Follow if you like

Jun 23, 2011

23 JUNE ........

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah... aku masih lagi dapat bernafas di bumi mu Ya Allah...
Masih lagi dapat menatap wajah  insan2 yg aku sayangi... masih dapat meneruskan amalan ku.. sebagai hambamu yg kerdil... masih dapat meneruskan sisa2 hidupku yang semakin hampir ke penghujungnya...
Semoga kau merahmati perjalan ku sebagai musafir di atas bumimu ini....


Kelahiran ku... amat di natikan dengan penuh debaran... begitulah perasaan ku setiap kali menanti saat kelaharian anak2 ku... Pasti saat ini juga sama dirasa oleh kedua ibu bapa ku.... pasti tidak sabar menati saat itu... membelai dan mengusap lembut ubun2 ku.. hilang segala penat mengendung ku selama 9 bulan 10 hari.. hilang segala sakit apabila terdengar jeritan kecil sang anak... sayu rasa hati.. besar sunguh keagungan mu Ilahi...

Terima kasih Mak.....
Tiada apa yg dapat intan ucapkan selain dari ucapan terima kasih yang tak terhingga.. kerana memberi intan peluang bernafas di bumi Allah ini...

Terima kasih Mak...
Mengendong intan selama 9 bulan 10 hari....

Terima kasih Mak...
Menyisir helaian rambut intan... mengusap lembut ubun2 intan.... menyuapkan nasi ke mulut ini... meneman intan dikala intan keseorangan... memeluk intan dikala intan ketakutan... memberi dikala intan memerlukan... membelai dikala intan perlukan kasih sayang mu... menghiburkan dikala intan kesedihan....

Sesungguhnya pengorbanan yg mak berikan tidak dapat terbalas oleh anak mu ini... besar sungguh jasa mu pada diri ini... Intan serahkan segala2 pada Allah... Hanya Dia sahaja yang tau betapa intan amat menyayangi mu.. kadang2 kala intan selalu terfikir.. apakah yg dapat intan buat untuk membalas jasa mak terhadap intan... mungkin bukan itu yg mak pinta.. 


Doa dari intan semoga mak sentiasa sihat... dimurahkan rezeki.. semoga hati mak sentiasa gembira dan ceria.. semoga mak sentiasa di bawah lindungan Nya... semoga mak sentiasa berbahagia.. di dunia dan akhirat... ampunkan dosa intan ye mak... dan halalkan segalanya......


Terima kasih Bak...
Tampa bak tiada lah insan bernama Nor Azlita Binti Abdul Aziz ini...
Tampa bak siapalah anak yg di panggil intan ini...


Terima kasih Bak...
Kerana bertungkus lumus membanting tulang untuk menyuapkan nasi ke mulut anak mu ini....
Berhujan dan berpanas mencari rezeki... demi anak mu ini...


Terima kasih Bak...
Kerana setegas ini mendidik dan membesarkan intan...
Akan intan ingat segala pesan bak...
Supaya sentiasa menjadi anak yg sentiasa menjaga marwah keluarga... sentiasa akan membuatkan bak berasa bangga melahirkan anak mu ini...
Maaf kan segala2 nya ye bak... dan ampunkan segala dosa ini... 
Semoga bak sentiasa dirahmati Allah... semoga sihat dan ceria selalu.. semoga segala amalan yg bak amalkan diberkati Allah.. dan doa dari anakmu ini semoga bak dibawah lindungan Nya selalu....


Siapa aku? Siapa aku disamping-Mu ya Allah? Adakah aku ini adalah hamba yang Engkau murkai ya Allah atau apakah aku hamba yang Engkau sayangi ya Allah? Dimanakah aku? Dimanakah aku ya Allah? Adakah aku kini berada di bawah rahmat-Mu ya Allah? Aku ingin hidup dibawah rahmat-Mu ya Allah.. jinak kan lah hati ku ini untuk sentiasa mengingati-Mu, untuk sentiasa berzikir kepada-Mu, untuk sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan semata-mata kerana-Mu ya Allah..Jauhilah aku daripada bisikan syaitan yang sentiasa menghasud ya Allah..Sesungguhnya aku ini adalah insan yang lemah, yang sentiasa melakukan kesilapan..Bantulah aku untuk menghadapi dunia-Mu ya Allah, dunia-Mu yang penuh ranjau ya Allah, bantulah aku ya Allah..Perjalananku masih jauh, perjalananku masih jauh..Berikanlah aku kemudahan & kesenangan untuk melakukan kebaikan ya Allah, memperoleh bekalan yang diterima oleh-Mu ya Allah..



Kawan......
Dikesempatan ini ita ingin mengucapkan.....


Ribuan terima kasih kepada semua sahabat2 ita tidak kira di mana sahaja anda berada... Terima kasih di atas ingatan anda terhadap ita...

Terima kasih kepada semua rakan2 di FB ita yg tidak putus2 memberikan ucapan Selamat Hari Lahir pada ita.. Terima kasih kerana selalu memberikan sokongan terhadap diri ini... memberikan ita kata2 semangat... yang sentiasa mendoakan kesejahteraan ita... Ita akan sentiasa mengigati kalian selagi hayat dikandung badan.....


Terima kasih juga kepada semua folower ita.. anda lah tulang belakang ita selama ini.. sebagai semangat dan penguat keazaman ita untuk sentiasa berkarya... 
Terima kasih yang tak terhingga dari ita juga kerana sudi menjadi follower ita.. anda semua adalah jantung dan nadi Masam Manis tampa anda tak mungkin Masam Manis masih bertahan dan berdenyut...

Terima kasih juga kepada semua bloger masakan... yg sentiasa suport ita.. yang sentiasa buatkan ita gembira dan teruja setiap kali melintas ke dapaur kalian... tampa kalian yg memberi tak mungkin dapur ita ni berasap... 



Maaf dari ita andai selama kita bersahabat di alam maya ini ita ada tersilap kata... atau menguris perasaan kalian...
Maaf juga kepada semua andai ita tak berkesempatan untuk membalas setiap kunjungan...  ita hanyalah manusia biasa yg dijadikan Allah hanya sebagai hambanya yg lemah...


10 jari ita pohon kemaafan... dari kejauhan ini... Maafkan lah Azlita Aziz plantun Masam Manis ni... semoga persahabatan kita di alam maya ini sentiasa mendapat rahmat dari Allah dan jalinan ukwah ini berkekalan selamanya.....




Terima kasih Naz atas kiriman kad ucapan ini semogga persahabatan kita berkekalan selamanya.. 






26 comments:

chikadakbiru said...

sedih dan terharu baca n3 nih...:) semoga terus berjaya dalam lapangan yang diceburi..semoga dimurahkan rezeki dan sihat2 senantiasa di samping keluarga tersayang..love u

Nieza said...

happy birthday kak Ita cyng! alhamdulillah..semoga dengan bertambahnya usia akan bertambah jugalah rezeki akak juga nanti, mudah-mudahan segala doa akak dimakbulkan Allah..amin.

Gee® said...

salam ita, selamat hari lahir dan semoga apa jua yg dilalui hari ini esok dan hari2 mendatang membawa seribu rahmat dan keberkatan dari Allah... sangat senang mengenalimu walaupun diangin lalu cuma...

Ummi said...

Salam Ita, selamat hari lahir, semoga Allah memberikan yang terbaik buat Ita sepanjang bernafas di muka bumi ini...moga disayangi oleh insan-insan di sekeliling yang tersayang dan dirahmati di dunia dan akhirat....amiiinn...

*psstt - mesti dapat hadiah spesel dr cik abg tu....tahniah Ita..hehe

CT Delima said...

As'salam Ita

Alhamdulillah, bersyukur kerana kita ini masih terus diberikan nafas untuk meneruskan kehidupan yang panjang di bumi Allah ini. Namun kita juga harus bersyukur pada kedua ibubapa kerana mereka lah adanya kita didunia ini juga.


Selamat Ulang Tahun Buat Nor Azlita doa ct semoga Ita sentiasa dipanjanglan usia, dimurahkan rezeki dan bahagia selamanya bersama insan2 yang disayangi hingga keakhir hayat...aminnnn Ya-Allah

Ayu said...

Happy Birthday Ita!!!
Semuga dipanjangkan usia dimurahkan rezeki dan berbahagia disamping keluarga tercinta!!..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

hepi bufday akak...insyaAllah moga apa yang di impikan jadi nyata ;))

Ida,Japan said...

Happy Birthday K'Ita..semoga sentiasa diberikan kesihatan yg baik, murah rezeki segalanya dan berbahagia selalu disamping keluarga tercinta....terharu sedih bila baca luahan rasa ituuu...

noorsafone said...

HAPPY BIRTHDAY ITA...semoga dikurniakan kesihatan yg baik,di murahkan rezeki dan berbahagia disamping keluarga tersayang...terharu baca ucapan Ita....semoga persahabatan alam maya kita akan mendapat rahmat Ilahi dan berkekalan selama-lamanya..AMIN.

Mas said...

happy birthday kak ita cayang...
terharu mas baca n3 akak ni.....
moga persahabatan alam maya diantara kita semua berkekalan selamanya..
insyaAllah......

Mylady said...

:-(..sebak baca entry akak ni..bergenang terus air mata...anyway..mylady ucapkan Selamat Hari Lahir untuk akak..semoga Allah S.W.T berkati hidup akak dan keluarga dengan kebahagiaan yang berpanjangan, kemurahan rezeki dan kesihatan tubuh badan supaya dapat terus berkongsi ilmu dengan kami di sini dan juga untuk terus menjalani ibadah kepadaNya selagi hayat masih ada...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Happy Birthday Azlita Aziz..

Bergenang air mata membaca bait2 indah yang ditujukan buat mak & bak Ita...

terlalu kerdil rasa diriku ini bila Ita bertalu2 bertanya kepadaNYA akan dimanakah tempat Ita disisiNYA..

semoga segala doa Ita akan dikabulkan Allah.. akak jua doakan semoga Ita dipanjangkan umur agar dapat terus mengabdikan diri terhadapNYA... Semoga hidupmu sentiasa ceria & bermakna disisi insan2 yang tersayang..

akak juga berasa sangat dekat dengan Ita bila setiap kali kita bertukar2 komen di blog ni.. semoga perjalanan jalinan ukhwah yang dibina akan berterusan tanpa adanya duri2 di tengah jalan.. AMIN..

Hafizah Mohamad said...

Selamat hari lahir ka Ita....moga dipanjang umur dimurahkan rezeki oleh Allah dan Diberkati oleh Allah hidup di dunia dan akhirat...Amin...!!!

Ibu Darwisy said...

selamat hari lahir kak azlita..sebak sungguh entry kali ini..

Nurul said...

Terharu baca entry K Ita kali ni...
Happy Birthday K Ita.. moga panjang umur, murah rezeki dan bahagia di samping yang tersayang.... Juga terus sukses blog Masam Manis... :)

Mat Gebu said...

Selamat hari lahir puan azlita, moga dipanjangkan usia, diberi kesihatan dan kesejahteraan....

Bila anda wujud di
kalangan kami blogger2 masakan, kami sungguh berasa gembira dan puan antara pelengkap dunia blog masak2. Amat membanggakan kami bila hasil yang kita kongsi bersama menjadi begitu indah..begitu sempurna bila ia berada pada tangan puan, pada saya puan punya bakat yang begitu terserlah. Pastinya suami dan anak2puan bangga mempunyai seorang isteri dan ibu seperti puan..

Moga hari lahir tahun ini diberkati Allag swt....aminnnn...

izahdaut said...

selamat hari lahir buat kak ita...
semoga senantiasa menjadi wanita yang anggun dan saya juga berterima kasih kerna kak ita sudi menjadi kawan2 geng masak2 ni..

big hug from ampang....with lovee.

++eden|essey++ said...

selamat hari lahir kak ita....May ALLAH bless u n ur family...

kak ita same zodiak la ngan saye...

CNK said...

happy birthday kak ita. nak menitik pulak airmata nih. namun harus ku tahan jua. sbb daku berada di ofis dikala ini. disaat ku sedang menghadpi small krisis dgn mak hari tu. tak tahulah kenapa hati ini terluka sangat saat kejadian itu. now dah ok balik. bila baca poems yang kak ita tulis tu rasa nak nanges pulak. (erm.. keras2 saya hati ini sgt fragile. suka nak leleh!), anyhow kak ita. nice to know u. somehow rather this how we learn to appreciate life and people surrounding us thru other people's experience. once again, happy birthday kak ita. semuga dipanjangkan usia dan berbahagia sepanjang hayat dengan family, suami, dan anak2 tercinta. i have a big dream to have a kind and loyal husband merangkap kwn baik, kekasih n semualah , and sweet little kids surrounding me... :) *hugs*

Naz said...

Assallamualaikum kak ita.. Happy birthday kak.. Semoga dipermudahkan dlm segala urusan dari dunia hingga akhirat nanti..Insyallah..

Jangan lupa yer dtg umah Naz amik hadiah kecil dr Naz..

Yatie said...

Assalamualaikum,
Happy Birthday Ita...moga pnjng umur, murah rezeki, sihat selalu dan semoga sentiasa bahagia di samping insan2 tersayang serta semoga hidupmu sentiasa dlm rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Aminn.

** tetiba Yatie jadi rindu sangat nak jumpa Ita....terkenang masa dulu kita berjiran..moga persahabatan ini berpanjangan hendaknya.

Sofea said...

Ita..hari ini umur kian meningkat..semoga lebih tabah mengharungi liku2 kehidupan..dan beroleh rahmat Allah sepanjang perjalanan hidup ini.."selamat ulang tahun........:)

Juwita Jamaludin said...

Happy birthday kak ita moga sentiasa gembira dan dirahmati Allah selalu..:)

Zaliedana said...

Assalam kak ita..Terharu sgt baca kata2 akak..Begitu besar pengorbanan seorang ibu yg melahirkan n bapa kan kak..Mmg terasa diri ni kerdil n rendah diri yg amat kak,baca setiap patah perkataan akak ni..Suka sgt dpt kenal akak..Happy birthday buat akak,moga panjang umur,dimurahkan rezeki,di tetapkan iman,berbahagia selalu di samping family tersayang..

K.Nor said...

salam ita,happy birthday sekali lg kat sini.. semoga segala doa yg dipanjatkan, dimakbulkan Allah juga hendaknya.. aminn

Ucu Faridah said...

Assalamualaikum,ITA
Ucu ucapkan Happy Birthday
moga panjang umur serta dimurahkan rezeki dan kesejahteraan dunia dan akhirat.

Powered by Blogger.