Follow if you like

Jun 15, 2011

BUBUR DAGING


Assalamualaikum....

Salam di hari Rabu... Lewat lagi bersiaran.. badan ni terasa sangat penat dan letih.. semalam satu hari ita tak de rumah. Sibuk gilerrr.. Suami ita pula out station, terpaksa lah ita menguruskan semuanya sendiri. Dari ambil Dalili sekolah dan hantar dia gi tusyen. Pas tu ita kena gi tengok mak ita yg tak berapa sihat.. ita masakkan mak ita sup daging, ita gorengkan ikan merah, ita buatkan bapa ita beancurt untuk berbuka posa. Bapa ita mmg suka sangat makan tauhu dan sambal kicap pedas. Tapi kali ni ita buatkan ala2 kuah kacang. Ita tak sempat nak ambil gambar kerana nak cepat hantar bekalan tu ke rumah mak, memandangkan dah tengahari.. kesian mak nanti sakit2 dia bangun pulak masak...


Semalam ita telepon mak tanya dah makan belum?, mak ita kata belum makan lagi.. ita tgk jam dah pukul 12 tengahari..  ita terus masak apa aje yg ada.. buatkan sup daging biar panas sikit badan. Mak masih tak berselera lagi makan.. tekak masih terasa pahit dan batuk yg mengokol2 membuatkan ia tak berasa selesa.. tapi bila tgk ita datang nampak sedikit kecerian diwajahnya..


Lepas makan ubat ita suruh mak rehat tapi dia tak mau.. dia kata pening kepala kalau asyik baring dan tidur aje... mak mmg macam tu.. sakit2 pun di gagahi juga... Ita pun dok layan mak bersembang.. ita lihat wajah mak merah sikit mungkin seronok di ajak lawan berborak..  itulah orang tua.. mereka tak maukan apa2 dari anak2 sebenarnya... disaat usia semakin kewat.. mereka perlukan teman untuk berbual dan berbicara.. terhibur sedikit rasa dihati... mungkin kita juga akan melewati usia mereka... disaat itu pasti kita tahu perasan mereka....


Balik ita terus gi ambil Dalili, lepas maghrib terus bergegas hantar Dalili tusyen, sampai rumah pukul 9:30 malam.. suami ita tak balik lagi. Ita tak boleh tidur masih terbayang wajah mak yg semakin uzur... sayu rasa hati tinggalkan mak tadi.. ita bangun dan gi dapur... ita cuba tuk hilangkan risau dan cuba buat kek... tapi betul lah kata orang kalau hati tengah risau semua yg dibuat serba tak kena.. kek ita tak jadi.. sedih.... :(



MyKitchen's Recipe

BUBUR DAGING
by: Chef Hanieliza

2 cwn beras
300 gm daging dihiris nipis
2 cm halia dihiris
1 btg serai diketuk
air secukupnya
2 biji kentang dipotong dadu
1 btg lobang merah dipotong dadu
1 camca besar lada hitam ditumbuk halus
1 cwn santan
garam secukup rasa
3 camca besar minyak

Bahan Tumis
3 biji bwg merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
2.5 cm halia - dihiris

Bahan Hiasan
daun sup secukupnya - dihiris
daun bawang secukupnya - dihiris
bawang goreng

Campurkan beras, daging, halia dan serai bersama air secukupnya dan masak hingga beras hancur dan daging empuk.
Masukkan kentang bersama lobak merah, lada hitam,garam dan santan. kacau rata dan masak sehingga semuanya lembut.
Panaskan minyak dlm kuali dan tumis bahan tumis sehingga wangi.
masukkan bahan yg ditumis tadi kedalam bubur dankacau rata.
angkat dan hidang ikut citarasa.

14 comments:

mrsazrul said...

salam kak ita..tgk resepi nie..terus je rase nak makan bubur nasi daging..ermm..nampak sedap la..adoi..

Lina said...

Assalamualaikum Ita.. sedap akak tengok.. lg la ni akak tgh sakit tekak mcm nak makan bubur pulak.. :)

izahdaut said...

Bila bace cerita akak ni, trasa sayu pulak kenangkan mak kat kampung. Kalau call slalu cakap ok sihat sihat aje. Padahal badan tu sakit2 dah tak berapa kuatkan. Ala .. Sedih. Smoga mak akak sihat2 aje hendaknya.

Sari Yusa Ibrahim said...

Entri Kak Ita hari ni membuatkan airmata sy bergenang. Teringatkan mak sndiri yg selalu demam2 juga.. semoga kebahagiaan sntiasa mengiringi kedua-org tua kita di dunia & di akhirat. Apapun, Kak Ita beruntung krn masih mmpunyai ayah.. Sup daging tu dpt membayangkan kegundahan hatimu.. semoga mak Kak Ita cepat sembuh, ya

Ida,Japan said...

slm kak Ita...sayunya bila baca, teringat mak kat M'sia...sedih, semoga semuanya dilindungi, diberikan kesihatan....semoga mak akak beransur sihat. Bubur daging yg nmpk sedap..

Mas said...

akak....sayu lak mas membaca n3 akak ni..
memang kan..bila anak2 tel atau ziarah .....mak ayah yang tak sihat tu ceria jerk kita tengoknya...
tetiba mas teringat nak peluk mak, pada hal..baru jerk lepas tel mak mas tadi.....huhuhu

hmmm..bubur daging tu tetap menyelerakan...

CT Delima said...

As'salam Ita


Doa dari ct dikejauhan semoga mak ita cepat2 sihat. CT yang telah tiada kedua ibubapa ni merasai kesedihan yang sama. Hanya ibu mertua jer yang tinggal. itu pun dah uzur serta sering kali sakit2. biasalah orang tua kan macam2 sakitnya bila berjauhan dari anak ni.


Menu yang sering kali ct masak bila Hb dan anak2 demam atau tak selera, sup daging lah ubatnya untuk menambah selera dan tenaga. Harap Ita banyak2 bersabar ya :)

Mylady said...

A'kum akak..

Itulah namanya 'ibu,emak,umi,mama' kan?..Sakit camne pun, taknak susahkan anak2...sama le macam mak mylady..sakit pun, gagahkan bangun nak memasak sebab kesian nanti anak dia berebut2 balik memasak untuk dia waktu lunch..tapi, itu je lah yang kita mampu buat untuk balas jasa dia kan?..kita cuba jaga dia sebaik mungkin..dan Alhamdulillah la kan akak..mak kita duduk tak jauh dari kita, at least kalau rindu, leh je pecut kereta gi jenguk dia..

p/s : jangan susah hati..doakan semoga Allah berikan kesihatan dan kekuatan untuknya..sedih plak baca posting akak kali ni..mylady doakan, semoga mak akak cepat sembuh...

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ita, semoga Mak Kak Ita cepat sembuh n sihat seperti sediakala..

Ummi said...

Ita..akak nampak bubur daging Ita ni terliur terusss....dan dan rasa nak memubur...hehehe...tp daging pulak xda..kena pi beli la kat Pasar Malam..esok2 leh masak...mkn dgn dendeng daging ke...waaa best tuh..hehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

betul kata ita tu.. org tua tak minta lebih dari anak2nya kecuali sedikit perhatian & kasih sayang dari anak2nya.. dikala usia mereka semakin banyak.. tentu mereka semakin sunyi sebab anak2 semua berada jauh dr mereka.. terkenang pulak dgn mak akak kat kg.. sedih juga baca cerita ita ni.. akak harap mak ita cepat2 sihat spt sediakala..

bubur daging tu mmg nampak sedap.. sesuai sgt utk orng yg kurang sihat..

Hani in Canada said...

Salam Ita ... sayu hati Hani bila baca tulisan Ita kali ni. Beruntung pada siapa2 yg masih punya ayah & emak - hargailah ibu bapa kita selagi diorang masih ada. Dah usia lewat ni, selalu nya mmg diorang tak mintak kereta merc atau rumah banglo 5 tingkat tapi sekadar teman untuk berbual dan bergurau senda. Kalau emak Hani masih ada pun, mungkin langkah Hani tak panjang sampai ke sini sbb mmg berat nak tinggalkan Emak tapi Allah swt lebih mengetahui. Hani doakan semoha ibu Ita sihat seperti sedia-kala, insya'allah dan Hani nak menumpang di blog Ita ni - pada sesiapa yg sudi, tolonglah sedekahkan Al-Fatiha buat ibu Hani, Allahyarhamah Hjh Siti Hadjar binti Salih. Terimakasih. Wassalam.

zanna said...

mmmmmmmmmmm....sedapnyer...lawa la mangkuk ,berkenan plak rasanyer

someone mystery said...

klu x letak santan x leh ke??

Powered by Blogger.