Follow if you like

Jun 11, 2011

DONUT KENTANG FATMAH

Assalamualaikum...

Gelap! gelap! gelap! cuaca kat luar tu sangat gelap! guruh dah berdentum berdentam menandakan hari akan hujan.. Bila ujan2 dan sejuk2 cam ni perut selalu aje berkompang...Semalam ita buat donut. Donut ni kalau buat kat rumah ita ni mmg laju.. sebab semua suka makan donut.  Seronok tengok anak2 makan donut sambil layan cerita Korea yg popular satu masa dulu... apa lagi kalau tak basah tuala... mcm boleh diperah.. Cerita yg paling ita suka Winter Sonata.

Hari tu masa ita dok rewang2 kat youtube ita bukak lah lagu Winter Sonata . Aikk!! anak2 ita tak pernah dengar lagu ni rupanya.. Dalili dok sibuk tanya lagu apa ni.. macam best aje.. ita pun kata lah lagu dari drama Korea Winter Sonata yg buatkan ayahnya dan maknya berkongsi tuala masa tengok cerita ni.. hihi sedih!.. huhuhu tak tau lah yg suami ita ni jiwang jugak rupanya.. nampak ganas tapi dalam hati ada taman... hihi

Sibuk lah Dalili nak tengok.. yg membuatkan ita terpaksa membongkar stor tuk cari koleksi CD kesayangan ita ni... Dulu masa cerita ni dok main kat TV lama betul nak tunggu cerita tu habis.. pulak bila tgk.. kejap2 iklan.. kejap2 iklan mmg potong stim betul.....tu yg ita beli CD dia terus.. nak tau 2 hari ita tak bergerak depan TV dok layan cerita yg berantu ni.. ha ni dah jangkit pulak kat budak2 ni.. pukul berapa lah tidur semalam.. tu...

Bila cerita pasal drama Korea ni banyak jugak yg sedap2 dan best2 kan?? Ita suka pelakun dia comel2 semuanya.. pemandangan dlm drama Korea tu pun sangat cantik dan mengamit angan2 utk kesana.. Cerita dia pun banyak yg berpijak dibumi nyata.. maksud ita berlatarbelakangkan identiti masyarakat Korea tu sendiri.. cara hidup mereka seharian dan makanan mereka.. tu yg buat seronok. Bukanlah tak sukakan drama atau cerita kita.. tapi cerita kita ni tak berpijak di bumi Malaysia dan tiada identiti masyarakat Malaysia.. bahasa pun sekarang dah makin rojak.. yg kelakar dan lucu tu tang pelakon kita ni.. belakon jadi org kampung pun pakai bulu mata palsu.. belakon jadi orang susah pun bulu mata palsu tu tak mau ditanggalkan.. hihi kelakor pulak tgk...

Eiiii... apa melalut sampai ke pelakon pulak.. jom kita layan Donut Kentang Fatma ni lagi syokkk... sedap tau donut ni.. lembut dan gebusss... Seperti biasa resepi ita ambil kat dapur Yatie. Kepada yg tak pernah singgah kat dapur Yatie gi lah singgah.. kat SINI banyak resepi yg yatie dah cuba! semua nampak menarik.. lagipun senang cari resepi kat blog yatie ni sebab Yatie dah klaskan setiap resepi mengikut kumpulan masing2 mudah dan cepat! terima kasih ye yatie... jasamu dikenang... ita copy kat sini pulak ye!

MyKitchen's Recipe

DONUT KENTANG FATMA
by : Pn. Fatmah Bahlawan
Sumber : Yatie

500 gm tepung terigu protein tinggi *(saya guna 250gm tpng gandum+250gm tpng roti)
50 gm susu tepung
11 gm ragi instant (yeast mauripan)
200 gm kentang, kukus, haluskan dan dinginkan
100 gm gula pasir
75 gm mentega *
½ sdt garam
4 btr kuning telur
100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais

Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirehatkan 15 menit.
Bagi adonan masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
Angkat, toskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.

7 comments:

izahdaut said...

memang best donut ni. lembbbuuuttt jee..
saya pun minat WS.. akak cerita ni mcm nak tengok balik je cd dia. padahal tahun lepas dah tengok dah. kire tiap2 tahun musti nak tengok. haha..agak2 bab bab yang tak suke tu, cepat kan aje.. . bila tringat cerite tu, teringt yang kawan u-jin yang suke kat dia tu, apa nma ek.yg lelaki tu. kan dia dah meninggal bunuh diri tu.. hmmm

Yatie said...

Assalamualaikum Ita,
waduh tngk citer korea sambil makan donut ya...cantik dan menarik donut yg Ita buat ni....Yatie suka resepi donut ni...lembut je sampai esok....suka2..

♥LOVE2COOK♥ said...

Came to grab some doughnuts for teabreak ;)

Looks super yumm!

alinac lover said...

teringin nak buat mcm ni pulak

Mas said...

akak..cantiknya donut tu berposing...
mas pun suka donut ni...
memang salah satu donut peberet.....

akak...mas pun dulu memang gila tengok cerita korea...
sekarang jerk macam tak sempat nak melayan cerita2 korea....
apa la yg sinuk sangat tu kan..kikiki...
pelakon2nya memang ensemm kan kak...

Hani in Canada said...

Salam, Ita ... Hani mintak izin CNP recipe ni buat reference sendiri.

Ummi Alesya Sofea said...

waaaaaaaaa...nak 10 bjik! :) sedapnye,t'liur liza d btnyer.

Powered by Blogger.