Follow if you like

May 21, 2011

READYMIX TIRAMISU and TQ kak Cek..

Assalamualaikum....

Sekejap aje dah penghujung minggu, sekejap aje dah penghujung bulan.. Diam tak diam kita dah nak melangkah ke 1/2 tahun... cepat aje kan masa beredar dan bumi ni berputar... kejam celik- kejam celik dah nak melangkah ke bulan Rejab, pas tu bulan Shaaban, pas tu dah mula berpuasa.. rasa macam baru aje sambut raya dah nak muncul semula...


Pagi2 ita dah masukkan Tiramisu ni.. hehe sebenarnyer ita buat semalam dan tak sempat nak masukkan N3 ni. Kira pagi2 ni kita cuci mata lah dulu... mana tau ada yg berkenan boleh lah mencuba untuk dessert petang ni.... Alaaa... terlupa pulak! sebenarnyer ita buat Tiramisu readymix punyer.. jadi tak de lah resepi yg khusus tuk Tiramisu ni...


Bertuah rasa badan ni bila ita mendapat kiriman Readymix Tiramisu ni dari Kak Cek "Kitchen is my World". Tak terkata rasanyer bila kak Cek sangup bersusah payah mencarikan redymix tiramisu ni untuk ita dan poskan lagi sampai ke rumah. Terima kasih banyak2 pada kak Cek, hanya Allah saje yg dapat membalas budi baik kak Cek.

Ianyer bermula bila ita nampak kak Cek buat Tiramisu ni. Mmg terasa teringin sangat nak mencuba tapi, bila tgk bahan2 yg diperlukan ia menggunakan redymix Tiramisu. Mula2 ita ingat nak tanya aje kat mana kak cek beli??? manalah tau ada jual kat JB ni.. atau nak tgk bungkusan nyer dan boleh lah ita dok ronda2 cari kat sini.. tapi, kata kak Cek, beliau beli kat kedai kek berhampiran off beliau kalau tak silap ita. Jadi kak Cek dgn baik hatinyer membelikan untuk ita.. bukan 1 tapi 2 bungkus sekali... terima kasih daun keladi kak Cek... :))


Kalau kak Cek kata, beliau jakun masa nak makan Tiramisu ni... ita lagi lah.... Masa nak buat dan nak mengayakanyer dalam gelas tu pun dah jakun... maklumlah tak pernah makan dan tak pernah buat pon... Kak Cek bagi dah lama dah benda ni.. tapi ada je barang yg tak de.. pas tu bila gi beli barang kuih selalu aje terlupa nak beli lady finger tu... Bila cakap pasal biskut lady finger ni adoiii... kelakar pun ada... member confident aje masa buat... bila kata celup dalam air kopi tu ita ingat biar lah rendam sekejap biar dia serap... bila nak ambil alaa.... aiii.. dia dah melarut terus dalam air... aii.. jakun betul... buat malu aje... hihi tak sangka pulak biskut tu cepat benar lembik dalam air... maknanyer mmg kena celup2 gitu2 aje tak leh lah nak rendam macam badak berendam tu haaa...


 Jom lah kita tengok hasil kerja ita yg tak senonoh ni... hehe malu nak tunjuk sebenarnyer..
Kepada kak Cek ita copy ye cara2 penyediannyer.. ni nanti kalau ita nak buat lagi senang ... tu ada lagi sebungkus tu.. boleh lah buat bila anak2 balik nanti... sedap! jugak Tiramisu ni rupanyer... hihi tak sangka pulak...

MyKitchen's Recipe

READYMIX TIRAMISU
by: Kak Cek

250 grams readymix tiramisu *

200 grams cold whipping cream - mesti sejuk baru kuar dari fridge *
300 grams cold low fat milk - mesti sejuk baru kuar dari fridge *
8 sudu kecil gula pasir
2 paket kopi segera
2 sudu kecil mocha emulco
2 sudu kecil coffe cappucino emulco
2 cawan air panas..
1 paket Cadbury Hot Chocolate segera
2 - 3 sudu kecil serbuk koko
Lady Fingers secukupnya..
Chocolate masakan -  disagat kasar2


Menggunakan stand @ hand mixer, pukul semua bahan2 bertanda * sehingga kembang dan ringan.
Campurkan kopi segera, gula pasir, mocha emulco, coffee cappucino emulco ke dalam mangkuk bersama air panas dan kacau sehingga larut, ketepikan.

Campurkan jugak Hot Chocolate segera ngan serbuk koko, ketepikan.
Sediakan bekas atau acuan mengikut kesesuaian masing2. Kalau guna bekas kaca tak perlulah disapu ngan shortening dan dilapik ngan aluminium foil. Tapi kalau nak guna jugak acuan loyang kek, seeloknya, memang disapu ngan shortening dulu past tu lapik pulak ngan aluminium foil melebihi paras acuan loyang kek. Pas tu sapu balik ngan shortening. Tujuannya bila  tiramisu siap dikeluarkan dari fridge, boleh terus je angkat aluminium foil tu.....shortening tak perlu disapu byk tau....sikit2 je....

Celupkan biskut lady fingers kedlm campuran kopi tadi dan susunkan kedlm bekas/acuan/loyang
Pas tu lapiskan pulak ngan adunan tiramisu keatas biskut lady fingers. Nak mudah isikan adunan tiramisu dalam piping bag. Kerja jadi mudah....buatlah lapisan tiramisu guna piping bag.

Ayakkan campuran hot chocolate ngan koko atas adunan tiramisu.
Taburkan pulak chocolate masakan yang telah disagat atas lapisan hot chocolate + serbuk koko tadi
Secara asasnya lapisan pertama - lapisan lady fingers, lapisan kedua -  adunan tiramisu, lapisan ke tiga - hot chocolate +serbuk koko, lapisan ke emapt - taburkan pulak hirisan coklat masakan.....ulangilah proses ini ikut saiz bekas/acuan/loyang sehingga selesai.

Selesai proses melapis tiramisu.Simpan dalam fridge lebihkurang 3 - 4 jam. Seeloknya semalaman. Sedap di makan dingin.


10 comments:

Mas said...

cantiknya gambar....
menggoda betoi nengoknya.....

~Norul Mas Hana ~ said...

sedapnyer... =)

Nur Ede said...

Assalam Ita..
Tengok gambo udah terliur nie.. musim panas skarang nie klu pekena Tiramisu yang baru kuar dari esbox.. ermm teramatlah nyaman nyerr.. itaaa.. akak nak jugee... huhuhu..

CT Delima said...

As'salam Ita

Ita cantiknya ita pagi ni, senyum melerek lah ni.. hahaha. ni ct puji2 nak mintak segelas tiramisu ni haa. ct pun jakunsss gak sebab lom pernah buat dan minum.. hehehe. nice pic :D

Antan Bertingkah said...

Salam Ita...
Sedapnya Ita...akak memang suka tiramitsu, tapi nak buat malaslah pulak...mintak segelas boleh?..

cik cek said...

Salam Ita...

Wah! cantik n comelnya Tiramisu Ita...teruja kak cek....sudi gak ita cuba readymix tiramisu tu....senangkan....:)Tq Tq Ita.....

Diana @ Melley Mey said...

comel sungguh... cantik n menarik.. suka tgk..

ainulwafi said...

salam k.ita...
terujanya tgk pics kt blog akk ni..menggiurkn semenya..x sah klu ari2 x jengah umh akk ni..kita nk tnya akk ckit..ladyfinger ada jual ke kt kdi bakery?pnh gak cr kt supermarket x pnh jupe pn..teringin gak nk wat tiramisu guna ladyfinger ni...

lina_pg said...

sungguh kutergoda...menawan sungguh

K.Nor said...

uishh menggoda betu.. :)

Powered by Blogger.