Follow if you like

Jun 6, 2011

HAPPY FAMILY CUP CAKE



Assalamualaikum...
Inilah Red Velvet Cup Cake yg ita buat tuk anniversary. Ita namakan Happy Family Cup Cake. Tak berapa pandai sangat buat hihi kelakor pulak tgk! 
Untuk kek ni ita gunakan fondant. Fondant tu ita beli yg dah siap. Mudah dan senang kerja.. hihi
Buat cup cake atau apa2 yg gunakan fondant agak mudah dari gunakan icing atau buttercream. Ia kan macam clay kita bentuk aje lah macam mana corak yg kita suka ikut creativiti kita.. macam kita main tanah liat masa kecik2 dulu... ingat tak??


Fondant yg dah siap ni macam2 warna ada. Untuk buat orang tu dia ada fondant khas tuk skin dan hitam tuk rambut. Tapi harganya mahal sikit.. hihi mahal banyak sebenarnya.. sebab sikit aje tapi harga makkk aiii... mahal tu.. tapi sebab malas nak buat ita beli lah yg dah siap tu.. kejam mata je... jom lah layan CC ita ni.. buat tuk sorang satu..

 ni Dalili

 haha yg ni mestilah mak nya.. bibir sexy tuuu.. wakaka

 ni Amirul

 ni Azrul

 haha yg ni my HB.. hihi

Kepada bertanya dan yg nak kan resepi red velvet dalam versi Melayu, kat bawah ni ita dah translatelkan dalam Bahasa Melayu. Ita ikut cara ita buat lah ye! mudah sikit.
MyKitchen's Recipe
RED VELVET CAKE
1 1/4 cup tepung - ita guna tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - ita guna 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - ita guna gula kastor
1 biji telur - ita guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - ita guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Panaskan oven pada suhu 175 C. Bergantug pada oven ita guna 165 C
Dalam satu bekas, ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan
dalam satu mangkuk yg kecil. satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung)
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda.
dan kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
Tuangkan adunan tadi ke dalam bekas loyang pembakar berukuran 6inc yg telah di gris dgn butter dan di alas dasarnya dgn kertas minyak.
Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak. Ita bakar selama 1 jam.
Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.
Setelah itu potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. 
Sapukan Cream Cheese ke atas setiap lapisan kek.
Akhir sekali salutkan keseluruhan kek dgn cream cheese. Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.
Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku 


Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula 
*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.

25 comments:

Nieza said...

happy anniversary kak Ita...semoga happy-happy selalu disamping family tersayang...cantik semua kek yg Ita buat tu...terpegun tul nengoknya...:)

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Nieza

Ummi said...

Adeeeeiii...nak fengsaaann la tengok cc tu Ita oooiiiii.... kat sofa la nak landing...xnak kat bawah..hehe

AZLITA AZIZ said...

amboi.. kak Ummi nak pengsan atas sofa pulak.. hihi jom kita sama2 pengsan atas katil... sedap sikit ada bantal... hehe

Ummiakid @ lily said...

adoiii...comeynya cake...

Siti said...

cantik cupcake, red velvet pun cantik - memang creative sungguh. Tuannya pun cantik!

Anyway, happy anniversary, semoga bahagia selalu :-)

alinac lover said...

yong suka guna fonding..yg butter cream x reti sgt :(

MoXchuBakes said...

huhuhuh...terpegun sgt2 tgk cc akak yg comel loteh tuh...huhuhu...xconfident nak buat cake fondant lagi...-farrah

inachomel said...

Salam Ita,

Selamat Ulangtahun Perkahwinan, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat!
Saya baru aje jumpa blog Ita ni, menarik! Suka tengok presentation Ita setiap kali singgah kat umah u!
Ok, nak tanyalah, cuka dalam resepi kek ni boleh ke digantikan dengan apple cider. Ingat nak try jugalah, saya ni budak baru belajar .... suka rewang2 kat blog masakan yang dah fofular!

Wanieyra said...

Salam kak ita...

Cantiknya kak, geram betul ira tengok. Dari semalam lagi ira tergoda tgk kek yg akak buat ni. Alangkah bertuahnya ira kalau pandai mendeco mcm ni...
kak, nak tanya...fresh cream tu kena pukul hingga kaku tu mcm mana rupanya?

intan morsalin said...

askm...slm pekenalan...
1st time singgah cni & trus follow...
sonot tgk cup cake ngan fondant tu...
nak tnya....fondant tu leh mkn x?
maaflah...sya ni baru nak berjinak jinak ngan dunia baking...tqvm...

CT Delima said...

As'salam Ita

bab2 CC ni memang suka buat. Tapi kena buat sikit jerlah. Kang buat lebih2 dok sedekah jer kat jiran2 yang pintu rumah dia terbukak. kalau tutup tunggu bukak baru bagi.. hahahaha.

CC ita tu sangat sexy okey, bibir alah2 anita sarawak gitu, merah betul mak ngah.. hehehe.

Diana @ Melley Mey said...

wah cutenya cup cake tu... tambah2 lg yg bibir sexy tu... hehehehe... cute sungguh!

iNtaN lIaNa said...

happy anniversary k.ita..moga berkekalan ke anak cucu cicit...

Mylady said...

Happy anniversary kak ita...semoga senantiasa berbahagia di samping keluarga tersayang...sori ek lambat wish...

pujuk said...

alahaiiii comei nyaaaa....cute! :)

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

salam kak ita,
cantiknya kek velvet happy family tu. kalau saya, tak sampai hati nak makan kek tu.hehehehe

~sue~ said...

chummelnya...ehehhe :)

RuZaNNa said...

salam kak ita, mmg ada jual ke fondant tu?? yg dh siap dh? huhu..

hidayah sapidih said...

comelnya kek tu

tik tok said...

Kalau buttermilk ganti dengan susu full cream + jus lemon boleh tak?

tik tok said...

Kalau buttermilk ganti dengan susu full cream + jus lemon boleh tak?

MRSz eLLy'z said...

Salam kak ita.. nk tanya.. time bile akk tmbhkan cream well tu? Ms pukul cream cheese ke?

Larry Ronnnie said...

Wowwww

noorfadhillah said...

Salam kak ita..sy nak tnye..kak ita gune oven brand ape ye?

Powered by Blogger.