Follow if you like

May 14, 2011

Menembak lagi...

Assalamualaikum...

Fuhh!! lega rasa setelah beberapa hari siaran tergendala... kalut sekejap dan troma bila N3 ilang dan komen pun raib entah ke mana... haha tak pe lah kan jangan semua ilang dah le... sayangnyer resepi yg telah dikumpul sekian lama. Bukan mudah nak dapat resepi yg terbaik dari rakan2 masak yg sudi berkongsi resepi. Ita berharap sangat agar blog ni tak lupus sekurang2nyer inilah ilmu paling berharga yg ita kumpul dan bakal ditinggalkan untuk anak2 ita.. Banyak resepi tradisi lama yg entah anak2 kita temui lagi atau tidak dimasa hadapan... Sekurang2nyer anak2 boleh jadikan panduan untuk mereka setelah maknyer ni menutup mata kelak...

Sebagaimana yg telah ita janjikan hari ni ita nak berkongsi tips yg ita gunakan untuk ambil gambar masakan ita. Sebenarnyer malu nak cerita sebab ita bukan lah bertaraf pro yg boleh beri tunjuk ajar.. pegang kamera pun masih gigil lagi.. aiii.. macam mana nak ajar orang kan... tapi sekurang2nyer ita harap sangat apa yg ita kongsikan ini dapat membantu rakan2 ita. Kepada yg lebih arif... sekiranyer ada salah dan silap harap tegurlah ita kerana ita budak baru belajar jugak...

Dalam N3 yg lepas ita dah beritahu yg ita menggunakan camera  Canon EOS 550D boleh tgk kat SINI dan ita gunakan lens Canon 50mm f1.4. Rasanyer lens ni sangat serasi dgn ita, ianyer sangat ringan, mudah dikendalikan dan ita sangat sukakan effect backgound kabur pada lens ni. Sebenarnyer banyak lagi fungsi lens ni yg ita tak kaji lagi... gali... gali... sepatah kata kak Ogy. ye! ita mesti mengali lagi ilmu photographer supaya lebih mahir...

Minat untuk ambil gambar ni muncul seiring dgn bermulanyer era ita berblog. Mula2 dulu ita suka ambil gambar anak2 ita, gambar rumah, gambar kucing dan apa2 benda yg ita rasa menarik. Tapi bila dah mula minat ambil gambar makanan, minat tu semakin menjadi2 dan sukanyer lihat hasil masakan di gambarkan dalam bentuk foto. Amat teruja dan menakjubkan. Dan ita rasa ini sebahagian dari kehidupan yg sepatutnyer ita lakukan 20 tahun yg lalu.

Siapa kata gambar anda tak lawa... Semua gambar yg di ambil tu menarik.. Hanya kita yg tahu apa sebenarnyer yg kita hendak dalam sesuatu gambar. Ibarat kita melukis di atas kanvas begitulah juga imiginasi kita setiap kali kita mula ingin melakarkannyer dalam bentuk foto. Biasa sebelum ita memulakan sesi photografi.. ita akan lakarkan dulu bagaimana anggle yg akan ita ambil. Ini sebenarnyer dapat menjimatkan masa. Ita juga akan pastikan dari sudut mana pencahayaan itu datang.

Untuk mendapatkan gambar yg cantik cahaya perlulah seimbang. Kalau dulu ita ambil gambar di luar sekarang ita ambil gambar di dalam rumah. Sebagaimana yg ita katakan dulu, ruang dalam rumah ita sangat gelap dan kurang pengcahayaan. Lampu pula semua warm light dan pasti membuatkan gambar menjadi kuning dan kurang menarik. Sekarang ita perlu dapatkan cahaya dari sumber utama iaitu cahaya matahari. Oleh itu ita terpaksa mencari cahaya yg direct. Fokus utama ita adalah tingkap dan pintu. Ye! sebenarnyer cahaya dari tingkap dan pintu paling sesuai untuk dapatkan gambar yg cantik dengan effect bayang dan butir pantulan cahaya yg menarik. Apalagi... gi lah jeling2 tingkap dan pintu rumah anda, dan pastikan cahaya dari pintu dan tingkap itu cukup terang untuk dapatkan gambar  menarik yg anda inginkan...


Ok sebagaimana yg anda saksikan itulah ruang yg ita gunakan untuk ambil gambar. Ia berdekatan dgn tingkap. Ita gunakan sugar paper untuk dapatkan belakang yg gelap, dan kadang kala ita gunakan polestrin bord untuk kawal cahaya, kira fungsinyer  sebagai reflector. Tapi masa ita ambil gambar diatas tu hari mendung jadi cahaya kurang ..so ita tak gunakan polestrin, kalau tak ita akan letakkan di kiri dan kanan untuk control cahaya. Yang terpacak hitam di depan tu adalah tripot yg ita gunakan sekarang untuk ambil gambar. Ita terpaksa gunakan tripot supaya gambar sharp dan tak goyang. Tangan ni kan kurang bedung jadi dia ada gigil sikit setiap kali nak acukan senapang tu... hihi

Sebenarnyer ruang ita ambil gambar berubah2 mengikut masa kerana ita mencari matahari. Kalau waktu tengahari ita ambil gambar di tingkap tu. Kalau petang ita ambil gambar di pintu tepi sebab kat situ je ada matahari pada waktu petang dan kalau pagi ita ambil di pintu dapur kerana matahari muncul pagi di sebelah dapur ita.

Ini gambar yg ita ambil pada waktu petang, di tepi pintu sliding. Cahaya masuk dari sebelah tepi masa ita ambil gambar ni. 

ini gambar yg ita ambil pada waktu pagi sekitar jam 9 pagi. Cahaya dari hadapan ita ketika ita ambil gambar ni. Kira kedudukan ita ambil gambar seperti mana anda duduk lihat gambar ni. 

 cahaya dari tepi dan kedudukan ambil gambar 45 darjah. Waktu hari mendung.

Cahaya dari tepi waktu tengahari. Kedudukan ita ambil gambar di pintu. Pada waktu ni ita tutup atas dgn bord supaya tak terlalu banyak cahaya.

Nak terangkan lebih2 mmg tak berapa pandai ok ita letakkan berapa shutter speed, aperture dan ISO yg ita gunakan utk ambil gambar sebagai panduan. Tapi ia akan berubah2 mengikut cuaca dan kedudukan. Ini hanya sebagai panduan aje ye!

lens : 50mm f/1.4
ISO : 1200
aperture : f5.6
S/speed : 1/60

lens : 50mm f/1.4
ISO : 400
aperture : f2.2
S/speed : 1/250

lens : 50mm f/1.4
ISO : 200
aperture : f2.0
S/speed : 1/400

Sebelum terlupa ita gunakan mode M. Dan ita guna kan cara manual. Ita tak gunakan auto shoot. Metering Modes ita letakkan dekat potrait dan micro mode.


8 comments:

fara dean said...

Assalammualaikum kak ita..
mcm pro la..
bab aperture n metering tu kkdg malas nak bega..huhu

izahdaut said...

kak ita..
mekasih bagi guide tu..
memang tak nafikan guna tripot gambar clear kan. cantik sangat gambar2 tu. mmg nak kena pandai main cahaya..
saya nak try lak cara setting akak tu.. tapi mmg kena depend pada cahaya sendiri kan. saya suke yang agar2 lime tu.. yg ijau dlm gelas tu.. gambar tu cantik sangat.mmg mcm pro.

Nur Ede said...

Assalamualaikum Ita..
Gambar2 yang ita shoot mmg cantik2.. akak mmg suke tengok.. kekadang tu.. begitu asyik sampai x sedo dah berapa kali asyik tertelan air liur jew..kerana terbayang kesedapan kuih muih yang ita buat tu...hehehe.. papon terima kasih sudi berkongsi ilmu dan cara2 untuk shoot gambar yang cantik... "sharing is Caring" thanks..

suealeen said...

lens 50mm lens wajib ada bagi setiap photographer.

snuMun said...

wah..suka la kite baca post akk..kite pun de DSLR gak..tp taktau teknik amik gmbr foodies cantek2...thnx kak for the post

Zack Zachoes said...

a'kum kak, baca macam paham mcm tak faham. hehehe.. En. Hubby ada ajar pasal ISO, shutter speed, yada yada ni tp al-maklumlah, kalau bg pegang mixer yakin la sket nk guna..time pegang kamera terus kaku, main hantam saja la~ hehehe.. nnt nk ikut cara akak ni la, cuma sy guna Nikon 3000, lens 18-200mm gak kalau tak silap. ada lg panjang leh tangkap lg canggih tp terlalu berat dan semestinya lg tak reti. hehe.. (malu I) BTW good quality photos, and nice work :)

~misslaily~ said...

huhu..tak mampu nak angkat 50mm f1.4.
huuuu... tapi mampu belajar dari sudut angle, dan lighting dari akak. sangat cantik, thanks a lot

Gorgeous Fever said...

wow. memasak pandai. tangkap gambar cantik! (:

Powered by Blogger.