Follow if you like

May 19, 2011

LAKSA SINGAPURA

assalamualaikum...

Hari ni ita masak awal sikit. Tapi mak ita datang rumah jadi tergendala lah segala urusan nak masukkan N3 ni. Dapatlah mak ita merasa menu hidangan ita hari ni...Ita masak laksa. Tapi kali ni ita nak bawa semua melancong ke Singapura, kerana ita masak laksa Singapura. Eh! ita tak tau yg Singapura pun ada laksa mereka sendiri. Walaupun berjiran dan mempunyai keluarga besar di Singapura tapi tak pernah pula ita merasa laksa Singapura ni.


Walau macam mana pun kita kan masyarakat serumpun tak banyak sangat perbezaan dalam menyediakan menu masakan. Resepi Laksa Singapura ni ita ambil dari Majalah RASA keluaran bulan Mei. Resepi hasil sumbangan Pn. Asmah Laili seorang deja radio yg cukup popular di Singapura. Menurut Pn Asma, beliau mula serius memasak selepas mendirikan rumahtangga dan kini beliau telah menerbitkan beberapa buku masakan seperti "mintak ampun... Sedapnyer" yg juga kini telah menjadi salah satu koleksi buku masakan ita.


Berbalik pada menu laksa Singapura ni, boleh ita katakan sangat sedap! terasa semua rempah ratusnyer dan baunyer yg harum mmg menusuk ke hidung. Rasanyer lebih kurang sama dgn laksa Johor cuma kuahnyer sedikit cair berbanding kuah laksa Johor yg agak pekat. Tapi sebenarnyer boleh diubah mengikut citarasa pengemarnyer kalau nak pekat kita masaklah kuah tu sampai pekat kalau nak kuah yg cair kita lebihkan sukatan airnyer..


Cara penyediannyer juga sedikit berbeza, kalau laksa Johor menggunakan spagetti, laksa Singapura mengunakan mi laksa putih. Tidak menggunakan bunga kantan dalam penyediannyer bahan hirisan. Seperti biasa kalau tak de sambal belacan mmg kurang kick kan?? tapi kalau mengikut sukatan ni dah cukup pedas dah! tak taulah mungkin cili yg ita beli kali ni agak pedas. Tapi memang sedap! cubalah...


MyKitchen's Recipe
LAKSA SINGAPURA
by: Pn Asmah Laili

2 kg mi laksa - dicelur dan toskan
3 tangkai daun kesum - dicuci bersih dan dirampai
3 tangkai daun selasih - dicuci bersih dan dirampai
300 gm taugeh - boleh celur atau dimakan mentah
3 biji timun - di hiris halus lidi mancis

Bahan Kuah
1 ekor ikan parang - boleh juga ganti dgn ikan tenggiri
20 tangkai cili kering - direndam dan dikisar
6 batang serai - dikisar
2 cm lengkuas - dikisar
10 ulas bawang putih - dikisar (ita kurangkan)
4 biji bawang besar - dikisar (ita guna bawang merah)
1/2 biji kelapa parut - dijadikan kerisik
2 biji kelapa parut putih - ambil santannyer
1.25 liter air
8 sudu makan rempah kari ikan
150 gm asam jawa - ramas bersama air dan tapis ambil airnyer sahaja
250 gm ikan kering kurau - diambil isinyer dan direndam hingga lembut
125 ml minyal masak - utk menumis
sedikit garam dan gula.
sedikit belacan - ita tambah
1 kiub ikan bilis - ita tambah

Bahan sambal belacan
30 biji cili merah
10 biji cili padi
1 sudu makan penuh belacan bakar
1 biji limau kasturi 
Semua bahan diatas ditumbuk atau dikisar kemudian letakkan jus limau kasturi dan secubit garam.

Untuk membuat kuahnyer, buang kulit ikan parang, dipotong empat dan dibersihkan. kukus ikan bersama serai.
Setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinyer. Kisarkan isi ikan bersama kerisik kelapa dan ketepikan.
Gaulkan rempah kari ikan bersama bahan kisar dan tumis hingga garing dan naik aromanyer.
Kemudian masukkan kerisik dan ikan yg telah dikisar. gaul higga sebati dan tutup periuk sebentar.
Setelah itu barulah masukkan air dan biarkan mendidih.
apabila mendidih masukkan santan dan kacau lagi hingga rata. biarkan mendidih sekali lagi.
setelah mendidih masukkan air asam, diikuti dgn ikan kurau dan biarkan hingga kuahnyer naik minyak. 
Perlahan2 dgn menggunakan senduk, keluarkan minyak yg terdapat di permukaan kuah dan buang.
Apabila masak, angkat dan hidangkan bersama mi laksa, sambal belacan dan juga bahan hiris yg lain.

18 comments:

Mas said...

kak ita, mas tak pernah makan lagi laksa spore ni..
nampak sedappppp la...
nak semangkuk...

Mas said...

kak ita, mas tak pernah makan lagi laksa spore ni..
nampak sedappppp la...
nak semangkuk...

AZLITA AZIZ said...

memang sedap mas, akak makan bertambah2 suka sangat.. mungkin sebab kuah dia nak dekat sama dgn laksa Johor tu yg terlebih2 suka.. :)

CT Delima said...

As'salam Ita

Ni pengemar laksa dah datang siap bawak mangkuk lagi haaa... hehehe. Tapi taugeh tak mahu eh. kuah kasi lebih2..hahaha. ct tak makan taugeh lah.

Ayu said...

Assalam, ita,
ni orang spore datng nak rasa laksa spore..kita pun bawak mangkuk besar ni..hehe

Cendana Kasih said...

Assalam Ita.. nampak sedap laksa tu..kalo pedas mmg best kan.. kita pun minat dengan Puan Asmah Laili tu..resipinya best2 semuanya..slalu tengok kat AFC

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam ita...

belum pernah merasa laksa singapore.. laksa johor tu dah biasalah jugak.. nampak macam sedap jugak tu... mesti mak ita seronok kan dpt merasa laksa air tangan anaknya... dekat ke rumah mak dengan rumah ita?

izahdaut said...

waaahhhhhh.. sedapnya..
nampak kuah dia tu sebijik kalau gi gerai2 yang sodap2 tu. bau dia mesti memikatkan

ashiekien said...

sedapnye ita......terliur saya.....

AZLITA AZIZ said...

wasalam CT
uik... ita pun suka laksa tau! lagi2 laksa Johor mmg best tapi yg ni pun best jugak sebab macam nak sama dgn laksa Johor..
ooo... tak makan taugeh ye... baik cik puan kuah lebih siappp!! hihi

AZLITA AZIZ said...

wasalam Ayu..

waaaaa... dah bawak mangkuk ya.... ok layan diri ya ita dah sediakan kuah seperiuk tu.. ha timun dan taugeh tu kupas sendiri lah ye... tuan rumah nak buat kopi jap! sila lah sila...

AZLITA AZIZ said...

ita pun minat jugak dgn Pn. Asma laili ita suka dgn suara dia... sedap tau!macam germersik aje..
ita pun dah ada cuba beberapa resepi beliau kebanyakkannyer sedap!

AZLITA AZIZ said...

wasalam... kak Madiha

mmg betul, ita yg rasa seronok bila tgk mak dang bapa ita makan... ialah dulu dia masakkan kita sekarang giliran kita pulak bagi mereka rasa air tangan kita..
mak ita pun kata sedap laksa ni...

AZLITA AZIZ said...

hihi.... ada2 aje.. cik izah kita ni...
bau dia mmg power... sedap harum semerbak satu rumah..

AZLITA AZIZ said...

sedap ekien.. jom lah cuba kalau suka laksa Johor mesti suka yg ni jugak.. :)

Diana @ Melley Mey said...

x pernah merasa lagi laksa s'pore nie.. memang nmpk sedap ler laksa nie... gambar pun mengoda tu... cantik menarik diana tertarik... hhehehee

Ummi said...

Aduuusssss Ita, kiiijaaamm taaaauu...meleleh2 air liur akak tgk laksa Ita nih...dah la presentation sikit punya shaaannteeeekkk....amik bau je la nmpaknya..mst dah licin tu..hehe

Mohd Azri said...

Puan, laksa tu ade lagi x ekk? Ke dah basi? Nk mintak semangkuk...

Powered by Blogger.