Tuesday, June 7, 2011

KUAH KACANG

Assalamualaikum...

Hari ni tuan rumah teramat busy.. Kerana ada tetamu yg akan bertandang ke rumah. Jadi nak lah kena masak2 sikit. Pas tu nak kena kemas rumah yg bagai dilanda tsunami ni.. biasa lah bila anak2 balik rumah ni memang macam kapal pecah.. hihi Kelang kabut lah tuan rumah ni hari ni..


Menu pertama yg akan disajikan untuk tetamu yg bakal datang rumah hari ni.. Kuah kacang. Kuah kacang ni memag fav ita suka sangat makan. Paling seronok tentulah bila dimakan bersama nasi impit dan satay. Kuah kacang ni selalu buat bila hari raya aje.. hihi tapi hari ni ita buat lah sikit tuk merai tetamu kita.

Resepi kuah kacang kali ni ita ambil dari My Resepi. Resepi dari Dayang Jack. Sedap tau resepi Dayang ni. Tapi ita terlebih buh cili tu yg ada pedas sikit. Pada ita dah OK cuma anak2 aje yg kata pedas.. Jom lah kita layan kuah kacang ni dulu pagi2 ni.. nanti jap lagi ita masukkan pula menu yg lain..


Sebelum terlupa nak ucapkan terima kasih pada Dayang yg sudi berkongsi resepi kuah kacang ni. Ita minta izin tuk share kat sini pulak lah ye!
Hari ni BW ita mungkin selepas tetamu pulang lah ye! sebab memang sibuk giler ni.. aii.. mengalahkan nak sambut Menteri pulak! hihi

MyKitchen's Recepi

KUAH KACANG
by: Dayang Jack

300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1 batang serai*
1/2 inci halia *
3 cm lengkuas*
1/2 inci belacan bakar*
1 batang serai (diketuk)
5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
2 sudu makan gula merah/gula melaka
garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
air secukupnya

Kisar bahan2 bertanda *
Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya.
Hidangkan setelah masak.

Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.
kuah kacang ini sgt enak dimakan bersama nasi impit, sate, roti kosong, dsb.
untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan 


14 comments:

Mas said...

amboiii..sape tetamu tu...
mesti sedapp2 juadah untuk tetamu tu...

akak..mas pun baru belajar nak buat kuah kacang...
mas copy resepi yerk...nanti nak try buat gak...

Mekar said...

Salam.

Bertuahnya tetamu akak yg nak datang tu. samapai busy teramat busy ya :-)

mymekar.com

Diana @ Melley Mey said...

sedaaapnya kuah kacang nie...

Wanieyra said...

kak, ira baru je balik kedai beli nasi impit, ingat nak makan dgn kuah kacang.....rupanya akak dah buat dulu

Mylady said...

arghhh..tensennya..silap betul la menjenguk blog kak ita sebelum waktu berbuka..walaupun gambar jek, tapi dah menggoncang iman..takpe..takpe.. sabar...5jam++ jek lagi..hehehehe

Nur Ede said...

Salam Ita...
Sedap tu... kuah kacang makan ngan nasi impit..ada pulak satay... mmg bertambah tambah sedap lerr... bertuah sesiapa yang menjadi tetamu Ita tu... alhamdulillah..

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ita.. Saya suka dtg umah akak ni intai mknan.. Ihiks.. Nak sikit kuah kcg.. Nampak cantik sebab keluar minyak...

Ida,Japan said...

adehhh...kuah kacang k'ita ni, buat ida terleleh la...nk buat tak terbuat2....suka juga

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

kuah kacang... sukanya!
hidangan wajib time raya!

mutiara hati said...

Salam kak ita, sedapnya... nak cubalah pulak.... kesukaan saya tu...

w.n.h said...

akak....aduhhh sedapnya nampak lontong tu....saya tak pernah makan lontong..selalu tengok org jual lontong, tapi lontong yg makan ngan kuah lemak tu....huhu..terliur habis ni....dan sekali lagi jeles sangat2 dgn gambar akak...sgt2 la cantiknya..best2 ^_^

cik.nisa.khaidir said...

nampak sungguh yummewwh! saya rembat resipi ni ye... nak cuba buat this sunday! :) tenkiu

Ruzqy ShahWanie said...

saya baru je cuba resepi kuah kacang ni utk breakfast pagi ni.. makan ngan nasi impit.. ibu saya btambah2 makannya.. sedap katanya.. cuma saya tak taruk belacan pasal ibu saya sensitif belacan haha.. nway thanks kak ita n kak dayang.. resepi yg cukup senang utk dicuba..

PakManJutawan said...

4 cawan air 1.5 sdt garam 1 sdm gula pasir