Follow if you like

May 5, 2011

PUDING KUKUS DELIMA ISTANA

Assalamualaikum...

Hari ni ita nak tunjukkan Puding Kukus Delima Istana. Ita buat puding ni semalam gara2 tergoda sangat dgn puding dari dapur Kak Ummi. Mula2 tergoda dgn kejadian puding tu yg benar2 menawan kalbu.. Tapi nak buat puding ni menggunakan agar2 tali.. kita ni dah lama tak beli agar2 tali tu.. gara2 semua resepi sejak dua menjak ni banyak menggunakan agar2 serbuk atau jely. Kesudahannyer terpaksa jugak lah pergi mencari agar2 tali ni..


Bila dah buat... walaweiii.... rasanyer mmg sedap! Ita makan dgn sirup caramel lagi lah bertambah2 sedap! rasa2 kalau makan dgn kuah kastard lagi lah sedap kan.. Suami ita yg paling suka sekali.. dia mmg suka kalau makanan yg lembut2 dan manis cam ni... memang bertambah2 dia makan dan tak putus2 menyuap ke mulut.. hehe


Tapi sebelum mula buat puding ni nak habak siang2 nooo... puding ni kalau ikut resepi mmg dapat banyak tau! seperti kata kak ummi sekampung boleh merasa puding ni.. mmg tersangat lah banyak... Ita buat 1/2 adunan pun dah terasa banyaknyer untuk family yg tak ramai mcm ita ni.. jadi pandai2lah adjust2 resepi untuk dapatkan puding yg sedap dan tidak berlakunyer pembaziran...

Terima kasih pada tuan empunyer resepi Puding Kukus Delima Istana ni... terima kasih juga kepada kak Ummi yg memanjang2kan resepi puding ni.. dan ita panjang2 kan pula disini.. ye! untuk menambahkan lagi koleksi puding yg akan menjadi resepi kegemaran ita sekeluarga... eh! terlupa pulak nak bagi tau.. ita ada tambah 1 sudu tepung kastard dalam adunan ni... saje je... memandai2 khik.. khik..


MyKitchen's Recipe

PUDING KUKUS DELIMA ISTANA 
by: Kak Wan @ Resepi Citarasawan
Sumber : kak Ummi

Bahan-bahan
  • 37.8 gm agar-agar panjang (strips agar-agar)
Bancuhan Telur
  • 3 cawan air
  • 1 cawan sirap cocktail (dari 1 tin Tropical fruit cocktail diasingkan sirap dan buahnya)
  • 1 tin susu cair ideal / susu segar
  • 1 tin (505gm) susu pekat manis(*update: akak letak 450 gm je)
  • 6 biji telur gred A dipukul dahulu
  • 1 sudu teh esen vanila
Bahan Taburan
  • 1/2 tin buah cocktail
  • 1 cawan mixed fruits (ceri merah dan hijau, kismis, blackcurrent)
Cara-cara
  1. Rendam agar-agar panjang selama 4 jam. Toskan, tanpa memotong agar-agar tadi.
  2. Didalam bekas lain, satukan semua bahan bancuhan telur, pukul ringan hingga rata. Tapis.
  3. Basahkan loyang, penuhi dasar loyang dengan agar-agar panjang. Kemudian tabur dengan sedikit bahan taburan hingga rata. Tuang pula bancuhan telur hingga menutupi agar-agar dan buah tadi.
  4. Ulangi melapis berselang seli agar-agar, buah dan bancuhan telur hingga habis. Lapisan terakhir tabur dengan buah-buahan diatasnya.
  5. Kukus sekurang-kurangnya 1 1/2 - 2 jam. Kukus sekejap akan menyebabkan agar-agar tidak larut.
  6. Angkat dan biarkan agar-agar menjadi suam baru dimasukkan ke dalam peti sejuk.
*** K1 merendam agar-agar lebih lama untuk menjimatkan masa mengukus. Dalam resipi ni K1 hanya mengukus selama 1 jam sahaja. (*akak pulak dah lebih dari 6 jam merendam agar-agar tuh...jadi kukus sejam pun ok jugak...)

Pesanan Penaja...hehee : Kalau family x ramai tu buat separuh adunan cukuplah sebab resepi ni menghasilkan untuk 1 kampung makan...wakakakaa...Pastu kalau dah x banyak dan rajin tu, elok lah dikukus dalam acuan kecik2, lagi senang xyah potong2...Kalau dalam loyang cam akak ni, susah sikit nak potong, x lawo le....tp rasa menteeeennnn...best gilosss! Sesuai gak tambah lemak..hahaha


Resepi kat atas ni mmg ita copy sebijik2 dari dapur kak Ummi. Ita cuma buat 1/2 dari adunan asal. Ita tambah 1 sudu besar tepung kastard untuk menghilangkan rasa telur. Ita rendam agar2 tali tu semalaman jadi masa mengukus ita kurangkan juga kepada 1 jam. Ita letak dalam loyang 3 segi. Mudah sikit nak potong kerana agar tu dah lembut. Tapi pastikan agar2 benar2 sejuk dan simpan dalam peti ais sekurang2nyer 4 jam supaya mudah kita nak potong nanti. 

10 comments:

Mas said...

cantiknya menariknya puding kukus delima istana tu....

Zalinah Basir said...

Assalamualaikum Ita..
Pagi2 dh letak puding.. terasa anak tekak ni kalau dpt rasa nyaman sekali.. mmg sedap puding ni akak pernah rasa tp belum mencuba lagi.. hehe

Yatie said...

uwaaa menariklah puding ni...lama tak beli dan guna agar2 tali tu...nak rasa Ita punya jelah..leh ke...

CT Delima said...

Assalamulaikum Ita

Haaa.. ni puan ct delima dah datang, asik kena seru jer kan ... hehehe. cantik nya kejadian puding agar2 ni Ita. ct renung dan tenung lelama. sangat sedap, Hb ct pun memang gemar makan puding2 ni. lama sangat tak buat dessert kat rumah. bolelah buat ni nanti :D

Wanieyra said...

Kak Ita..

Puding ni mmg sedap sbb pernah makan rumah saudara dulu. Katanya dulu, org2 dlm istana je makan puding ni. Lagipun maknya mmg tukang masak istana. Masih teringat lagi keenakannya tu sampai loni....

lina said...

salam kak ita - Bukan saje cantik tp nampak sgt sedap...:)

Ummi said...

Itaaaaaaaaaaaaaaa....apasaiii lawoooo betuiiiiii??? Betuii ke x betuiii tuh...hahahhaa...fengsan seminggu lak kat dapur Ita nih...sedap kan Ita...rugilah mereka yg tidak terjebak dgn kesedapan puding nih...*psstt - japgi Mat pun pengsan sini..hahaha

Mat Gebu said...

Waaaaaaaaaaaaaaaaa...pengsannn....oksigen pleaseee, kalau tak de, pam oksigen dgn pam basikal pun boleh lahh....nak pengsan nihh....pesal lawaa benoo kejadiannyaaa...

cik cek said...

Salam Ita ....

Tak berkedip mata kak cek tgk puding ni...Wow! syg pulak rasa nak makan...hu hu..pandang2....jeling2....makan jangan...:)

Nuridah said...

Assalamualaikum Ita,

Cantik berseri gitu...terpegun kak nur melihatnya...nak pengsan tapi tak leh pengsan...byk kerja nak buat...nanti2 lah boleh pengsan mcm CMG tu...heheh.

Powered by Blogger.