Follow if you like

Jun 9, 2011

Flickr oh! flickr


Assalamualaikum...
Fuhh!! berpeluh2 sebenarnya nak belajar ni.. maklumlah tak tau sebenarnya..
Tadi pagi sewaktu jalan2 kat rumah Izah ita ternampak Izah masukkan N3 tentang bagaimana nak edit pic, kalau ada sesiapa yg nak belajar boleh lah singgah kat rumah Izah di SINI. Selama ni kan ita tak pernah edit gambar2 ita tu.. Semua gambar yg ita ambil adalah original dari camera DSLR pas tu ita masuk kan terus ke blog tampa di edit. Sebenarnya Ita tak berapa faham sangat nak mengedit. Pernah mencuba tapi, ita tengok hasilnya sangat mendukacitakan.. sebab ita mmg tak tau! tu lah kira kita ni buta IT jugak lah.. huhu

Ita pernah jugak dengar tentang bagaimana sesuatu gambar yg kita ambil dari flickr akan tampil lebih cantik di Blog. Ita mmg ada Flickr boleh tgk kat SINI dan kebanyakkan pic tu pernah keluar di blog jugak. Tapi kat flickr ni tak boleh masuk banyak pic sebab ia ada limit. Sebulan kita hanya boleh up load beberapa keping pic aje..

Sementara anak2 ada di rumah ni ita minta lah mereka tunjukkan teknik yg Izah ajar tu.. tgk sampai tak berasap dapur dari tadi anak2 dok ajar tak faham2 hihi dah bekarat agaknya otak ni.. huhu
Jom kita tengok hasilnya..

 Ok gambar yg kat atas ni adalah gambar yg ita dah up load dlm flickr dan kemudian ita masukkan kat picnik, kemudian ita save kat Picasa Web Album. Ita terpaksa buat cam ni sebab dari flikr ita tak boleh terus up load ke blog, jadi ita terpaksa melalui Picasa Web Album. Dan hasilnya pic seperti di atas.

 
pic yg ni pula adalah pic original ita dari blog yg ita pernah masukkan sebelum ni.. cuba lihat ada tak perbezaannya.. ita tengok macam sama aje...

14 comments:

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

slruppppppp licin suda...sedapnyer tgk

Ummi Alesya Sofea said...

bestnyer tgk..

MamaLeeya said...

sy tak kisah tntang edit tu..sy kisahkan ttg air tuuu...waduuuhhh.....

iNtaN lIaNa said...

tak nampak pun beza nya kak...sama cantik je

izahdaut said...

hehehe.. kak ita..saya baru pm akak kat fb..

Kjee said...

cam samalah Ita. makin banyaka kerja kena buat pulak kan? kalau banyak masa oklah. gamabr awak semua dah okay. awesome.

Sue Aleen said...

rugi la kak Ita upload dalam picasa web album sebab ia akan mengecilkan space gambar untuk blog kita. picasa ni la yang simpan gambar blog yang banyak-banyak tu automatically. satu cara untuk edit gambar cara mudah adalah menggunakan photoscape. free download.

Ida,Japan said...

gambar2 K'Ita kat sini dh cukup dan sgt2 cantik bg Ida..kagum!! K'Ita..pakai DSLR brand apa erk?.mmg kagumm sgt cara k'Ita amik gambar..

idazs said...

Macam tak banyak beza je, apepun gambar-gambar kak ita tak payah edit pun tak apa. semuanya dah awesome!

Sue Aleen said...

sokong Idazs, gambar dah cantik. tak perlu edit. cuma mungkin yang boleh dipertimbangkan untuk resize gambar je...

Mat Gebu said...

Salam pagi puan...saya pun mula2 tengok ada resa yg kata pic2 ni ori tanpa edit, cuma saya cadangkan puan letak "warermark" atau tanda pada gambar untuk mengelakkan ianya dicuri atau digunapakai sesuka hati oleh mereka yg tak bertanggungjawab.

Mylady said...

Salam kak ita...

Gambar2 original dari DLSR akak memang dah cun habis, takyah nak pakai picnik segala bagai nak mengedit..cuma seperti kata CMG, lebih baik letakkan watermark sebelum ada pihak tak bertanggungjawab curi hasil karya kak ita,..

ummie-shop said...

ummi nampak berbeza gambar tu.. airnya lebih pekat dari yang asal

yanti isa said...

nice photos ... akak baru belajar .. boleh la tiru cara ita. Akak upload gambar dari fb je .. still nampak jelas

Powered by Blogger.