan dilipatgandakan pahala ibadatnya.
Renung- renungkan dan selamat beramal.....


Masak apa hari ni?? emmmm... sedapnya bauu... sampai menusuk masuk ke dapur ita ni... kalau berjiran dapatlah merasa sepinggan.
Semalam ita buat mee rebus untuk berbuka posa. Mee rebus memang fav ita sekeluarga. Kalau kat Johor ni Mee rebus Haji Wahid adalah yg paling popular dah memang terkenal ita rasa satu Malaysia lah! kalau zaman dulu2 masa ita kecik2 ada lagi satu mee rebus yg cukup popular di Johor iaitu mee rebus Lan Janggut. Yang ni lagi kaw! kaw! mee rebus dia. Ingat lagi ita selalu makan dgn family ita masa tu.. Gerainyer dekat dgn Texi Stand di JB. Rasa2 kalau  penduduk lama JB mesti kenal mee rebus Lan Janggut. Sekarang dah tak de lagi dah! ita pun tak tau mana lah perginyer... mungkin dia tak turunkan pada anak2.. atau anak2 tak berminat tuk meneruskan perniagaan keluarganya.

Sekarang yg tinggal hanya Haji Wahid, satu gerainya di Plaza Angsana JB dan satu lagi diusahakan oleh anak perempuannya di Taman Rinting. Kat sini pun ita selalu gi makan, dan yg paling ita suka nasi ayam dia sedappppp...!!
Ada lagi satu gerai mee rebus dulu kat Stulang, sekarang pun dah tak de sejak tempat tu dibangunkan tuk projek pembangunan Iskandar.


Lagi satu yg ita selalu pergi makan aaa... yg ni Dalili suka. Sebab dia makan bawah pokok dan dalam pondok2 kayu beratap nipah. Makan sambil bersila lagi tau! tapi tak tau lah orang Johor tau tak! tempatnya di Jalan Abdul Samad dan bersebelahan dgn Yayasan Warisan Johor. Disini dia jual macam2 versi mee rebus. Ada mee rebus biasa, mee rebus daging dan yg paling popular mee rebus tulang. Waaaa... siap makan pakai straw lagi tau!

Hari ni ita buat mee rebus tulang. Tapi tak lah pakai straw sebab ita guna tulang rawan. Resepi macam biasa ita skodeng kat dapur Kak Jee. Tapi mee rebus kak jee tu guna tetel. Ita mula2 nak buat yg guna tetel tu tapi habis round satu pasar tak de pulak jual tetel semalam, tu yg langsung ita tukar idea buat mee rebus tulang.


Bila kak Jee kata mee rebus ala Hj Wahid, adoi! ita apa lagi tak sabar nak mencuba! Bila semak resepi yg kak Jee sertakan banyak sangat kelainan dgn resepi mee rebus yg selalu ita buat. Mee rebus ni menggunakan kerisik, kacang tanah dan tauco yg selama ini ita mmg tak pernah letak bila ita buat mee rebus. Tu yg tak sabar nak mencuba. Mee rebus yg selalu ita buat memggunakan sedikit rempah kari dan halia,  dalam resepi kak Jee tak de pulak dalam senarai...

Bila dah buat dan dah merasa... emmm... ada sedikit kelainan.. Kalau peminat mee rebus Haji Wahid mungkin ia akan katakan tak sama... ini bedasarkan dari pandangan anak2 ita.. yg memang peminat setia mee rebus Hj Wahid. Tapi sedap jugak tau! memang rasa lain... tapi sedap! susah ita nak jelaskan perbezaannya... tapi memang berbeza tapi sedap! macam mana tu ye! boleh lah cuba kalau nak merasa..

Terima kasih kepada kawan kak Jee, kak Sharifah Rosidah yg sudi berkongsi resepi yg sedap ni.. Terima kasih juga kepada kak Jee yg sudi sharekan resepi kawannyer ni di dalam blog kak Jee. Ita minta izin tuk share kat sini pulak lah ye!


MyKitchen's Recipe

MI REBUS TULANG
adaptasi dari resepi  MI REBUS BADALI
by: Kak Sharifah Rosidah
sumber : Kak Jee

 ½ kg Daging tetel lembu (direbus hingga lembut) ita guna tulang
10 biji bawang merah *
5  ulas bawang putih *
1 peket kecik taucu *
1 sudu kerisik *
2 biji keledek (direbus dan kisar)
3 batang serai dititik
2" lengkuas dititik
½ mangkuk kecik kacang tanah disangai dan ditumbuk
cili kering (ikut kepedasan sendiri. Direbus dan dikisar)
garam
sedikit gula melaka - ita tambah
kiub daging - ita tambah

Panaskan periuk. Tumis semua bahan yang bertanda * hingga wangi. Campakkan juga serai dan lengkuas. Kemudian masukkan tetel dan air rebusannya sekali. Apabila sudah mendidih, masukkan keledek dan biarkan mendidih lagi dengan api perlahan. Rasa garam dan bubuh sedikit pak aji, kalau suka. Akhir sekali masukkan kacang tumbuk. Cili kering kisar ditumis asing dan masukkan ke dalam periuk bersama minyaknya.

Untuk hiasannya, diperlukan telor rebus, daun sup, bawang goreng, cili hijau dan merah, tauhu digoreng dan dipotong dadu serta lima kasturi. Celur mi dan juga taugeh. Bubuh dan mangkuk taugeh dan mi kemudian hias dengan bahan2 hiasan dan curahkan kuah. Kalau suka boleh juga dimakan dengan kicap.

13 comments:

Kjee said...

Salam Ita. Insya allah Kjee cuba sempurnakan puasa sunat rejab buat hari keduanya hari ini. mujur tak de jemputan kahwin. Anyway, terima kasih kerana mencuba mi rebus Sharifah Rosidah, yang asal Wadi Hana, Johor. Kjee memang tak pernah makan mi rebus Hj Wahid. Tapi dek Shida kata itu mi rebus hj wahid, kjee pun tulislah. tapi suamai dia kata mi rebus badali. wallahualam.

Mas said...

akak...nak semangkuk..
sedappnya tengok......
terliur dah ni tau...
mas memang suka mee rebuss...

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

perhhh x terkata sedapnyerrrrrrrrrrrrrr....terlioq cheq kat cini

Juwita Jamaludin said...

salam kak ita.. sedapnya nampak mee tu.. ita bawa pinggan ni nak cikit..:)

ashiekien said...

memg sedap mee rebus ni.......bila sebut mee rebus lan janggut..teringat masa g belajar taip lah masa tu kt KOMTAR...balik mesti pekena mee lan janggut....memg rindu lah saat2 tu....dah xde lagi lah kan....

ShashaCatering said...

Sedapnya mee rebus. saya suka ;)

AZLITA AZIZ said...

wasalam kak jee..
terima kasih kerana sudi sharekan resepi ni..
Memang lain dari yg lain rasanya.. sedap! anak2 dan suami ita pun suka.. sesekali kita tukar cara penyediaan yg berbeza.. memang teruja nak cuba dan nak rasa..
oo.. kak Jee tak pernah makan lagi ke mi rebus Hj Wahid..
tak pe nanti kalau kak Jee turun johor kak jee bagi tau ita.. hihi nanti ita bawak round satu JB kita pi pekena mee rebus hihi macam2 mi rebus ada kat JB ni dan semua sedap!

AZLITA AZIZ said...

Akak pun suka mi rebus mas.. kalau dlm seminggu sekali mesti gi makan mi rebus.. sebab klu nak buat masa ni lah baru dapat buat bila anak2 cuti.. klu tak akak jugak yg nak kena bagi perabis...

AZLITA AZIZ said...

ayu.. terliur dah!
bak sini mangkuk biar akan tapawkan.. :-)

AZLITA AZIZ said...

wasalam Juwita
meh sini pinggan tu akak buh!
tulang lebih ya! :-)

AZLITA AZIZ said...

tu lah eikien.. mi rebus Lan Janggut memang dah tak de..
akak pun suka jugak mi lan janggut
akak pun selalu gi makan mi lan janggut dulu sementara tunggu bas tu akak kena lah dulu mi sepinggan pas tu gi makan pulak ABC kat kedai bulat kat pasar lama tu.. aiii... kenangan dah! semua dah tak de...

AZLITA AZIZ said...

hihi akak pun suka Shasha..
cuba yg ni pulak lain sikit caranya tapi rasanya pun sedap!

sharifah rosidah said...

Salam Puan Azlita,

Kita saja goggle nama sendiri, tup tup terkeluar nama kita kat blog awak. Tak sangka pakar masakan sudi juga cuba resepi kita. Kita ni asal kat Wadi Hana...tapi sayang Wadi Hana sekarang tak macam masa kita kecik2 dulu...tau je lah keluarga arab ni tanah kat bandar sibuk nak jual..sudah nya sekarang masing duduk jauh dari bandar.

lan janggut tu asal nya pekerja hj wahid baidali. Bila dia dah pandai buat kuah mee, dia behenti dan buka kedai sendiri...kedai pertama dia kat atas tapak city square...situ dulu kan tapak warong2. Sejak dari itu hj wahid baidali tak ambik orang luar tolong dia...semua kedai anak anak sendiri yang berniaga..kedai mee baidali yang paling popular adalah di Plaza angsana..kat situ anak dia yang saya panggil bai berniaga dan kedai mee rebus terlaris di Johor Bahru satu hari kuah mee 20 periuk habis(periuk besar).

Powered by Blogger.