Follow if you like

May 7, 2011

TUNA PUFF

Assalamualaikum..

Lambat bersiaran... penat yg amat... kerja rumah banyak, anak ita pulak sekolah hari ni... sibuk gilerrr... Hari cuti biasa jarang masak, kalau masak pun yg ringan2 aje.. biasa suami ita ajak makan kat luar.. so dapat rehat sikit.


Hari ni ita buat Puff aje.. Dalili minta buatkan, nak bawa bekal ke sekolah... takut2 kantin tak bukak hari ni... Nasib baik ada lagi kulit puff dalam peti ais. Ita buatkan Dalili Tuna Puff. Penyediaan yg mudah, cepat dan ringkas. Dan semestinyer menjadi kegemaran anak2.


Resepi tuna ni ita ambil dari dapur Kak Tun Pautan Kasih. Resepi yg cukup simple dan sedap! Pulak bila digandingkan dgn puff yg rangup tu mmg sedap! makan panas lagi lah sedap!  Resepi asal mengikut kata kak Tun adalah dari My Resepi by Skyblue.


Terima kasih kepada tuan empunyer resepi, kepada kak Tun juga.. ita minta izin tuk share kat sini pulak untuk rujukan anak2 dan teman2.

MyKitchen's Recipe
TUNA PUFF
By: Skyblue
sumber: Kak Tun Pautan Kasih

2 peket puff pastry segera - jenama KAWAN
1 tin tuna - ketulan dlm minyak atau air
1 biji bawang besar - didadu
1/2 cwn jagung dlm tin - jika suka
1 biji cili hijau dan merah - dicincang ita tambah
2 sudu besar Mayonnaise
secubit garam
secubit lada hitam
1 biji kuning telur - dipukul dgn sedikit susu segar
sedikit bijan hitam dan putih - utk hiasan ita tambah

Buangkan minyak atau air dlm tin tuna. Tuangkan tuna ke dlm mangkuk besar.
Masukkan bawang besar, jagung, mayonnaise,cili, garam dan lada hitam. Kacau rata dan ketepikan.
Isikan 1 sudu besar tuna ke atas pastry. Lipatkan pastry dan tutupkan hujungnyer dgn garfu. Ulang sehingga habis semua puff.
Susun puff atas dulang pembakar. sapukan permukaan puff dgn telur dan ita taburkan dgn bijan.
Bakar puff pada suhu 200C selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan.



4 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

tangan saper yg cantik tu...
La ni...cantik sungguh tenik penghasilan gambar..lain dari dulu

aesh came said...

easy n delish! boleh la kn..for picnic n bekals..asik roti je bosan jgk..huu~

cik cek said...

Aduhai! resepi ringkas nampak gah kalau kat tgn Ita...tgk teknik amik gambo tu....good...good...good sgt....:)

Mas said...

amboiiii...cantiknya puff tu berposing....
tangan sape tu...he..he..

Powered by Blogger.