Follow if you like

May 10, 2011

LEMAK TELUR PUYUH DAN BONCIS

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua... tentu semua sedang sibuk menghidangkan juadah untuk keluarga... Ada jugak yg baru keluar dari off dan tengah mencongak2 nak makan apa tengahari ni...

Hari ni ita lambat bersiaran. Maklumlah sekarang ni minggu peperiksaan. Anak ita Dalili periksa sekolah Agama. Jadual waktu semua berubah. Time masuk sekolah jugak berubah. Kalau dulu masuk pukul 8.30am hari ni dah kena masuk pukul 7.20am. Tu yang membuatkan semua perancangan yg telah diatur terpaksa dirombak semula. Awal pagi dah kena bangun. Nasib baik suami ita sedia membantu menghantar Dalili ke sekolah. Kalau naik bas, seawal 6.00 am dah kena tunggu depan pagar. Kesian pulak tengok dia yg masih lena tidur tu.. tak sampai hati nak kejut dia awal2 pagi.


Dua orang anak bujang ita pun periksa jugak hari ni. 2 hari lepas dah talipon minta doakan semoga dia dapat menjawab setiap soalan peperiksaan tu dengan mudah. Kiranyer berharap benar setiap apa yg telah di baca dan diulangkaji keluar dalam peperiksaan. Insyaallah... mak sentiasa berdoa untuk kebaikan anak2. Doa tak putus dari bibir ini sentiasa mengharapkan biarlah semuanyer yg terbaik buat anak2.


Ita masak ringkas aje hari ni. Semuanyer untuk Dalili alas perut kesekolah. Petang sikit baru masak untuk suami ita pulak. suami ita balik lewak hari ni.. sibuk sikit sejak dua menjak ni.. Sibuk dgn projek barunyer. Jom lah jengah dapur ita ni ha... masak yg campak2 aje... yg ringkas2

 MyKitchen's Recipe

LEMAK TELUR PUYUH DAN BONCIS
500gm kacang boncis
10 biji telur puyuh - direbus dan kupas kulitnyer
1/2 batang lobak merah - dihiris
cili hijau dan cili merah - dihiris
1 batang serai - dititik
1/2 cawan santan
garam secukup rasa

Bahan kisar
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
secekut ikan bilis atau udang kering
1 in kunyit

Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan santan, serai dan air dan masak hingga didih. Rasakan garamnyer. Kemudian masukkan telur puyuh, kacang boncis dan carot. Masak hingga sayur hampir layur. tutup api dan taburkan hirisan cili.

4 comments:

Nazrah Bakery & Dunia Kuih said...

Menarik tu Kak Ita...pekena ngan sambal belacan ok gak....

cik cek said...

yang ringkas tula yang sedap Ita...

Wanieyra said...

Simple2 pun nampak sedap kak, kalu ada jual lauk mcm ni..mesti kejap je licin

Mekar said...

Memang nampak ringkas, tapi saya perhatikan teknik potong sayur lobak itu ada lambang kerajinan


From : mymekar.com

Powered by Blogger.