Follow if you like

Jun 30, 2011

ASAM PEDAS MELAKA

Assalamualaikum...

Salam di pagi Khamis yg indah.. seindah sinaran sang mentari dan seceria kicauan sang burung... Apa khabar semua?? Sihat??? kalau sakit cepat2 lah pergi jumpa Doktor.. dan jangan lupa pula makan ubat.. banyak2kan berehat dan tenang2kan fikiran.. insyaallah setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali maut yg datang menjemput....

Terdengar riuh sang ibu berpencak di dapur.. apalah sajian yg bakal di hidangkan untuk santapan keluarga hari ni.. Walau apa pun hidangannya.. mulai setiap perbuatan dgn Bismillah.. insyaallah semakin barakah setiap rezeki yg dijamah dan semakin mesra seisi rumah...


Hari ni kita melangkah pula ke Melaka Bandaraya Bersejarah.  Kalau sampai ke Negeri Pahlawan Melayu ni sudah tentulah kita kepingin merasa keenakan asam pedas yg memang menjadi santapan tradisi masyarakat Melaka. Asam pedas Melaka mmg sedap! kuahnya pekat dan amat menyelerakan. Pulak bila kita jamah dgn sepinggan nasi hangat bertemankan ulam-ulaman dan sambal belacan... wallaaa... pasti terangkat! Ni yang kalau makan tak toleh kiri kanan.. hehe


Resepi Asam Pedas Melaka ni ita ambil dari dapur Bro Rozzan, seorang pakar masak dari Singapura. kalau bertandang ke dapur Bro ni pasti kita akan bawa balik satu resepi istimewa dari dapur beliau.. kalau tak pasti teringat2  dan terigau-igau aje.. Terima kasih Bro kerana berkongsi resepi asam pedas yg sedap ni..

Ita mmg suka makan asam pedas. Biasa lah kan orang Johor ni... mmg suka asam pedas, kalau boleh hari2 nak makan asam pedas. Ita paling suka kalau di cicah dgn roti.. adoiii... sedapnya...!!
Asam pedas ni ada sedikit kelainan kerana di letakkan daun kari. Mmg pelik sikit lah kan sebab asam pedas dah sinonim dgn daun kesum.. bila letak daun kari macam jangal aje rasanya kan.. tapi bila dah merasa... waaaaa.... berrasap lah jugak telinga ni... sedap tuuuu.... tak nak cuba ke???


MyKitchen's Recipe

ASAM PEDAS MELAKA
by: Bro Rozzan

Bahan Kisar1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
30 tangkai cili kering
2 cm inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu teh lada hitam
3 cm kunyit hidup (atau 2 sudu teh kunyit serbuk)
3 ulas bawang putih

Bahan Tumis 1 biji bawang besar (dihiris)
½ sudu teh biji sawi
½ sudu teh halba
4 tangkai daun kari (ambil daunnya saja)

1 sudu besar pes asam jawa (campurkan dengan 1 cawan air)
750 ml (3 cawan) air
2 biji tomato - potong baji
2 batang terung - dibelah 2 dan di hiris
8-10 biji bendi
2 tangkai bunga kantan
2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
½ sudu teh serbuk perasa atau 1 sudu teh gula
1 kg ikan duri/tenggiri - ita guna ikan merah
2/3 cawan  minyak masak

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumis sehingga bawangnya layu dan naik baunya. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing dan wangi. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan, bunga kantan dan air. Kacau rata dan masukkan pula serbuk perasa/gula, terung dan bendi. Tutup dan biarkan renih pada api kecil hingga kuahnya pekat sedikit. Kemudian, masukkan tomato. Biarkan sebentar sebelum dimatikan api.

20 comments:

Mas said...

perhhhh...tangkapp leleh tengok asam pedas kak ita tu...
sedappnya...
nak hirupp kuah sikit...he..he..

ijayuji said...

Salam kak ita!!! sedapppnyerrrrrrrr!!!!! itu timun ke kak yg potongan kecik2 kat tepi tu? sedappppp!!!!!! ni yg terasa nak buat asam pedas jugak ni kak hihihi.... maals betul nak blend lada kering tuuu sbb tgn kita alah sikit dgn lada kering mesti gatal2 kalau time buang bijik dia tuuu tapi kalau malas kita rebus dulu terus blend dgn biji2 sekali hihihi..

Juwita Jamaludin said...

kak ita.. asam pedas sedapnya.. dulu ita tak reti makan asam pedas lepas duduk melaka pandai makan.. leh cuba nanti masak asam pedas ni... menariknya nampak hidangan nya

Zaliedana said...

Assalam kak ita,masyaAllah kecur liur dah ni kak,sedap betoi nmpk asam pedas akak..Pstt,kak nak tanya nih akak tahu x asam pedas melaka kat area mana yg sedap,insyaAllah nx week nak p sana..

Sofya said...

Wah! dah terliur niii

Yatie said...

asam pedas kegemaranku...tak kiralah ayam, ikan, daging..kalau msk asm pedas mmng buat yatie bertambah nasi dan lauk..sedap tulll....

MR. MIND said...

FAVERET AYAH!

noorsafone said...

Ita..asam pedas kesukaan kak noor ni...suka kalau lauk2 macam ni...mau bertambah nasi,suka letak bendi..

Nurul said...

sedappnya tgk asam pedas K Ita... tetiba teringat kat asam pedas ibu mertuaku..lama dah x makan.. lebih kurang cam yg K Ita buat ni... ;)

Ann Huda (Ate) said...

First time Ate tahu asam pedas ada letak jintan.

Ate org Johor (JB) mmg kaki asam pedas. Mkn tiap hari pun tak pe.

Gee® said...

ahai...seleranya asam pedas mu itu...tergoda i... tumpang makan yer

Wanieyra said...

salam kak....

ira sebenarnya mmg suka makan asam pedas, apatah lagi nak memasaknya. Tapi bila tengok kat sini tergoda terus!!!! terliur betul

Ida,Japan said...

terasa kesedapannyer....ida suka sgt ngan asam pedas..apa2 pesen pun sume telan jer...tambah2 yg pekat tu..

Syimama said...

yang hebat kat sini bukan saja masakannya...tapi kretiviti susunatur dan kretiviti jurugambar yang pro gitu.

Ummi said...

Ita, akak baru terpkir2 nak buat asam pedas, nampaknya....kena copy yg Bro Rozzan ni laa..nmpak mengancam jek laaa...adeeh meleleh air liur dah tgk tauu..

sasha rahmat said...

adoiii ni mkn ngan roti pun dh ummphhhhh!!!! sedap25

CT Delima said...

As'salam Ita

Selamat malam baru sempat masuk sini. dari siang dok sembunyi jer dalam bilik tak moh keluar sebab panas kat KL ni.. hehehe,

nak bawak balik semangkuk asam pedas tu ita, ct ni suka makan asam pedas, nak2 asam pedas ikan pari..memang pengsan kalau makan..hihihi. Tipu lah tu sampai nak pengsan kan, cuma sampai perut buncit kenyang ada lah.. hahaha

Sury said...

wah..kak ita buat asam pedas melaka...tengok gambar je dah nampak sedap..bolehlah jadi org melaka

fuzidss said...

kak, will tey it today...tq kakak

Fazliana Jamil said...

sy dok melaka pn pantang dengau mana2 restoran asm pds best...trus terjah..asm pds mmg best :)

Powered by Blogger.