Follow if you like

Jun 8, 2011

LONTONG KERING

Assalamualaikum...

Adoiii... semalam memang lepak! Satu hari ita dok kat dapur menyediakan hidangan tuk tetamu yg bertandang ke rumah. Ita pulak posa semalam tu yg terasa lepak sangat! tapi seronok bila tengok tetamu menikmati hidangan yg kita masak..kan?? Bila posa2 masak.. tu ada payah sikit bab nak merasa.. harapkan anak2 lah yg merasa entah ok entahkan tidak..


Semalam ita buat Lontong Kering. Pernah dengar tak Lontong Kering??. kalau kat JB lontong kering juga adalah salah satu menu yg cukup popular. Tapi biasa jual di sebelah pagi aje.. orang buat tuk sarapan. Tapi menu ni agak berat sebenarnya tuk BF tapi sangat sedap! kalau kat Johor ni yg ita tau lah sekarang yg jual lontong kering ni kat Hutan Bandar JB. Tempat lain tak tau lah ada tak jual.


Dulu masa ita bujang dan dok menyewa kat flat Bukit Cagar, jiran depan rumah ita.. mak cik tu dia ada meniaga kat warong.. entah kat mana warong dia ita pun tak tau.. Tapi setiap hari sebelum dia gi meniaga ita akan gi beli dulu lontong kering dia. Tu mmg subuh2 lagi ita kena ketuk pintu rumah dia kalau lewat dia dah pergi berjaja. Lontong kering dia sangat sedap! kadang2 sampai kawan2 kat off pun kirim.. adoii... serondoh serandah lah ita dok gi kerja dgn bawakkan kiriman kawan tu.. aiii.. ilang glamour sekejap! sampai minyak wangi yg disembur pun dah habis ilang dek bau lontong ni.. nak buat macam mana demi kawan2... hihi


Lontong kering ni orang jarang nak buat sebab dia ni renyah sikit! maksud renyah tu tau tak?? aaa.. dia makan dgn banyak lauk yg nak kena kita sediakan. Kalau tengok sebijik macam kita makan di pagi Hari Raya. Jom kita tengok apa yg kita perlu sediakan tuk hidangan Lontong kering ni..


Mula2 kita kena sediakan nasi impit dulu. Nasi impit ni boleh buat sendiri atau kita beli yg dah siap dalm peket2 tu , tinggal rebus aje.. macam jenama Nona atau Adabi lain2 brand ita tak pasti. Rasa banyak lagi brand lain di pasaran. Kalau kat JB ni ada jual yg dah siap rebus di pasar. Yang tu lagi mudah balik tinggal potong2 aje pas tu dah boleh ngap!


Pas tu kita sediakan pulak rendang. Kali ni ita buat Rendang Ayam. Resepi ni resepi dari mak yg memang selalu ita gunakan setiap kali nak buat rendang tuk Hari Raya. Sebab anak2 dah serasi dgn rendang ni dia tak mau mak dia masak rendang lain kalau Hari Raya. Selain rendang ayam kita boleh juga buat rendang daging. Kalau boleh jangan kering sangat biar ia berkuah sikit. Jom kita tengok cara penyediaan rendang my mum style! hihi

RENDANG AYAM

1ekor ayam - potong ikut suka
2 cawan santan pekat - 1 biji kelapa
1/2 cawan kerisik
2 helai daun kunyit - mayang halus atau disiat2
2 helai daun limau perut - disiat2
garam dan gula - secukupnya
3 keping asam keping
1 buku gula melaka
rempah tumis (4 sekawan)
3 batang serai - dititik

Bahan Kisar


10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
25 biji cili api
2 helai daun limau perut dan sehelai daun kunyit di kisar bersama bahan diatas

Ayam dibersihkan dan potong kecil. Basuh dan toskan. Kemudian digaul dgn garam dan kunyit dan digoreng 3/4 masak. ketepikan
Kemudian tumis rempah tumis. Masukkan semua bahan-bahan yg dikisar ke dalam kuali besar bersama2 serai yg dititik dan tumis hingga garing dan harum.
Masukkan santan.
Masukkan gula melaka biarkan ia cair pas tu masukkan  asam keping , kerisik, garam dan gula secukup rasa.
Setelah mendidih barulah masukkan ayam.
Masak dengan api sederhana sehingga ayam lembut dan kuahnya pekat dan naik minyak.
Rasakan garam dan bila telah pekat taburkan daun limau perut dan daun kunyit. Biar sekejap.
Siap untuk hidangan.


Kemudian kita sediakan pulak sambal tumis udang. Ini lagi satu resepi dari mak ita. Sambal tumis udang ni memang dah serasi dgn kami sekeluarga. Boleh kata semua keluarga ita sukakan sambal tumis mak ita ni. dan yg jadi ahli keluarga kami pun turut terpikat dgn resepi sambal mak ita ni.. macam suami saya!. hihi
Anak2 dan anak2 buah ita semua pangil sambal ni sambal Tok Yah. Jom ita sharekan kat sini pulak.

SAMBAL TUMIS UDANG TOK YAH
1/2 kg udang - dibuang kepala dan ekor, dibasuh gaul dgn garam dan goreng sebentar agak2 merah aje...jgn sampai garing tau! angkat dan ketepikan

1/2 cwn air asam
1 sudu teh garam
secubit pak aji
5 sudu makan gula boleh tambah boleh kurang tapi kalau sambal ni manis sikit sedap!
1/2 cawan minyak masak

Bahan Kisar
RM 1.00 lada kering - direndam hingga kembang basuh dan toskan
15 ulas bwg merah
6 ulas bwg putih
belacan sebesar duit 50 sen

Tumiskan bahan yg dikisar hingga garing dan naik bau. Tumis biar lama sikit tapi jaga jangan sampai hangus.
Masukkan air asam , gula , garam dan pak aji secukup rasa. Biarkan merenih.
Akhir sekali masukkan Udang biarkan sebentar siap utk di hidangkan.


Lepas tu kita kena sediakan pulak Sayur Goreng ala Jawa ni. Barulah lengkap menu kita tadi, ada ayam, ada udang, ada nasi dan sayur-sayuran. Jom kita intai pulak resepi ni.

SAYUR GORENG ALA JAWA
4 keping tempe - dipotong dadu dan digoreng
3 keping tauhu - dipotong dadu dan digoreng
10 gm suhun - direndam
Kacang panjang - dihiris serong
10 ekor udang - dibuang kulit
1keping tauhu kering - direndam dan dipotong
4 ulas bawang merah - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu kicap manis
1 batang cili - dihiris
1 inc halia - dihiris halus
garam secukup rasa

Panaskan minyak dan tumis bahan yg dikisar hingga garing dan harum. Setelah itu masukkan udang, kacang panjang, suhun, tauhu kering, tauhu, tempe, cili dan gaul rata. Kemudian masukkan kicap manis bersama garam. 


Fuhhh!! dah berpeluh2 dah ni... Jom kita sediakan Serunding dan sambal kacang pulak! Ok untuk resepi sambal kacang boleh rujuk resepi yg ita masukkan sebelum ni di SINI
Sekarang kita nak buat serunding kelapa. Serunding ni kita boleh sediakan awal sebab dia tahan lama. Simpan dalam bekas kedap udara dan letak dlm peti ais. Memang tahan! 

SERUNDING KELAPA

1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja dan pilih kelapa yg agak muda
10 tangkai cili kering
1 inc halia
3 batang serai
1/2 inc lengkuas
1/2 cawan udang kering
1 cawan ikan bilis
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1/2 inc belacan
1/2 inc kunyit
1/2 cawan air asam
garam dan gula secukup rasa

Kisar kesemua bahan diatas kecuali kelapa. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan kering. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula rasakan semuanyer biarkah secukup rasa. masaklah hingga kuah pekat dan kering. Setelah garing masukkan kelapa dan masak hingga betul2 kering dan berderai.


OK! dah siap jom kita makan...



berdebar2 tunggu reaksi dari para tetamu. Apa lah rasanya kan???

Ok! lah tuuuuu.... hehe


16 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Sedapnya Kak Ita... rajin ..macam dah raya nampak gayanya

Anggerik Berduri said...

wah..mak kiter pun bwat lontong kering kat umah..sdih sbb kita kat KL..sob²...

Nina Mirza said...

Ya Allah, Kak Ita ...... !!!
boleh koma Nina dibuat nyerr ~~
Sangat menyelerakan tengok gambar2 akak nie !!
teringat Nina kat sambal Udang Mak Mertua. Sama resipi nya dan ur picture mmg tampak REAL mcm my mother in low punya sambal udang yg dah lama Nina tak makan.
Aarrghh .... !! Rindunya sambal udang. Hrrmmm .... Bila lah dapat Nina pula dpt merasa air tangan Kak Ita ...??
hehehe . . ..

Mylady said...

Fuh..terleleh jek air liur tengok setiap gambar..rasanya cam tengah tengok entry untuk open house raya, then baru tersedar..aik..puasa lom lagi nih...hehehehe

Mas said...

wahhhh...macam2 ada...
semuanya sedappp...
rajinnya kak ita masak......

Nurul said...

Sedappnya K Ita.... Dah bunyik perut ni tgk masakan K Ita... Rajin betul akak sorang ni.... :D

alinac lover said...

best nyer..teringin nak try

ct N honey said...

emak orang Johor tapi tak dengar pula lontong kering ni,tahu banjir aje byk kuah
Budget ciput ini ajelah hasilnya

Ida,Japan said...

fuhhh..K'Ita, tengok pun dah meleleh air liur..cam raya la pulak, meriah sungguh nmpk lontong kering ni..nak buat fikir panjang dulu sbb byk sgt pelengkap dia..rajin k'ita

Ucu Faridah said...

salam..k.ita, sedapnye...akak mmg teror la..posa2 pun rajin baget...

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

posa2 pun kak ita rajin...
kak ita berdarah jawa ke?
ada sayur goreng tu, sedapnya...

Ummi said...

Ita niiiii...wat perut akak lapor jek taaauuuu....kiijaaam x ajak akak makan sama...Apapun pahala berganda org berpuasa menyediakan makan tuk tetamu...kan..

zuraida said...

ita.. bestnya.. mana makcik yang berniaga tu pergi ye? dia still berniaga @ anak dia ambil alih?

aida dulu pun rajin kirim kat ofismate belikan. sedap sungguh makcik tu masak kan... kengkadang, sambal kerang dia pun aida soh beli. terbayang2 lontong kering dia.. aduyai.

CT Delima said...

As'salam Ita

Ct selalunya makan lontog kering ni kat gerai Sg Chat tu depan pantai Lido tu Ita. memang sedap makan lontong ni. mahal rega nya. biasalah menu macam2 kan. Kalau nak makan macam malas nak buat, memang renyah. cara penyediaan tu sama jer macam nak buat nasi ambeng tu. banyak sangat bahan2 nya.

Oh dulu Ita duk flat bukit cagar rupanya. ada juga kawan2 ct dan mak angat yang duk kat sana. Mana lah diaorang tu pegi sekarang ni erk.

Liza Othman said...

assalam kak,
terima kasih share resipi ni..
ni memang menu kegemaran yg dijual di pasar ramadhan masa sy belajar di UTM skudai dulu..kali terakhir sy makan tahun 2005..lama dah :)
bulan puasa ni teringat lontong kering, google resipi terjumpa blog akak :)tq

Anne Idris said...

Sedap3
www.mommyanneshop.com

Powered by Blogger.