Follow if you like

Jun 27, 2011

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES

Assalamualaikum....

Adoiiii... ramai rupanya yg masih terkenang2kan kampung halaman... Teringat ayam dan itik dikampung.. tak lupa ayah dan juga bonda tersayang... Walauapapun yg bermain di fikiran saat ini.. setiap kenangan itu pastinya akan menjadi kenangan terindah dan  memori yg tak dapat dilupakan...


Alhamdulillah selamat ita pulang ke rumah walaupun penat seharian dalam kereta. Keadaan lalulintas pun boleh tahan juga dengan kenderaan yg berbaris atas jalan raya.. Mujur ita tak terlibat dalam kemalangan di lebuhraya KL - Karak, apabila kereta yg terlibat dalam kemalangan melintang ditengah jalan raya di satu selekoh yg tajam... mujur suami ita sempat membrek kereta dan kebetulan kereta di belakang agak jauh.. kalau tidak pasti kereta yg ita naiki dah terperosok bawah tereler di sebelah.


Sebelum ita berangkat, anak ita ada telefon dan minta buatkan cookies, oleh kerana masa yg agak begitu suntuk, ita mengambil keputusan untuk buat cookies dari Naz. Kebetulan hari tu Naz ada minta ita ambil kad yg naz buatkan sempena ulang tahun ita. Terima kasih Naz atas kiriman kad itu, terharu rasanya walaupun akak sedikit terlewat mengambilnya... maaf ye naz...


Berkenan sangat dengan cookies yg nas buat, dan melihatkan cara2 membuatnya yg agak simple, membuat ita terpanggil untuk membuatnya. Ita buat 4 adunan kerana 1 adunan yg diberikan hanya dapat cookies dalam jumlah yg sedikit. Pasti tidak cukup untuk anak2 ita yg tinggal diasrama yg pastinya akan berkongsi makanan dgn kawan2.

Cookies ni, boleh ita katakan rasanya seperti kuih suji atau kuih makmur. Cookies yg sangat lembut dan mudah rapuh. Memang cair dimulut dan hanya perlu di kesep dgn lidah aje.. emmm... lembut dan sedap! Ita terlebih rajin dan ita jalurkan dgn coklat masakan cair. Lain kali kalau ita buat ita ingat ita nak letak badam atau gajus didalamnya..  Boleh juga kalau kita nak letakkan choc chip   pasti lagi lah bertambah sedap!


Cookies ni sangat sesuai untuk sajian di Hari Raya. Memandangkan Ramadhan yg akan muncul bersama Shawal tidak lama lagi.. apa kata kita jadikan cookies ni sebagai salah satu hidagan untuk para tetamu..

Kepada Naz akak minta izin untuk share resepi cookies ni disini pulak lah ye! Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi..

MyKitchen's Recipe

MELT-IN-MOUTH GERMAN COOKIES
by: Happy Home Baking
sumber: Naz's CUTE OVEN, SMALL KITCHE
 
125 gm butter, dilembutkan pada suhu bilik
40 gm gula icing, diayak
1 teaspoon vanila paste , untuk biskut perisa vanilla
2 teaspoon serbuk koko, optional(ditambah jika ingin mendapatkan biskut perisa coklat)
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum

Di dalam mangkuk pengadun, pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan. Tambahkan asen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan juga potato starch ke dalam adunan. Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit(Naz simpan 20 minit).
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dengan diameter lebih kurang 2cm dan susun di atas loyang pembakar yang telah dilapik dengan kertas pembakar. Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak(celup garfu ke dalam air selepas setiap kali penggunaan untuk mengelakkan doh melekat pada garfu).
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama15 minit di rak yang paling atas(tidak perlu membakar sehingga biskut bertukar warna menjadi warna perang).

22 comments:

NADYA ANWAR said...

cumelnye cookies akakkk.. terguda sayer ;)) rase macam nak raya la pulak hehehhe..

Gee® said...

perfect cookies perfect shoot...!! memang seni tgn ita nih... nk belajar lah ngan ita bleh?

Ida,Japan said...

gojes2 k'Ita....nmpk kehalusan seninya di situ

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

wahh.. sedap ni.. memang rapuh & lembut.. sepupu akak pernah buat & bagi rasa.. memang cair di mulut..

Naz said...

Wah.. Kak Ita pun dh buat yer.. Siap Ada drizzle coklat lagi.. Aahh.. Next time kita upgrade lg biskut ni dgn tambahan bhn lain kan..

Mas said...

rajinnya akak sorang ni mencookies...
nak sebalang kak...
sedappnya tengok...

ijayuji said...

Salam kak! mekaseh tolong jwbkan soklan yg kat bwh tadi tuu, tp pelik lerrr gmbr akak sume bersih2 gituuu, mcm mana nak ckp ya hihihi... cantek sgt! kita suke! agaknyer nak kena tukar canon jugak yerr kita guna D90 tp bila masuk kat blog atau mana2 lah dia tak jd clear mcm gmbr akaklah, kalau edit pun dia tak secantik ni, tp bila di cuci kat kedai gmbr jd cantek pulak, kita kompius ni kak hihihi... bukan aja mbr cantek hasil tgn akak pun walahhhhhh..kata org jawa telaten! kemasss jerrrr :-)

Ucu Faridah said...

sedapppnye...bila ucu makan pasti x cukup sebalang ni...nyomel2...

Zaliedana said...

Assalam kak ita,
Wah comeynyer kukis akak nih,Hasil kerja tangan akak semua nmpk sedap,Pic pon cun sgt kak..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ita.. ni mesti sedap siap promote lagi..melt in yr mouth ..aduh tak tahan lah!!

♥LOVE2COOK♥ said...

I can imagine those cookies melting in mouth dear!!! Ooooo yumm...delish! :D

Juwita Jamaludin said...

salam kak ita.. syukur kak tak de apa2 terjadi.. seram saya membaca dan membayangkannya.. cantik kak cookies ni.. hasil kerja akak kemas je.. kagum saya

Ummi said...

Ita, cookies ada lebih tak? Esok pagi hantar ke Kuantan sikit eh...nampak sungguh mengoda...adeeiii

noorsafone said...

Ita...biskut yg sedap & gambar yg cantik..macam dh nk raya pulak,nampak biskut2 ni.

Tim said...

Sis..minat nak buat.tp nape kene letak rak atas skali masa bakar?means i xboley bake skali 2 tray ye?n api bawah buka ke x?

Xora said...

baru cuba buat malam tadi. memang sedap dan cair dalam mulut. saya letak nescafe utk rasa kopi pasal kueh raya dah byk sgt perasa coklat . :)

Juliana Azhari said...
This comment has been removed by the author.
Juliana Azhari said...
This comment has been removed by the author.
Juliana Azhari said...

Salam Kak Ita,

I dah cuba ur recipe ni..it turns out well... :) but I jjust made some changes on the way the cookies looks :D . Below are the link ...

Aieshah's Cookies and Cakes (http://aieshahs.blogspot.com): Vanilla German KISS#links

Juliana Azhari said...

Salam Kak Ita,

I da try resepi akak ni...best sgt so i link you my post :)


Aieshah's Cookies and Cakes (http://aieshahs.blogspot.com): Vanilla German KISS#links


TQ

Noordiana Zainal said...

salam kak ita, saya mmg nak buat german cookies yg saya belajar dr kelas bakeri yg saya hadiri. Saya cadang nak buat utk sales Ramadhan. Sukatan same mcm akak punye. Cume saya nak mohon gune idea paip coklat di atas. Idea yg simple tp membuatkan cookies lagi menarik. Halalkan ye kak. Saya suke bace blog akak. Selamat menyambut Ramadhan kak Ita.

Izza Ismail said...

Salam kak ita. Nak tanya, potato starch tu blh ke digantikan dengan tepung lain. Memandangkan kat sini payah nk jumpa tepung kentang tu

Powered by Blogger.