Follow if you like

May 2, 2011

DAGING BERIANI

Daging beriani adalah lauk yg dipadankan dgn nasi beriani tadi... kata orang pasangan yg serasi bersama... mmg paling sesuai gandingan kedua2nyer. Resepi kali ini juga ita gunakan resepi dari Chef Hanieliza. Ita ambil dari buku masakan beliau Satu Hari Satu Resepi.


Masaknyer pun cukup mudah dan bahan2 pun yg simple2 aje. Disebabkan penghuni rumah ni tak ramai maka ita masak sikit aje cukuplah untuk kami 3 beranak. Jadi kalau banyak mulut yg hendak disuap banyakkanlah sukatan bahan2nyer...


MyKitchen's Recipe

DAGING BERIANI
by: Chef Hanieliza

1 kg daging
5 sudu makan rempah beriani
Kedua2 bahan diatas diperap

1 cwn yogurt
3 biji kentang - di potong kecil
1/2 kg tomato - dicincang
3 biji cili merah - dihiris
3 biji cili hijau - dihiris
2 labu bawang besar - dipotong baji
1 pokok daun ketumbar
garam secukup rasa

Bahan Tumis

6 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 1/2 inc halia - dihiris
rempah tumis - 4 sekawan
2 tangkai daun kari
2 sudu makan minyak masak

Daging di potong kecil dan dicuci bersih. Kemudian perap daging bersama rempah beriani.
panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
Masukkan daging dan rempah beriani yg sudah diperap. Kacau rata sehingga pecah minyak.
Masukkan tomato dan kentang. Masak sehingga daging lembut dan empuk.
Masukkan yogurt dan masak lagi sehingga pekat dan pecah minyak.
Masukkan cili merah, cili hijau, bawang besar, dan daun ketumbar. Rasakan garamnyer.
Apabila sudah nampak layu bolehlah dihidangkan dgn nasi beriani.

3 comments:

cik cek said...

Salam Ita....

Thumbs Up la kat Ita....kreatif sungguh gambo2 masak2 ni....rajinnya....
Rajin masak ....kreatif amik gambonya....:)

lina said...

salam ita,

wah nampak sedap daging tu...gambar mmg cantik la sungguh :)

Wanieyra said...

Akak....sedapnya! sekali tengok je menyelerakan

Powered by Blogger.