iklan

iklan floral cake

iklan ada

Friday, May 20, 2011

PUTERI DUA SEBILIK jangan nak skodeng eh!

Assalamualaikum...

Semalam petang ita buat kuih ni tuk minum petang. Hari tu ada kawan kita yg tanya ttg resepi kuih Puteri 2 sebilik ni.. hampir2 ita terlupa. Nasib baik masa singah jalan2 kat rumah Noorsha terpandang resepi ni.. baru teringat ttg permintaan kawan kita tu.. tu yg langsung merajinkan diri membuat..

eh.. eh.. ita tak derhaka tau kat resepi ni... cuma macam biasa ita ni kan pencinta alam sekitar.. dah tak mau dah tebang2 pokok.. tengok aje lah kan pencemaran sekarang dgn keadaan cuaca yg semakin tak menentu.. itu lah sebab kali ni ita tak guna daun pisang tuk buat kuih ni... hihi yaaaa... adoooo...


Sebenarnyer bukan tak nak guna daun pisang yg macam Noorsha buat tu... kalau guna daun pisang lagi sedap kan dgn harum bau daun pisang tu.. tapi aiii... malas nak citer... bila beli daun pisang selalu aje kena tipu.. hak yg kat luar bukan main molekkkk aje... hijau... macam lagu Zainal Abidin tu haaa... tapi allah... aii.. bila tgk kat dalam macam2 ada.. geram pun ada.. sambil mengurut dada istifar banyak2 bukan apa takut kena serang darah tinggi...

adoii... macam dah keluar tanduk pulak atas kepala ni... Ingat nak gi rembat daun pokok pisang yg kat ujung jalan tu ha... ala hari pulak ujan2 aje tak mau berenti2.. malas pulak nak menapak dalam ujan... lagi teringat tak baik makan barang rembat2 ni ha... astragfirullahnal azimmm..... urut dada lagiii...

adoiii... cakap banyak pulak di pagi Jumaat yang mulia ni...jom lah kita intai2 resepi Noorsha ni... kepada Noorsha akak minta izin tuk share resepi ni kat sini pulak lah ye! kepada yg nak buat cara bungkus dalam daun pisang boleh lah singgah ke dapur Noorsha, cik adik kita ni rajin betul siap tunjuk kan step by step lagi bagaimana cara nak buat kuih ni...


MyKitchen's Recipe

PUTERI DUA SEBILIK  
by: Noorsha

Bahan A (Untuk Inti Kelapa)
1/2 biji kelapa parut
1 cawan gula melaka yang telah dipotong kecil2
3/4 cawan air
1sb tepung gandum + sedikit air = larutkan
secubit garam

Bahan B (Untuk '2 Orang Puteri')
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
secubit garam
2 pewarna kegemaran

Bahan C (Untuk 'Bilik Puteri')
1 cawan tepung beras
1 cawan santan pekat
4 cawan air
1 sk garam
1 helai daun pandan - disimpul - ita tambah
Daun pisang secukupnya - dilayurkan terlebih dahulu.


Untuk Inti Kelapa  
Dengan api sederhana, masukkan satu cawan gula melaka yg telah dipotong2 kecil bersama air kedalam kuali. biarkan gula tersebut larut dan masukkan kelapa parut. kacau selalu.
Bila inti tadi hampir likat, masukkan tepung gandum yang telah dilarutkan dengan sedikit air  dan kacau lagi hingga pekat. sejukkan.
Bila inti kelapa sudah suam2 kuku, celupkan jari kedalam minyak dan bulat2kan inti tersebut besar sedikit dari saiz guli sebanyak 34 biji. ketepikan.

Bahan B
Campurkan tepung pulut dan garam kedalam mangkuk. Tuang air sedikit2 dan uli hingga menjadi doh. jika doh terlalu kering, tambahkan sedikit air lagi & jika doh terlalu lembik, masukkan sedikit tepung.

Bahagi doh tepung pulut tersebut kepada 2 saiz yang sama besar. titiskan pewarna pilihan untuk setiap satunya. saya gunakan warna pink dan hijau.
Bulat-bulatkan doh yang telah diwarnakan tadi setiap satunya kepada bulatan kecil sebanyak 17 biji. (17 biji pink, 17 biji hijau)
Ambil satu doh yang dibulatkan tadi, leperkan dan masukkan sebiji inti kelapa, tutup rapat2. buat sehingga habis.

Bahan C
Masukkan tepung beras, santan pekat, air, daun pandan dan garam kedalam periuk. Dengan api kecil , kacau adunan tersebut sehingga likat (sentiasa dikacau supaya tidak bergentil2)
Ambil sehelai daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu, letakkan 2 sudu makan adunan tepung beras ditengah2 daun pisang, kemudian letakkan 2 biji bebola tepung pulut yang berlainan warna tadi diatas adunan tepung beras.
Lipat daun pisang sebagaimana melipat kuih lepat. Hati2, sebab adunan tepung beras tadi masih panas, takut melecur tangan...
Ulangi proses 9 & 10 hingga selesai kesemuanya.
Kukus sebentar selama 15 minit, biarkan suam seketika kemudian sejukkan dalam peti ais.
Sesuai dibuat pencuci mulut atau minum petang.... Selamat Mencuba!~  q;-)

Cara ita, cuma masukkan adunan yg telah siap ke dalam acuan. Oh! ye ita hampir terlupa kak Madiha pernah tanya apa acuan yg ita gunakan, Ita guna acuan silicon dan acuan ita ni mmg tinggi dari acuan biasa. Kalau di ukur tingginyer sama seperti tinggi 2 acuan lompang. Ita masukkan sedikit lapisan putih, kemudian diikuti oleh 2 bebola merah dan hijau kemudian tutup dan padatkan kembali dgn lapisan putih.

21 comments:

Mas said...

akak..mas tak pernah buat lagi kuih ni....
tahu beli jerk..kikiki..
cantik jerk puteri 2 sebilik tu yerk...
menggoda...

DG said...

Innovative & pretty desserts!

Yatie said...

uwaaaa...good idealah Ita, menarik kuih ni....elok sangat dok dlm bilik terbukak tu....kih3..

kalau citer bab daun pisang ni mmng klakorkan..Yatie kalau beli pun mcm gitew gak....bnyk yg tak elok kat dlm, kuning pulak tu...yg klakor lagi bila naik kereta kat tepi2 jln ada pokok pisang.....siap Hamka kata, tu pokok pisang mama...mama tak nak ambek ke????...ya ampunnn gara2 citer daun pisang, dah dia tunjuk pokok pisang kat tepi jln plk...padahal Yatie tak pernah ambek sembarangan taw..adoyaiiii...

yg klakor lagi kalau dlm citer kat TV...kebetulan umah dlm citer tu ada pokok pisang, cepat2 dia panggil Yatie...mama cepat..mama cepat tngk...ada pokok pisang ni....kih3..klakor betullah..

nur easy said...

cantiknya sang puteri..;)

CT Delima said...

As'salam Ita

kot2 kalau skodeng nampak apa tu..?? hahahaha. bergurau senda di pagi Jumaat banyak pahalanya. jangan dok mengumpat udahlah kan.. tak baikkk.. dosa urut dada gak.. hehehe. ada2 jer Ita ni.

ct pun tak pernah lagi buat, selalu tengok orang jual tak pernah pun beli. Tapi bila dah tengok Ita punya ni rasanya kena mencuba jugalah nanti :D

noorsafone said...

dua org puteri yg cantik duduk dlm bilik...Ita yg sgt kreatif...Kak noor suka...teringin juga nk mencuba..cantik kuih ita.

Sue's said...

Ha ah la kak ita...kalau payah bena nak dapat daun pisang + M tu boleh jugak buat cenggini...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

cakap pasal daun pisang.. kat PJ ni pun sama jugaklah ita.. kalau beli daun pisang.. yg kat luar tu mmg cantik.. hijau, lebar.. tp bila buka dalam.. yg pendek2 diletaknya.. kalau yg lebar pun.. yg dah terbelah2 diletaknya... mmg sakit hati jugak..dok terfikir.. kenapalah berniaga mcm tu kan.. tak baik tipu org.. kalau benda tak boleh guna.. takpayah le letak.. tu kira barang dah rejectlah tu.. hmmm.. sabor jelah.. anyway.. ita mmg kreatif.. lebih cantik bila puteri2 dok dlm bilik mcm tu.. tak intai pun nampak jugak dia... siap bermekap2 lagi... hihihi... kalau org lama2 panggil ni kuih tepong bungkus kan..

aeinio said...

adehhh tak tahan,, nak carik kelapa parut, daun pisang gula melaka bla bla bla.. air liur dah meleleh...

CheKiah said...

Assalammualaikum ita..xpeduli kak kay nk skodeng juga sapa suruh bilik x letak pintu & dinding hehe kak skodeng resepi yer! cam slalu nk gak puji lbh2 cantiknya sang put3 dia kemas cara duduknya..pujian ikhlas kasi smgat kobar2 tuk ita occay!

Yani said...

gud idea.. boleh tiru ni

AZLITA AZIZ said...

mas, akak pernah jugak buat dulu guna resepi Pak Engku.. tapi masa tu belum sibuk berblog lagi... hihi

AZLITA AZIZ said...

TQ DG

AZLITA AZIZ said...

haha... tu lah puteri sekarang.. nak air cond tu yg terbukak aje...

betul lah yatie.. kadang2 rasa macam nak tanam aje pokok pisang.. tapi mengenangkan tanah yg sekangkang kera ni... aiii....

AZLITA AZIZ said...

terima kasih nur

AZLITA AZIZ said...

wasalam...
adoiii... Ct nampak lah isi perutnyer tu hihi

AZLITA AZIZ said...

terima kasih kak Noor...

AZLITA AZIZ said...

mudah kan Sue... so lepas ni tak leh lah nak bagi alasan tak boleh nak buat kuih sebab tak de daun... hihi

AZLITA AZIZ said...

betul lah kak Madiha... ita pun geram tau kalau kita dah bersemangat nak buat kuih pas tu tgk daun macam tu... adoiiii... mmg boleh keluar tanduk lah...

oh ye ke kak sama eh dgn tepung bungkus... ita pun tak tau sebab banyak sangat kuih tradisional dan setiap daerah dan tempat macam2 nama dan gelaran yg diberikan..

Naimatul Hafizah Nor Rodin said...

menariknya, sgt kreatif...

qaseh said...

Salam.
Superb..colour n cara persembahan very up to date..I like n teruja nak buat this weekend n klu jadi..nak buat utk my cousin wedding utk makan beradap..tp nak tanya sikit...saya nak tiru style yg pakai bekas tu...bila sudah masukkan adunan tu kedlm bekas..kena kukus selepas itu dan masukkan dlm peti ais ker...