Follow if you like

May 7, 2011

Sesudu bubur buat Ibu...

"Malam itu saya lihat ibu membuka penutup tin yang diletakkan di penjuru rumah. Ibu mengoncang-goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu. Hanya ada dua tin susu sahaja yang masih berbaki. Beras sudah hampir habis rupanya. Pada siapa ibu hendak mengadu... Ayah??? saya tahu, ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.

"Ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan. Saya lihat ibu ambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian memasukkannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam, ibu masukkan ke dalam sepuluh buah mangkuk yang sudah tersedia.


"Bubur nasi itu berasap. Seorang demi seorang anaknyer dipanggil sehingga adik kami yang paling bungsu. Makanlah kami sepuluh beradik ini sehingga mangkuk licin bersih. Malam itu kami tidur dengan nyenyak.

"Pagi, kami bangun untuk bersarapan, dan saya perhatikan , ibu menyalakan api untuk memasak. Ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. Sekali lagi ibu membuat bubur yang cair.


"Seperti semalam juga, kami menghirup bubur sehingga habis. Bubur itu walaupun cair, saya rasakan begitu enak sekali. Kami mengadu tidak cukup tetapi saya lihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.


Tengah hari itu pun begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. Setiap kali waktu makan, saya perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknyer tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur hari ini kami masih dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. Mungkin juga ibu bersyukur kerana, walaupun hidup miskin dan susah, tetapi kami tidak meminta-minta. Kemudian saya lihat ibu berpaling ke belakang.



"Masuk hari ketiga, kakak kami yang sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik-beradik. Saya tidak menyangka, seperti saya, kakak juga perasan ibu akan membelakangkan kami semasa menikmati bubur cairnya. Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dengan mangkuk.


"Saya tidak tahu kenapa. Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu diganggu? Atau, ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?


"Perlahan-lahan kakak mengensot badannyer mendekati ibu. Alangkah sedihnyer kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. Tiada sebutir bubur nasi pun di dalam mangkuk ibu!


"Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya. Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada adik yang bungsu. Kemudian kami sepuluh beradik sepakat menghadiahkan sesudu bubur nasi untuk ibu..


"Kami sedih. Kami tahu ibu sedang kelaparan, tapi ibu tidak mahu memberitahu kami. Ibu berkorban untuk kami. Ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.


"Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, saya lihat kakak mengensot mendekati ibu. Kemudian kakak menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi bersama tadi
"Makanlah mak!" kata kakak perlahan.

"Ibu berpaling memandang kakak. Tampa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun, kemudian terus berlari ke bilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata berciciran di lantai sehingga ke pintu bilik...."

Saya terus mematikan radio. Saya tidak sangup mendengarnya lagi. Dada saya sebak, mata saya digenangi air. Cerita seorang pendengar kepada stesen radio berkenaan sempena Hari Ibu pada tahun lalu itu terlalu sedih. Dan saya masih mampu mengigatinya walaupun setahun sudah berlalu.

Alangkah bertuahnya pendengar tadi kerana mempunyai seorang ibu yang setabah ibunya.  Kepada semua "SELAMAT MENYAMBUT HARI IBU"

Mastika Mei 2009

10 comments:

atie @ ejay said...

kaaaaak..sedihnya atie baca kisah ni:(

Syimama said...

Assalam..sebagai ibu yang juga seorang anak, rasa begitu tersentuh. walaupun pernah susah, tetapi masih syukur tidak sesuah itu..atas kegigihan ibu sy, rezeki tetap mengalir. Alhamdulillah.

CT Delima said...

Assalamulaikum Ita

SELAMAT HARI IBU buat Azlita :DD

tersentuh hati tatakala membaca artikal ini, rasa sayu hati ini bila menginatai IBU yang telah tiada.

Bila dikenang2kan kenapa seorang IBU boleh menjaga anak2 yang sebegitu ramai, sedangkan anak yang sebegitu ramai tidak dapat nak memberikan kehidupan yang bahagia buat seorang IBU.Semoga anak2 kita tidak tergolong dalam situasi seperti ini...aminnn

terma kasih Ita atas ucapan tahniah buat DDCT..sayang kamu, muahhh!

nuwairani ismail said...

Hmmm...sy pernah baca entry mcm ni jugak di blog kakak.dia bercerita dgn pelajar2 dalam kelas (sek ren).dgn dia skali menangis dlm kelas tu.sy sambil baca pon boleh nangis. sedih betol...

Mas said...

selamat hari ibu kak ita....

menitis air mata membaca cerita tu....

cik cek said...

Kasih Ibu Membawa Ke SYurga...kasih ibu tiada tolok bandingnya....

Sebak...besarnya pengorbanan seorga ibu...mampukah kita....hanya kita yang boleh menjawabnya....

Selamat Hari Ibu buat sume....:)

Antan Bertingkah said...

Selamat Hari Ibu Ita, menaglir air mata mebacanya.....

norlie said...

SELAMAT HARI IBU..SEDU SEDAN MEMBACANYE..

nut_deya said...

sedihnya cerita ni...

Kak Eiza said...

selamat hari ibu kak... sedihya baca artikel ni..

Powered by Blogger.