Follow if you like

May 9, 2011

WATERMELON MOUSSE

Assalamualaikum....


Wah... dah tersandar kekenyangan dah semua kan... lepas makan tengahari ni.. dah lah cuaca kat luar nan membahang... mata pun macam nak lena aje.. kan..

Kalau cuaca panas cam ni macam malas aje nak buat kuih.. kalau buat kuih pun nanti tak berusik.. yang sedapnyer kalau dapat makan yang sejuk2... nyaman aje bila lalu kat anak tekak yg kekeringan ni... tapi takut jugak kalau minum ais dalam cuaca cam ni.. kata orang mudah diserang batuk.. uhuk... uhuk...


Ita kalau kena lah batuk memang payah lah nak baik.. makan bulan tau! bagi lah apa2 petua sekali pun kalau kata dia tak mau baik... semua ubat dan pertua tu macam air aje.. ia berlalu pergi.. tu yg paling ita tak suka.... Semua kerja pun tak leh nak buat malah nak berjaln pun malas... bayang lah kan kalau batuk asyik nak terkucil aje.. tu yg malas nak berjalan... baik dok rumah aje..


Hari ni ita buat Mousse Tembikai, atau dalam bahasa omputeh... Watermelon Mousse.. yang macam ni mmg sedaplah kan kalau makan musim2 panas ni... pulak bila makan tu dia sejuk dan dingin... lagi lah sedap! tak berasa bila dia lalu dan mencair dalam tekak ni...

Watermelon Mousse ni ia macam Panna Cota sikit... rasanyer tapi ia keras dan boleh lah kalau kita nak bentuk-bentukan. Kalau Panna Cota tu mmg lembut sangat... dan sesuai dok dalam gelas aje.. Ita buat adalah atas permintaan suami ita yang memang minat kalau makan dessert yg cam ni... dia suka yang lembut2 dan dingin2 lagi pulak bila hak yg manis2 lagi lah bertambah2 suka...


Resepi asal dari Chef Alex Goh. Ita ambil dari buku masakan beliau Fruity Cake. Banyak resepi yang sedap2 dalam buku ni.. dan banyak jugak yg ita dah cuba... Cara penyediannya pun mudah aje.. Resepi asal ia menggunakan biskut digestive. Tapi menurut Chef Alex kita boleh tukar base biskut tu dengan kek dan ita memilih kek coklat sebagai base untuk Watermelon Mousse ni


MyKitchen's Recipe

WATERMELON MOUSSE
By: Chef Alex Goh

Lapisan Dasar

200 gm biskut Digestive - dikisar halus
100 gm mentega

Campurkan semua bahan ramuan hingga sebati. Tekapkan adunan ke dasar acuan mini. Sejukkan dalam peti ais hingga keras - ketepikan

Mouse
Bahan A
130 gm isi buah tembikai
30 gm gula


Bahan B
1 sudu besar serbuk gelatin
40 gm air

Bahan C
160 gm Whipe topping cream

Putarkan C hingga kembang.
Kisar isi tembikai dan panaskan bahan A hingga mendidih.
Renehkan B dlm bekas air mendidih hingga gelatin larut. masukkan campuran ini ke dlm A dan kacaukan.
Sejukkan campuran dlm bekas berisi air ais hingga suhu mencapai 30C. kaup balik kan C ke dalam dengan segera hingga sempurna.
tuangkan aduna ke dalam acuan yg ditekap dengan lapisan biskut Digestive dan ratakan permukaan atas.
Sejukkan dalam peti sejuk selama 3 jam sehingga keras. Keluarkan dari asuan dan hiaskan dengan potongan tembikai

7 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum Ita

Bak mai segelasssss !! dah kering tekak ni baca entri kat Masam Manis... hihihi

betul lah ita, cuaca macam ni memang sesuai yang sejuk jer. ada lagi tak..? hihihi. ct malas nak masuk dapur bila dah petang, cuaca panas kang meleleh2 peluh dalam baju. tunggu malam baru masuk dapur balik... hehehe

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

allah hu akbar..mesti sedap..mmg cuaca diluar panas..tapi nasib dlm opis ni sejuk..xde la terasa haus sgt bile time puasa ni..

cik cek said...

Kepala dah la pening...hati dahlah sakit....dpt tgk watermelon mousse pun jadilah...redup sikit mata...sejuk sikit hati...hu hu hu...

Mas said...

sedappnya makan masa cuaca panas gini...

Gee® said...

arghhhhh..!!!! nyamannya.... nak sket boleh?

eila said...

wow...nyummy..
rse cm eskrem la ni..

eila said...

woww....nyummylicious!!

Powered by Blogger.