Follow if you like

May 18, 2011

TALAM CENDOL

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua..

Sejak 2 menjak ni ita sibuk sikit kadang kala terkejar2 dan mood memasak pun macam ilang sekejap.. Ada kala kita rasa bosan dan sunyi kan?? entah lah ita macam rasa kehilangan sesuatu...
tak sabar nak tunggu cuti sekolah dan tak sabar nak sambut anak2 pulang...

Harap2 mood ita akan rancak balik seperti dulu...
Sebenarnyer fikiran dok beserabut fikirkan anak2 yg sedang menghadapi peperiksaan... walaupun bukan lah peperiksaan besar cuma exam pertengahan tahun tapi hati ibunya ni kecut aje... sampai nak buat apa pun jadi tak tentu arah fikirkan anak2.. harap2 biarlah anak2 ita dapat menjawab peperiksaan tu dgn jawapan yg paling terbaik...


Dah sarapan ke?? hari ni ita besarapan dgn kuih talam. Macam biasa kalau ita terasa nak makan kuih talam ita akan singgah ke dapur yatie... jiran lama... yg mmg suka buat talam. Banyak sangat menu talam dari yatie, semua nampak sedap dan menyelerakan, ita pun suka makan kuih talam... rasa nak cuba semua tapi mengenangkan talam yg banyak menggunakan santan, ita rasa tak sesuai kalau dimakan selalu... tapi kuih tradisional ni mmg kegemaran ita. Kalau ita dah hadap boleh habis seloyang tau.. nak.. nak.. yg lembut2 dan kenyal2 sikit mmg tak perasan mak mertua lalu kat sebelah... hahaha


Kali ni ita cuba talam cendol pulak. Kebetulan hari tu ita ada beli cendol, ita ambil sikit dan buatkan kuih talam ni. Sedap tau kuih talam ni.. rasa dia macam kita makan cendol. Wangi dgn harum gula melaka dan lemak dgn rasa santan. Mmg sedap! Oh! lupa nak bagi tau ita tukar gula merah tu kepada gula melaka. Kalau guna gula melaka rasanyer lagi sedap lemak berkrim disukai ramai. Kepada pengemar2 kuih talam kat luar sana meh leee... cuba kuih talam ni pulak...!!

Sukatan untuk talam ni tersangatlah banyaknyer mungkin sesuai untuk makan kenduri. Ita cuma buat 1/2 dari adunan aje. Loyang yg ita gunakan loyang 8". Memag ngam2 dan ita ni terajin sikit dok buat lapis-lapis.. hahaha... angkat bakul nampak...

Selain boleh dimakan sebagai sarapan pagi atau minum petang. Ia juga sangat sesuai sebagai hidangan untuk majlis kenduri kendara. Corak batik2 cendol tu apabila dipotong memang membuka selera sesiapa juga yg melihatnyer... Terima kasih kepada penyumbang resepi.. kepada Yatie ita minta izin tuk share resepi talam ni kat sini pulak... pst..psttt... bila yatie nak buat talam cincau pulak! hahaha mesti lagi menarik kan...


MyKitchen's Recipe

TALAM CENDOL
By: Chef Asma
Sumber: Yatie

Lapisan bawah
Bahan A

200 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 s/b tepung jagung*
150 gm gula caster
1 s/k garam

Bahan B
200 gm cendol @ 1 paket kecil-tapiskan,ambil cendolnya je

  1. Satukan bahan bertanda (*) dan tapis kedalam periuk. Masukkan bahan lain dibahagian A
  2. Masak bahan A sehingga naik wap (jgn sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu utk mengacau. kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung disenduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut)
  3. Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata
  4. Masukkan kedalam loyang 10 x 10 x 2 yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik
  5. Kukus selama 25 minit
  6. Selepas masak, cakar-cakar dengan garpu selepas tu tuang lapisan atas

Lapisan Atas
Bahan A
300 gm gula merah - ita guna gula melaka
50 gm gula castor
500 ml air
2 helai daun pandan-saya tambah

Bahan B
150 gm tepung gandum
1 s/b tpng jagung-saya tambah
3 biji telur
250 ml santan pekat
1/2 s/k garam

  1. Masak bahan A sehingga gula hancur dan sejukkan sebentar
  2. Satukan semua bahan B dan kacau sehingga sebati
  3. Masukkan bahan A kedalam B dan tapis dan masukkan kedalam periuk
  4. Masak sehingga naik wap (jangan pekat sangat, masak sekejap sahaja)
  5. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit
  6. Biarka talam betul2 sejuk barulah dipotong.

10 comments:

CT Delima said...

Assalamulaikum Ita

Haaa...muncul juga akhirnya.. hihihi betul tu talam memang sedap, tapi pengunaan santan ni kita boleh ganti dengan susu tak Ita. maklum lah dah 'berumur' ni kenalah jaga kesihatan juga kan. kalau nak sedappp jer nanti badan merana payah gak.. hahaha.

Lama juga ct tak menalam ni, kena skodeng gak lah kat dapur yatie tu nanti :D

AZLITA AZIZ said...

hihi...
sibuk cikit lah CT sekarang... kadang2 macam tak de mood aje nak masak...

kalau guna susu... emmmm... tak pasti lah tu kena tanya Ratu Talam... tapi ita rasa macam boleh kot...

cubalah.. CT tak cuba tak tau kan...
tapi mungkin rasa lemaknyer tu yg akan lain sikit tau lah kan santan... lagi tua lagi sedap lemaknyer... kita ni lagi tua lagi takut nk makan santan.. hihi

Mas said...

akak..rajinnya buat talam cendol..
cantikkk......

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam ita..

cantik & menarik. cendol, santan & gula melaka memang tak boleh dipisahkan.. pasangan serasi.. hehehe..

AZLITA AZIZ said...

Terima kasih Mas

AZLITA AZIZ said...

wasalam kak Madiha

mmg betul.. tu.. sedap bangat sampai tak perasan yg ita dah habiskan seloyang... hahaha

noorsafone said...

Salam Ita...erm...nampak sedap..dh beli cendol..tp tak tau bile nk buat..

AZLITA AZIZ said...

wasalam...

bukan nampak aje sedap tapi mmg sedap!
waa... dah ada cendol apa lagiiii... jom le kita menalam.. :)))

JUMEE ZAILA AHMAD said...

salam k.ita..ni tgh xde keje dok belek2 blog k.ita tnmpk talam cendol ni...dok mentelaah...manalah tahu esok2 ada kekuatan nk buat... tp tulah..kat melben x jumpe cendol, so kena buat cendol dulu la kot..(kena google resepi cendol pulak..adoiyaii).. dlm resepi kak ita buat cendol lapisan bwh n yg coklat gula melaka lapis atas..tp tgk gambar k.ita tu, cendol dah jadi kat atas.. yg mana satu betul ni?..heheheh..

Ain Ramli said...

Assalamualaikum Ita. Dah beli cendol.. Nak cuba jap lagi. Tima kasih sbb sudi kongsi ni.

Powered by Blogger.