Follow if you like

May 26, 2011

NASI GORENG HIJAU

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua... uik!!! pening2 ini blog sudah pening... N3 yg hilang dah masuk balik... huhu jangan kata aik! mcm pernah nampak aje... awat di ulang tayang... sebenarnyer blog ni dah mula meroyan... jadi kepada yg pernah terperasan N3 asam pedas daging tu tadi mmg dah pernah ada dlm blog Masam Manis ni... ita dah masukkan lama dah tapi pagi ni dia masuk balik setelah ghaib beberap hari.... harap makhlum ye!... hihi


Dah sarapan ke??
sarapan apa?? eh! terkepoh sekejap...
Hari ni ita buat nasi goreng aje untuk sarapan pagi ni. Biasa semua suka makan nasi goreng kan? nasi goreng memang sesuai untuk hidangan pagi atau makan malam. Boleh dikatakan ita sekeluarga memang pengemar nasi goreng.


Tapi nasi goreng ita hari ni, Nasi goreng hijau. Nasi goreng ni hijau bukan lah disebabkan kita bubuh pewarna atau letak air daun pandan... Sebaliknyer ita gunakan cili hijau. Kalau buh cili api pun ita gunakan cili api yg warna hijau. Itu lah yg menjadikan nasi goreng ni bewarna hijau.

Rasa dan cara membuatnyer sama aje macam nasi goreng yang biasa kita buat tu. Cuma tukar cilinyer aje.. Sekali2 kita berubah penampilan untuk tambah menarik dan lebih memikat apa salahnyer kan... Sekurang2nyer ia menambahkan lagi selera ketika kita berada di meja makan.


Jom kita ke dapur kita intai2 menu yang ringkas dan paling simple cara penyediannyer ni. Cepat di masak dan sedap dimakan..

MyKitchen's Recipe

NASI GORENG HIJAU

4 cawan nasi sejuk - diperoi
2 biji telur - dikocok
1 gengam ikan bilis - digoreng
1 kiub ikan bilis

Bahan Kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
6 biji cili hijau
4 biji cili padi hijau
1 inc belacan

Panaskan minyak, dan tumiskan bahan yang di kisar sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan kiub ikan bilis biar ia garing sebentar. Kemudian ketepikan sedikit semua rencah ketepi kuali dan buatkan lubang di tengah, masukkan  telur, biarkan keras sebentar barulah di hancurkan dan digaul semula dgn perencah tadi hingga rata.
Masukkan nasi dan garam. Kacau hingga masak dan rata. Akhir sekali tutup api dan masukkan ikan bilis. Kacau rata. Siap untuk hidangan.

8 comments:

Mas said...

akak..tumpang sarapan sini..
sedappnya tengok nasi goreng tu...

noorsafone said...

Nasi goreng yg simple...tapi sedap...belum sarapan ni,lapar nampak nasi ita tu..

CT Delima said...

As'salam Ita

fuhhh..nasi goreng memang semua suka. Tapi ct pantang pulak makan nasi goreng ni. bila dah makan 1/2 jam mesti mata berat semacam jer nak tido..hahaha.

guna lada hijau atau cili hijau memang sedap, dan kaler nasi atau lauk nampak menarik jer :D

nonierahman said...

kak ita..nasi goreng tue sedap....

Bee said...

Assalamualaikum,

Ita, pg ni kami bekfes roti gulung sardin ye, pekena nasik goreng pedas2 best nih!!!:)

norlie said...

ada lagi..x nak semagkuk!

alinac lover said...

yong suka!

Sakin Hani said...

biasanya resepi akak ni utk brape org makan ye? 4 org?

Powered by Blogger.